pameran pengantin urban vibe

Pameran pengantin sememangnya berlambak macam cendawan tumbuh selepas hujan di Malaysia. Sampai kadang-kadang tak tahu nak pilih mana satu. Namun ada sesuatu yang menarik dengan Pameran Pengantin Malaysia yang dianjurkan oleh Urban Vibe Event ini. Tambah menarik apabila membaca sejarah permulaan pameran anjuran mereka berdua.

Diusahakan oleh pasangan suami isteri, Puan Nadia Hassan dan suami Syahrul Hafiidz, Urban Vibe Event mengamalkan prinsip jujur, amanah dan paling penting, menghormati setiap pelanggan. Bermula secara kecil-kecilan dengan pasaran “consumer product” di Giant dan Tesco, Pameran Pengantin Malaysia yang pertama telah dianjurkan di Plaza Alam Sentral pada tahun 2008.

pameran pengantin urban vibe

Dan kini pada tahun 2011, Urban Vibe Event membawakan kepada anda semua Pameran Pengantin Malaysia di PICC Putrajaya dengan tema “Mirror-Mirror On The Wall”. Pentas utama akan dihiasi dekorasi pelamin Nas Great Idea yang bernilai RM500,000. Demonstrasi perarakan pengantin yang mana merupakan acara wajib juga akan diadakan pada jam 2 petang 9 julai. Dan bermacam-macam lagilah event yang pasti menarik dan tertarik untuk bakal pengantin.

pameran pengantin urban vibe

Dengan kerjasama SetelKahwin, Pameran Pengantin Malaysia anjuran Urban Vibe Event sepanjang 8 sehingga 10 Julai di PICC Putrajaya ini dijangka akan menerima kunjungan ratusan ribu bakal pengantin. Untuk makluman lanjut boleh lawati Facebook SetelKahwin dan Facebook Urban Vibe.

Aktiviti Pentas

Jumaat 8 Julai 2011

11 – 11.30 pg : Persembahan Gamelan dari “ADUNAN GAMELAN IRAMA MELAYU”

4.00 – 5.00 ptg : Demonstrasi Andaman

5.00 – 6.00 ptg : Demonstrasi Kraftangan Perkahwinan dari “CARISTRA REBBEN”

6 – 7 mlm : Pengumuman BOOTH TERCANTIK “PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011-EDISI 21″

8 – 8.30 mlm : Persembahan Gamelan dari “ADUNAN GAMELAN IRAMA MELAYU”

Sabtu 9 Julai 2011

11 – 1.00 ptg : Pertandingan Akhir “DREAM WEDDING – CANDID CONTEST”  : Penyampaian Hadiah Pemenang-pemenang “DREAM WEDDING – CANDID CONTEST”  : Penyampaian Hadiah Kuiz Mingguan Fan Page “Pameran Pengantin by Urban Vibe Event”

1 – 2 ptg : Persembahan – Persembahan Muzik

2 – 4 ptg : Demonstrasi Perarakan Pengantin Bertemakan “Mirror -mirror On The Wall” : di Pentas Utama, Dekorasi oleh ; “NAS GREAT IDEA” : Persembahan Kompang & Gamelan dari “ADUNAN GAMELAN IRAMA MELAYU” : Persembahan Bag Pipe & Drum Band dari “ST JOHN’s ALUMNI PIPE BAND” : Persembahan Silat & Nyanyian dari “MNZ CREATIVE” : Upacara Merenjis Pengantin : Persembahan Ukulele dari “UKULELE MALAYA”

4 – 5 ptg : Pertunjukkan Fesyen Kebaya Pengantin dari “DEE BOUTIQUE”

5 – 6 ptg : Pertunjukkan Fesyen Berkonsep dari “MENTARI KREATIF”

8 – 9 mlm : Persembahan – Persembahan Muzik

Ahad 10 Julai 2011

11 – 11.30 pg : Persembahan Bag Pipe & Drum Band dari “ST JOHN’s ALUMNI PIPE BAND”

11.30 – 1.00 tgh : Pertandingan Andaman “PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA” bertemakan “FANTASY BRIDE”

1 – 1.30 tgh : Pertunjukkan Fesyen Abaya “Izi Collection” dibawakan oleh “FARMASI COLOR COSMETICS”

1.30 – 2 ptg : Keputusan Pertandingan Andaman PAMERAN PENGANTIN MALAYSIA 2011 (Edisi-21)

2 – 4 ptg : Testimonial Cat Walk & Bual Bicara Bersama  “KEEP SLIM”,

4 – 5 ptg : Demonstrasi Andaman dari “EYRA RIZAL TOUCH”

5 – 5.30 ptg : Persembahan Tarian & Nyanyian dari “MNZ CREATIVE”

5.30 – 6ptg : Pertunjukkan Fesyen dari “IXORA COUTURE KUALA LUMPUR”

6ptg – 7.00ptg : Demonstrasi Kraftangan Perkahwinan dari “CARISTRA REBBEN”

8 – 9 mlm : Persembahan – Persembahan Muzik

Related Posts with Thumbnails