
Majlis Kahwin Ashraf & Bunga
Wah…bukan senang nak berkawin rupanya! Banyak betul perkara2 yang anda kena ambik tau semasa merancang sesuatu majlis perkahwinan. Jika korang tak mau memeningkan kepala, apa kata upah wedding planner jer…:-) Walaupun begitu, anda tetap kena tau sikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu! Jom tengok list di bawah nie…
1. Daftar kursus kawin
2. Set tarikh (nikah dan sanding)
3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan
4. Pilih tema majlis kahwin
5. Buat medical check-up (HIV)
6. Beli barang2 hantaran
7. Beli souvenir dan bunga telur
8. Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran
9. Tempah juru nikah atau tok kadi
10. Senaraikan tetamu yang nak dijemput
11. Tempah kad jemputan
12. Gubah barang2 hantaran
13. Tempah pelamin
14. Book juru solek atau mak andam
15. Pilih busana pengantin
16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)
17. Tempah juru kamera dan/atau juru video
18. Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepale korang yang dah pusing tue…
19. Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)
20. Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)
21. Membuat banting atau signage (jika berkaitan)
Seperkara yang you all perlu ingat adalah list di atas bukanlah mengikut susunan. Dan mungkin ada beberapa steps yang tak perlu diikut. So, korang kena pandai-pandailah rancang dan susun jadual masing2. And kiranya ada perkara2 yang lupa untuk dimasukkan di atas, sukacitanya jika korang dapat menambah dengan menggunakan ruangan komen di bawah. Terima kasih & selamat merancang!

Bahagianyer Ashraf dan Bunga, kan?

salam. tahniah group abang nara. best web ni.. bnyak info yang menarik.
boleh share. later i’ll put ur blog address kat my site
[Balas Komen]
Salam.. web ni memang sgt membantu lebih2 lagi kepada bakal pengantin. Byk tips2 dan panduan yg dapat diperolehi di sini. Walaupun kami telah agak lama mencebur kan diri dalam bidang ni sebagai wedding planner,tapi kami masih lagi belajar dan sentiasa mencari idea2 baru.
Yang paling penting sekali dalam memastikan perkahwinan anda sukses ialah ‘Jangan buat persiapan last minute! Buat persediaan awal, kalau malas nak fikir dan pening2 kepala upah je orang mcm kami utk hilangkan serabut kepala tu =)
Untuk sume bakal pengantin.. semoga perkahwinan anda berjalan dengan lancar dan impian terlaksana.
[Balas Komen]