Layout Image
  • Home
  • Koleksi Artikel
  • Tentang Kami
  • Ke Laman Utama SetelKahwin
  • Hubungi Kami

Karnival Pengantin Stadium Melawati Shah Alam 31 Disember 2010

By The Editor · Comments (0)
Thursday, December 30th, 2010

Untuk makluman anda semua,bagi pengunjung yang bakal menghadirkan diri ke Karnival Pengantin pada 31 Disember sehingga 2 Januari 2011,anda perlulah mendaftarkan diri secara online sebelum menghadiri karnival bagi memudahkan anda daripada pilihan mendaftarkan diri pada hari karnival selain menjimatkan masa dan lebih praktikal.

Bagi yang telah berdaftar secara online,anda hanya perlu sertakan nombor telefon anda semasa proses akses masuk untuk memperolehi cop masuk. Lebih mudah dan pantas.

Pendaftaran adalah percuma :)

Sila klik link dibawah untuk proses pendaftaran online yang cukup mudah dan cepat :) Jumpa anda disana!

http://www.facebook.com/setelkahwin?v=app_4949752878&ref=ts

BANNER


Peta ke Stadium Melawati Shah Alam

stadium melawati shah alammap

Klik sini untuk lihat map di Google

Topik Hangat : Advertorial, Kahwin
Comments (0)

Temuramah SetelKahwin dalam rancangan Wanita Hari Ini TV3

By The Editor · Comments Comments Off
Wednesday, November 3rd, 2010
Topik Hangat : Media
Comments Comments Off

Karnival Pengantin SACC 2010

By The Editor · Comments (3)
Thursday, October 21st, 2010

Salam semua, pada 5-7 November kami bersama-sama Orangevision Resources akan menganjurkan Karnival Pengantin bertempat di ‘Shah Alam Convention Centre dari 8am-9pm. Anda dijemput hadir untuk memeriahkan lagi dan berpeluang melihat pelbagai kelengkapan perkahwinan yang menarik!

Sebarkan banner ini! Terima Kasih :)

Karnival Pengantin SACC Shah Alam

Topik Hangat : Advertorial, Kahwin, Merancang Majlis Perkahwinan
Comments (3)

Pelbagai Vendor Perkahwinan akan memeriahkan Karnival Pengantin 2010

By Mdm Cupid · Comments (3)
Thursday, July 29th, 2010

Karnival Pengantin Kuala Lumpur 2010 yang bakal diadakan pada 30hb Julai – 1 Ogos 2010 kelak adalah merupakan peluang keemasan bagi pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam industri perkahwinan kerana ia bertujuan mengumpulkan pelbagai ‘kedai pengantin’ atau ‘vendor’ yang menyediakan khidmat perkahwinan di seluruh negara.

carnival

Karnival yang akan berlangsung di kompleks membeli belah AEON AU2, Taman Setiawangsa ini telah mendapat liputan publisiti yang meluas menerusi pelbagai media tempatan seperti Karangkraf, NSTP, Harian Metro, Pesona Pengantin dan kini di SetelKahwin.com! Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, pertunjukan fesyen, demonstrasi solekan pengantin, gubahan bunga, demonstrasi majlis bersanding  dan sebagainya lagi.  Kehadiran selebriti terkenal seperti Sabri Yunus, DJ Altimet dan Nurul AF3 juga sudah tentunya akan menarik lebih ramai pengunjung ke ekspo pengantin ini.

jusco aeon au2

Untuk makluman semua, terdapat sebanyak 30 ‘booth’ vendor telah disediakan untuk karnival tersebut. Antara vendor-vendor perkahwinan yang telahpun menempah tempat untuk menjayakan karnival pengantin ini ialah seperti Ekhwan Services (Katering), Gedung Kad Kahwin (Kad Kahwin), Ratu Sehari, Khemah Syakilla (Kanopi), Ratu Sehari (Majalah Perkahwinan), Aura Raja Sehari (Pakej Perkahwinan), Aloha Bridal House (Butik Pengantin), Aroma Events (Katering), Ryn’s Avenue (Andaman & Solekan), Lina Kraf (Kraftangan Perkahwinan), D’syella Wedding Boutique (Butik Pengantin) dan Leezsha Bridal (Butik Pengantin).

karnival pengantin

So, untuk couple2 di luar sana yang sedang merancang majlis perkahwinan ataupun bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan pelbagai penjimatan dan diskaun menarik serta tawaran istimewa yang sememangnya disediakan oleh vendor-vendor perkahwinan yang terlibat di dalam karnival yang berlangsung selama 3 hari ini!

Sekian, terima kasih,

Topik Hangat : Kahwin, Merancang Majlis Perkahwinan, SetelKahwin
Comments (3)

Pertandingan yang bakal berlangsung sempena Karnival Pengantin

By Mdm Cupid · Comments (1)
Wednesday, July 28th, 2010

Salam semua,

Ini ada sedikit info tambahan mengenai Karnival Pengantin KL 2010 yang bakal berlangsung di AEON AU2, Taman Setiawangsa pada 30hb -1hb Ogos, tidak lama lagi. Untuk memeriahkan lagi karnival tersebut, kami merancang untuk mengadakan 3 jenis pertandingan yang menarik  untuk para pengunjung semua.  Secara ringkasnya, 3 pertandingan yang akan diadakan ini adalah seperti berikut:

proposal

1.  Pertandingan cerita perkenalan dan bibit percinataan yang paling menyentuh kalbu – calon-calon perlu naik ke pentas dan menceritakan kepada penonton tentang detik-detik pertemuan mereka dengan pasangan masing-masing. Kisah percintaan yang akan dipersembahkan ini hendaklah mempunyai elemen kelakar, unik dan mencuit hati

2.  Pertandingan pantun berkasih antara pasangan terhebat – calon-calon perlu naik ke pentas dan berpantun, bersajak, berpuisi dsb. di khalayak ramai. Pantun/sajak/puisi yang bakal dipersembahkan ini hendalkah berkisar tentang percintaan dan (kalau boleh) diselitkan dengan unsur-unsur lawak jenaka

3.  Pertandingan ayat melamar bakal isteri yang paling “power” – pasangan-pasangan yang terlibat perlu naik ke pentas dan melakonkan lamaran perkahwinan mereka

Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap pertandingan di atas dan akan memenangi hadiah-hadiah yang menarik dan istimewa. Yang lebih menyeronokkan, semua pertandingan tersebut akan dipengacarakan oleh pelawak No.1 Malaysia iaitu Sabri Yunus sendiri!

Sabri Yunus

Bayangkanlah betapa gamatnya suasana di karnival ini nanti dan pastinya anda tidak akan kering gusi melihat telatah spontan Sabri Yunus dan aksi-aksi lawak yang bakal dipersembahkan oleh calon-calon pertandingan …:-) So, kalau anda ingin merebut peluang keemasan ini, datanglah beramai-ramai di karnival pengantin ini nanti dan bersedialah dengan persembahan, pantun serta lakonan anda yang paling kreatif dan unik..!

Sekian, terima kasih.

Related Posts with Thumbnails
Topik Hangat : Cerita Cinta, Kahwin, Merancang Majlis Perkahwinan
Comments (1)
Page 3 of 22«12345»101520...Last »

Ke Laman Utama

www.setelkahwin.com

Jadi Fan Kami

setelkahwin.com on Facebook

Promote Sambil Berkongsi Tips :)

Adakah you all terlibat dalam industri khidmat perkahwinan? Apa kata you promote bisnes you all dengan memberi tips dan memberi komen pada mana-mana post yang berkaitan dengan perkhidmatan you all sambil meletakkan link ke blog/site anda.

Dan jangan lupa jugak untuk mempromosikan kami kepada rakan2 anda di facebook okey :)

Artikel Terbaru

  • 4 cara untuk ke Pameran Pengantin UrbanVibe di PICC
  • Pameran Pengantin Malaysia Bersama Urban Vibe Event Di PICC 8-10 Julai Ini
  • 5 ayat yang biasa diucapkan wanita…dan inilah maksud sebenarnya…
  • 5 ‘ayat’ wanita ingin dengar untuk Jatuh Cinta!
  • Apakah faedah-faedah urutan terapi payudara?

Komen Terbaru

  • 20 Tips Jimat Kurangkan Bajet Perkahwinan | Blog Persediaan Perkahwinan on 20 tips jimat untuk kurangkan bajet perkahwinan
  • liza on 8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin
  • liza on 8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin
  • jijah on Barang hantaran untuk majlis pertunangan
  • aida on Cinta Dua Agama

Topik Hangat

  • Adat Perkahwinan
  • Advertorial
  • awek melayu
  • Bajet Perkahwinan
  • Cerita Cinta
  • Contest
  • Hal Ehwal Rumahtangga
  • Hantaran Perkahwinan
  • Ibu Bapa
  • Kahwin
  • Keluarga
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Lelaki
  • Media
  • Merancang Majlis Perkahwinan
  • Petua Kecantikan
  • SetelKahwin
  • Tips Bercinta
  • Tips Cari Pasangan
  • Tips Diet
  • Tips malam pertama
  • Tips Romantik di Ranjang
  • Tips Suami Isteri
  • Wanita

Koleksi Artikel

  • July 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
Setel Kahwin | Politik Cinta Adalah Suatu Realiti Perkahwinan
Copyright © 2012 All Rights Reserved
www.setelkahwin.com