Salam semua,
Ini ada sedikit info tambahan mengenai Karnival Pengantin KL 2010 yang bakal berlangsung di AEON AU2, Taman Setiawangsa pada 30hb -1hb Ogos, tidak lama lagi. Untuk memeriahkan lagi karnival tersebut, kami merancang untuk mengadakan 3 jenis pertandingan yang menarik untuk para pengunjung semua. Secara ringkasnya, 3 pertandingan yang akan diadakan ini adalah seperti berikut:

1. Pertandingan cerita perkenalan dan bibit percinataan yang paling menyentuh kalbu – calon-calon perlu naik ke pentas dan menceritakan kepada penonton tentang detik-detik pertemuan mereka dengan pasangan masing-masing. Kisah percintaan yang akan dipersembahkan ini hendaklah mempunyai elemen kelakar, unik dan mencuit hati
2. Pertandingan pantun berkasih antara pasangan terhebat – calon-calon perlu naik ke pentas dan berpantun, bersajak, berpuisi dsb. di khalayak ramai. Pantun/sajak/puisi yang bakal dipersembahkan ini hendalkah berkisar tentang percintaan dan (kalau boleh) diselitkan dengan unsur-unsur lawak jenaka
3. Pertandingan ayat melamar bakal isteri yang paling “power” – pasangan-pasangan yang terlibat perlu naik ke pentas dan melakonkan lamaran perkahwinan mereka
Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap pertandingan di atas dan akan memenangi hadiah-hadiah yang menarik dan istimewa. Yang lebih menyeronokkan, semua pertandingan tersebut akan dipengacarakan oleh pelawak No.1 Malaysia iaitu Sabri Yunus sendiri!

Bayangkanlah betapa gamatnya suasana di karnival ini nanti dan pastinya anda tidak akan kering gusi melihat telatah spontan Sabri Yunus dan aksi-aksi lawak yang bakal dipersembahkan oleh calon-calon pertandingan …:-) So, kalau anda ingin merebut peluang keemasan ini, datanglah beramai-ramai di karnival pengantin ini nanti dan bersedialah dengan persembahan, pantun serta lakonan anda yang paling kreatif dan unik..!
Sekian, terima kasih.

[...] untuk tatapan 18 tahun ke atas sahaja. Terima kasih kepada Nadia yang menghantar email ini.P.S: Hadiah menarik menanti kepada siapa yang sangat daring utk ‘melamar’ awek diaBaca Yang Ini Pulak:-(PANAS) Lagi Gambar Terlampau Zarina Ann Julie – Pontianak Malaysia [...]