Layout Image
  • Home
  • Koleksi Artikel
  • Tentang Kami
  • Ke Laman Utama SetelKahwin
  • Hubungi Kami

Be Original ! – Scha Al-Yahya (cover issue majalah Stailista)

By The Editor · Comments (0)
Monday, April 18th, 2011

cover stailista april 2011

Kontroversi yang pernah melanda dirinya hampir mencacatkan namanya di dalam industri hiburan. Bagai menconteng arang di muka sendiri. Namun tidak dapat dinafikan berbekalkan bakat lakonan serta bakat pengacaraan, dirinya diminati oleh semua orang. Ini termasuklah para peminatnya yang sering menjadi tulang belakang dan kekuatan dirinya. Sehingga kini beliau masih mengekalkan bakat, aura serta karisma yang dimiliki olehnya sejak menjuarai Dewi Remaja 2006. Pencapaian selebriti anggun dan jelita ini termasuk memenangi anugerah ‘Hot Chic Award’ di Shout Awards 2010.

Jika hendak diikutkan, Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai Scha Al-Yahya lebih gemar berdiam daripada berkata-kata. Petikan sebuah akhbar tempatan tahun ini mengeluarkan pernyataan mengatakan ‘Diam Lebih Baik’ daripada Scha sendiri. Penulis sendiri tidak memikirkan soal mengapa Scha lebih gemar mendiamkan diri. Walau bagaimanapun, Scha yang melihat keadaan penulis yang mundar mandir sewaktu Scha sedang disolek, sempat menyapa penulis dan berkata ‘Don’t worry, you’re doing a good job dear’. Terus hilang rasa resah dan gelisah diri penulis pada ketika itu.

scha1

Memang benar seperti yang diwartakan oleh akhbar tersebut. Scha lebih banyak berdiam daripada berkata-kata pada ketika itu. Lantas pelakon yang cukup popular menerusi drama bersiri di TV, Awan Dania, membicarakan beberapa perkara termasuk anugerah yang berlangsung di Hollywood seperti Golden Globes dan Academy Awards. Melalui perbualan serta temu ramah bersama Scha, dia mahukan lebih daripada itu. Tidak mustahil, bukan? Scha sangat berbakat. Apatah lagi dirinya yang semakin diminati ramai. Lihat sahaja pengikutnya di Twitter dan Facebook. Jumlah pengikut Scha Al-Yahya melebihi selebriti-selebriti grade A yang lain seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Nasha Aziz dan Rozita Che Wan. Scha berada di tangga teratas!

Tahun ini sahaja membuka satu lagi tirai dan episod baru yang lebih bermakna buat diri Scha. Scha tercalon untuk dua kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 menerusi kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular. Adakah Scha bakal membawa pulang kedua-dua anugerah tersebut? Sama-sama kita nantikan tarikh 3 April nanti.

Apakah perkembangan terbaru Scha?
Terbaru saya sibuk dengan sesi dubbing filem ‘Aku Bukan Tomboy’ dan ‘Awan Dania the Movie’. Selain itu, saya juga sibuk mempromosi kempen pencarian gadis Carefree di Kota Kinabalu, Johor, Pulau Pinang dan Selangor. Ini bertujuan untuk mencari seorang gadis Carefree untuk berlakon di samping saya dalam drama bersiri musim kedua ‘Kita’ dan dalam penggambaran drama untuk Astro Ria, bertajuk ‘Mimi Mencari Cinta’.

scha 2

Sepanjang perjalanan Scha dalam industri hiburan, apakah salah satu cabaran besar pernah dilalui oleh Scha?
Cabaran besar pernah saya lalui ialah apabila ramai pihak yang lebih suka bersikap pessimistic dan suka menilai tanpa mengetahui perkara sebenar. Contohnya seperti kes saya ditangkap di kelab sebuah kelab malam pada hari Krismas tahun lalu.

Scha merupakan salah seorang selebriti yang berpengaruh, berbakat & diminati ramai. Bagaimanakah Scha mengekalkan karisma atau aura yang dimiliki sejak menceburi industri hiburan?
Saya masih baru. Saya akui untuk terus mengekalkan status saya sebagai pelakon, Saya lebih suka menjadi diri saya dan bersikap original. Itu sangat penting bagi saya selain perlu hormat senior dan masa.

Prinsip yang dipegang oleh Scha sebagai seorang selebriti/pelakon/pengacara?
Be original.

Bagaimanakah cara Scha mengendalikan gosip & kontroversi pula?
Saya lebih selesa bercakap bila perlu, melainkan sesuatu yang terlalu mengaibkan saya dan ahli keluarga saya.

Setelah tiga musim Scha membintangi Awan Dania & Awan Dania the Movie bakal menemui para peminat tidak lama lagi, Scha akan merindui membintangi rancangan tersebut?
Saya akui saya akan rindukan karakter Dania. Tetapi itulah lumrah menjadi pelakon, perlu tahu untuk diversify dan versatile kan watak.

Pengalaman yang tidak dapat Scha lupakan sepanjang membintangi Awan Dania?
Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan ialah ketika dapat melancong ke tempat-tempat seperti Korea dan Australia, tempat yang indah dengan permandangan yang tidak terkata.

Apakah watak lakonan yang Scha idamkan?
Watak atau karakter pyscho tetapi in a very subtle way.

Siapakah pelakon tempatan yang diminati oleh Scha daripada segi lakonan?
Pelakon tempatan yang saya kagumi ialah Nasha Aziz dan Mislina Mustaffa.

Siapakah diri sebenar Scha & ciri-ciri yang tidak diketahui umum?
Saya seorang yang sistematik, laju dan anal.

Para peminat sangat suka jika Scha & Awal menamatkan zaman bujang bersama, bila agaknya?
InsyaAllah kita semua sama-sama doa-doakan, benda baik elok dipercepatkan. Kami berdua tidak akan sorok.

Apakah antara perkara yang paling romantik/sweet pernah Awal lakukan untuk Scha?
Dia memang suka buat surprise. Paling sweet ialah Awal membuat kejutan hari jadi untuk saya.

Apakah satu perkara yang telah Scha pelajari dalam menjalin sesuatu perhubungan?
Perlu ada kepercayaan dan hormat pada pasangan masing masing.

Pendapat Scha atau komen tentang perkahwinan bertema/berkonsep?
Sangat menarik, konsep perlu ada agar tema perkahwinan itu nampak indah. Bagi saya sendiri, masih belum nampak, tema apa yg saya inginkan, tetapi perlu ada tradisi dan adat kita sebagai orang Islam juga

Akhir sekali, kerjaya Scha yang sangat sukses & mempunyai seorang teman yang cukup istimewa sekarang…apakah lagi perkara yang Scha inginkan dalam hidup & pada masa-masa akan datang?

Saya ingin membeli rumah untuk ibu bapa saya  dan menghantar mereka mengerjakan haji suatu hari nanti.

Profil Scha Al-Yahya

Nama: Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya

Nama Komersial: Scha Al-Yahya

Usia: 28 tahun

Tarikh Lahir: 30 Mei 1983

Tempat Lahir: Sungai Petani, Kedah

Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik

Tinggi: 5 kaki 7 inci

Berat: 50 kg

Iklan: Hotlink, Nokia, Olay

Filem: Antoofighter, Histeria, Papadom

TV: Awan Dania, Impian Illyana, Sadiq & Co., Honeyz, Bella, Naik Hantu

Pencapaian: Juara Dewi Remaja 2006, Hot Chic Award (Shout Awards 2010)

Penyelaras: Khairuddin Nordin
Foto: Ashraf Saharudin
Pakaian: Cosry Wise Sdn Bhd  – 012 385 6606 / Ryn’s Avenue – 012 235 1801 / Erwan Asbor – 017 369 8589
Solekan / Dandanan: Ryn’s Avenue
Lokasi / Penghias Latar: Reka Teemor – 03 6141 2771

STAILISTA – APRIL 2011

Topik Hangat : Kahwin, awek melayu
Comments (0)

Untuk Lelaki Sahaja – Mencumbui dan Dicumbui

By The Editor · Comments (1)
Thursday, April 14th, 2011

Mulut anda memainkan peranan penting di bahagian lain pada tubuh isteri anda seperti mencium, mengigit secara manja, membisik dan sebagainya. Pada mana-mana bahagian tubuh isteri anda yang disentuh oleh anda sendiri akan memberi rangsangan sepenuhnya kepada isteri anda terutama sekali menggunakan mulut anda. Apabila mencium isteri anda, ada beberapa tempat yang wajar dicium oleh anda dan kebanyakan daripada tempat-tempat ini tidak diketahui ramai.

150 - 151-1

Telinga

Bahagian telinga adalah bahagian yang sering diabaikan apabila ingin meningkatkan kepuasan isteri anda. Menggunakan mulut anda adalah cara terbaik untuk memberi stimulasi kepada isteri anda. Menggigit secara manja pada bahagian telinga isteri anda membolehkan isteri anda merasa berahi pada permulaan permainan anda berdua. Selain itu juga anda boleh menggesel mulut anda bahagian luar telinga isteri anda secara manja.

Bahagian Belakang Leher

Cara terbaik dan sangat berkesan untuk meningkatkan mood isteri anda sebelum melakukannya. Ia sangat berkesan apabila anda melakukannya secara kejutan setiap kali sebelum anda dan isteri anda memulakan permainan anda berdua. Apabila isteri anda sedang sibuk melakukan tugas bersendirian di dapur atau di mana-mana bahagian rumah anda, dekatkan diri anda pada bahagian belakang isteri anda secara senyap, selakkan rambut isteri anda lalu mencium isteri anda pada bahagian belakang lehernya. Isteri anda akan berasa terkejut lalu meminta anda melakukan perkara yang lebih romantis secara berdua.

Muka

Ada beberapa perkara yang lebih peribadi selain mencium isteri anda pada bahagian muka. Mulut anda yang berasa suam adalah sesuai untuk memberi ciuman lembut pada bahagian pipi, dahi, dagu, hidung dan mata isteri anda yang tertutup. Sangan romantis bukan? Walau apa pun bahagian yang anda akan cium pada wajah isteri anda, ingat seperkara. Jangan menjilat atau membasahi muka isteri anda! Isteri anda adalah seseorang yang patut anda layan dengan sempurna setelah seharian dia menjaga mahligai anda berdua sewaktu anda keluar berkerja.

Leher

Walaupun isteri anda sedang memakai baju, bahagian lehernya adalah salah satu tempat yang cukup seksi dan romantis untuk anda mencium isteri anda. Cumbuan yang diberikan oleh anda pada bahagian leher isteri anda akan membuatkan dirinya mahukan sesuatu yang lebih daripada anda. Jadi, mulakan ciuman anda pada bahagian lehernya sebelum anda berdua beralih melakukan ‘tugas’ seterusnya.

Pinggul

Bahagian pinggul isteri anda adalah bahagian yang paling sensitif dan tidak disangka sama sekali untuk mencium isteri anda di bahagian ini. Ini mungkin kerana ia adalah bahagian yang paling dekat dengan mahkota isteri anda. Walau apa pun sebabnya, mencium isteri anda pada bahagian ini akan memberikan satu getaran atau gegaran kepada isteri anda yang akan bermula daripada pinggul ke bahagian kepalanya, atau pun ke bahagian bawah sehingga ke bahagian kaki isteri anda.

Dada

Meletakkan mulut anda pada bahagian dada isteri anda adalah perkara paling seksi dan romantis anda boleh lakukan. Tetapi jika anda tersilap langkah, ia mungkin membawa padah kepada anda dan boleh menghilangkan mood isteri anda. Mencium dan memberi sedikit gigitan lembut serta manja adalah dibenarkan dengan syarat anda melakukannya dengan baik dan penuh kasih sayang. Bahagian dada isteri anda adalah bahagian yang paling dan sangat sensitif, jadi harus melakukannya dengan betul. Ingat, belai dadanya dan cium dengan penuh kasih sayang. Anda juga harus ingat bahawa bahawa bukan sahaja bahagian putting isteri anda yang memerlukan perhatian, seluruh dada memerlukan belaian dan ciuman yang menyeluruh. Gunakan mulut anda sebaik-baiknya pada bahagian dada isteri anda untuk efek yang maksimum.

Bahagian-bahagian Yang Dilarang

Walau dimana-mana bahagian pun anda mencium, ia akan membuatkan isteri anda berasa seronok. Walaubagaimana pun , ada beberapa bahagian yang tidak boleh anda cium kerana ia akan mengecewakan isteri anda. Jika anda ingin mencium bahagian-bahagian ini, pastikan anda mendapat kebenaran isteri anda. Bahagian-bahagian ini termasuk kaki dan punggung isteri anda. Pastikan anda tahu bagaimana hendak mencapai kehendak isteri anda sebelum memulakannya. Selamat berjaya.

STAILISTA – APRIL 2011

Topik Hangat : Kahwin, Lelaki, Tips Romantik di Ranjang
Comments (1)

Lahirnya satu harapan

By The Editor · Comments (1)
Monday, February 14th, 2011

Alhamdulillah baru berumur 1 tahun, SetelKahwin.com mula berasa bangga dengan langkah awal kejayaan sehingga hari ini. Dengan membawa tagline “Dah Setel Belum?”, SetelKahwin melalui applikasi KIBA(Kahwin Ikut Bajet Aku) telah membantu beratus-ratus vendor untuk mendapatkan pelanggan. Jumlah transaksi antara vendor dan bakal pengantin yang menggunakan KIBA telah melebihi RM1 juta. Satu angka yang cukup membanggakan untuk tempoh 6 bulan sejak KIBA dilancarkan.

first_birthday

Di awal kelahiran SetelKahwin, sukar bagi kami untuk mendapatkan perhatian. Namun segalanya berubah apabila rancangan Wanita Hari Ini TV3 sudi memberikan sedikit ruang untuk mempromosikan laman web SetelKahwin. Sejak itu, nama SetelKahwin mula menitip di bibir-bibir mereka yang terlibat dengan industri perkahwinan. Terima kasih TV3 kerana sudi memberikan kami peluang keemasan.

Berlangkah dari situ, SetelKahwin mula mengembangkan sayap dan kini telah menjadi penggerak utama media online kepada lebih daripada 3 festival pengantin. Untuk tahun 2011, SetelKahwin dengan kerjasama Dirich Vision bakal menganjurkan Festival Pengantin yang terbesar di Malaysia pada bulan March 2011. Maklumat lanjut mengenai festival pengantin ini boleh dirujuk melalui laman web SetelKahwin dan FestivalPengantin.

Dan baru-baru ini, dengan kerjasama bersama Dirich Vision, SetelKahwin telah menjadi salah satu penggerak utama media online untuk majlis resepsi perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah di Mines Wellness Hotel Resort. Tapi yang pastinya, majlis resepsi gilang gemilang untuk pasangan selebriti ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat tajaan daripada rakan-rakan penaja di bawah:-

Hotel Rasmi – Mines Wellness Resort Hotel
Majalah Rasmi- Stailista
Foto dan Video Rasmi- Krulmatric
Andaman -Butik Nurjuma
Pakaian Bersanding – Nazreen Idris
Kanopi – Miracle Ideas
Kad Jemputan – Kad Lestari
Pakaian Potong Kek-Ruzman Ruzaimi

Syukur kerana majlis untuk Zaquan dan Ayu berjalan dengan lancar, dan melihat keindahan pasangan romantic yang diijabkabulkan, memberikan harapan baru untuk tahun 2011 yang bakal menjanjikan seribu satu kejayaan buat kami di SetelKahwin.

Lebih manis buat SetelKahwin ialah sambutan kejayaan tahun pertama kami yang dikongsi bersama ayahanda Hashim, selama ini telah memberi dorongan dan semangat. Tahun kelahiran yang dikongsi dijadikan amanat untuk meraikan kejayaan dalam hidup bersama, insyaallah.

Dan semuanya ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan padu daripada anda semua.

Kami di SetelKahwin dengan rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu anda semua selama ini.
Semoga tahun 2011 ini akan menjadi satu titik tolak ke arah kejayaan yang lebih besar buat kami di SetelKahwin.

Topik Hangat : Advertorial, Kahwin
Comments (1)

Salahkah Wanita Kerana Lambat Kahwin?

By Mdm Cupid · Comments (0)
Tuesday, January 11th, 2011

TV3 WHI

Sebenarnya, penulis ada menonton rancangan Wanita Hari Ini (WHI) yang disiarkan di TV3. Terdapat satu segmen yang menarik perhatian penulis dalam program tersebut. Tajuk segmen itu ialah ‘Kenapa Wanita Lambat Kahwin’. Semasa menontonnya, penulis teringat kembali satu artikel yang telah ditulis beberapa bulan lepas – yang juga berkait rapat dengan tajuk di atas. Artikel yang dimaksudkan adalah ‘8 Sebab Kenapa Wanita tak Kahwin-Kahwin’. Artikel ini banyak mendapat komen-komen daripada pembaca sekalian. Ramai jugak yang tak bersetuju kerana penulis memasukkan ‘Pentingkan Kerjaya/Karier’ sebagai salah satu faktor yang menyebabkan segelintir wanita lambat atau tak kahwin-kahwin. Nak tak nak, penulis terpaksa senaraikan jugak perkara ini, kerana ia adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada fenomena kenapa wanita lambat kahwin.

Wanita Hari Ini

Tetapi janganlah you all salah faham pulak. Penulis tak pernah mengatakan bahawa mengejar karier itu satu perkara yang buruk atau tak baik. Dulu lain, sekarang lain. Waktu zaman dulu-dulu, anak dara hanya menunggu masa untuk dinikahkah dengan calon suami pilihan ibu bapa. Kerjaya adalah sesuatu yang jarang difikirkan oleh wanita pada ketika itu. Pada zaman sekarang pula, fikiran wanita lebih moden dan ‘advanced’ dan mereka lebih bebas memilih. Maka, tak hairanlah kenapa ramai wanita la nie yang gigih berusaha untuk membina karier yang lebih baik untuk masa depan yang cerah. So, kalau mana-mana wanita lebih mengutamakan memburu karier daripada memburu calon suami, maka ia adalah satu perkara yang amat baik sebenarnya.

… teruskan membaca artikel ini sepenuhnya→

Topik Hangat : Kahwin, Wanita
Comments (0)

MrBrute kembali

By Mr Brute · Comments (0)
Sunday, January 9th, 2011

Salam, MrBrute belum kembali ke alam barzakh tapi baru saja pulang dari perjalanan yang tak kurang seksanya, kelekaan cinta. Now before all of you think it is some lyrics from a sappy gerimis cinta song, guess again, MrBrute really did fall in love.

In the course of falling into the same trap of love dan segala yang indah, konflik percintaan dan nasihat yang bakal MrBrute kongsikan tak lama lagi, harus dahulu ampun diminta kepada pembaca yang cuba menghubungi untuk mendapatkan nasihat selama ini. Biarlah tempoh hiatus dimaafkan dan mulai hari ini, ikutilah nukilan yang berupakan reality of life and its tribulation when values get challenged.

Tahun baru ini harus didalami dengan penuh khusyuk dan tawaduk kerana tanpa fokus, we are drifters in this sea of life. Akhir sekali, bear with and I will bare it all my fellow readers.

Bagi yang dah kahwin, dakaplah pasangan anda lebih erat, yang bertunang terapkanlah perasaan hormat kepada hubungan cinta dan hukum, dan yang belum setel, tunggu apa lagi? Kalau masih ada kemusykilan, hubungi saja MrBrute.

End.

Related Posts with Thumbnails
Topik Hangat : Kahwin, Lelaki
Comments (0)
Page 2 of 22«12345»101520...Last »

Ke Laman Utama

www.setelkahwin.com

Jadi Fan Kami

setelkahwin.com on Facebook

Promote Sambil Berkongsi Tips :)

Adakah you all terlibat dalam industri khidmat perkahwinan? Apa kata you promote bisnes you all dengan memberi tips dan memberi komen pada mana-mana post yang berkaitan dengan perkhidmatan you all sambil meletakkan link ke blog/site anda.

Dan jangan lupa jugak untuk mempromosikan kami kepada rakan2 anda di facebook okey :)

Artikel Terbaru

  • 4 cara untuk ke Pameran Pengantin UrbanVibe di PICC
  • Pameran Pengantin Malaysia Bersama Urban Vibe Event Di PICC 8-10 Julai Ini
  • 5 ayat yang biasa diucapkan wanita…dan inilah maksud sebenarnya…
  • 5 ‘ayat’ wanita ingin dengar untuk Jatuh Cinta!
  • Apakah faedah-faedah urutan terapi payudara?

Komen Terbaru

  • zara on Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh
  • zara on Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh
  • wawa on Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh
  • wawa on Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh
  • wawa on Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh

Topik Hangat

  • Adat Perkahwinan
  • Advertorial
  • awek melayu
  • Bajet Perkahwinan
  • Cerita Cinta
  • Contest
  • Hal Ehwal Rumahtangga
  • Hantaran Perkahwinan
  • Ibu Bapa
  • Kahwin
  • Keluarga
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Lelaki
  • Media
  • Merancang Majlis Perkahwinan
  • Petua Kecantikan
  • SetelKahwin
  • Tips Bercinta
  • Tips Cari Pasangan
  • Tips Diet
  • Tips malam pertama
  • Tips Romantik di Ranjang
  • Tips Suami Isteri
  • Wanita

Koleksi Artikel

  • July 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
Setel Kahwin | Politik Cinta Adalah Suatu Realiti Perkahwinan
Copyright © 2012 All Rights Reserved
www.setelkahwin.com