Sila baca kisah di bawah nie yer:
* * * * * * *
Sepasang suami isteri yang baru setahun jagung melangsungkan perkahwinan sedang berborak2 dengan rancaknya di beranda rumah mereka. Ikuti perbualan mereka.
Bini: “Ayang, ingat tak esok hari apa?”
Suami: “Emm…” (menggaru2 kepala sambil berfikir)… “Haa… bukan ke esok hari lahir anak kucing kita tue? Dah masuk setahun jagung dah umurnya, kan?”
Bini: “Ala… apa la abg nie. Esok Valentine’s Day la!”
Suami: “Ishh..! Kan kita tak celebrate hari tuh…”
Bini: “Ayang tau la… tapi…”
Suami: “Tapi apa?”
Bini: “Tapi…takkan la takde apa2 hadiah untuk ayang. Bukan celebrate la.. anggap je bukti cinta abang kepada ayang”
Suami: (berfikir sejenak) “Okla…okla… nnt abg belikan something untuk ayang!”
Apalagi, malam tu si bini nie tak lena tido la… sbb teringatkan hadiah yang akan diberikan oleh suaminya esok. Dalam kepalanya, terbayang macam2…hadiah percutian ke pulau eksotik la, barang kemas yg mahal la, beg tangan berjenama la, …dan akhirnya zzzzzz……
Pada keesokan harinya, si isteri dikejutkan dari tido oleh suaminya yg begitu bersemangat pelik. Dalam hatinya berkata, ‘wah, mesti laki aku nie ada something special nak bagi tue’… Lantas secepat kilat si bini berlari keluar ke ruang tamu. Matanya terbeliak apabila melihat apa yang ada di depan mata…
Laki: “Abang memang tau ayang akan terkejut beruk bila tengok nie semer. Nah… nie vacuum cleaner yg ayang nak sgt2 tuh… abang dah belikan. Nie plak mop lantai pesen baru yang akan memudahkan ayang utk mop lantai rumah kita nie…. dan yg nie plak saje je abang belikan baldi dan penyapu lebih untuk rumah kita. Kan ayang selalu bersungut nak basuh rumah tak cukup barang2 nie semer. So, sekarang nie apa lagi… jom kita bersih rumah demi menyambut ‘Hari Istimewa’ nie…. sesungguhnya inilah bukti cinta abang pada ayang”
Si bini terkedu sampai tak berkata apa2… Valentine’s Day punya pasal la… diri sendiri pulak yang terkena dek kebijaksanaan si suami menyakat isteri kesayangannya… J
* * * * * * * *
Haa… amacam citer di atas? Best tak..? Sebenarnya apa yang nak penulis sampaikan di sini ialah Hari Kekasih atau Valentine’s Day nie bukanlah suatu bende yang perlu kita sambut on the 14th February setiap tahun. It can be any day of the year … di mana kita ambik masa untuk menunjukkan atau menyatakan betapa sayangnya kita kat pasangan kita. So, tak semestinya kita anggap yang 14 Februari tue sebagai hari ‘keramat’ untuk pasangan kekasih, kan? Cukuplah sekadar ucapkan ‘I love you’ buat pasangan kita (dan tak semestinya hari tue jer). Dan kalu ada bajet lebih sikit, barulah belikan something istimewa untuk si dia… dan ia pulak tak semestinya mahal.
Nie ada nasihat skit untuk korang yang bergelar isteri atau girlfriend, kalu dah tau dekat nak masuk 14 Februari tue, cuba jangan gesa suami/boyfriend u all untuk beli macam2 atau buat macam2 untuk ko:-) Untuk korang yang bergelar suami/ boyfriend pulak, walaupun tak sambut ‘Hari Kekasih’, tapi cuba amik hati isteri/ girlfriend u all dengan melayannya dengan baik dan penuh kasih sayang, selain dari mengucapkan kata keramat, ‘I Love U’! Seperkara lagi yang kita semer kena tau, dalam Islam nie, Hari Kekasih a.k.a. Valentine’s Day memang tak terdapat dalam mana-mana kalendar Islam. So, renung-renungkanlah yer…:-)
