Tatkala menjelang sesuatu majlis pertunangan ataupun perkahwinan, barang-barang hantaran semestinya menjadi salah satu agenda yang terpenting. Lagipun, sudah menjadi adat dan tradisi masyarakat Melayu untuk berbalas-balas hantaran semasa kedua-dua majlis tersebut berlangsung. Selain bertujuan untuk menyerikan sesuatu majlis, gubahan hantaran yang digubah dengan unik dan cantik juga menjadi tarikan mata-mata yang memandang (dan tak lupa juga mulut yang berkata-kata..:-))

*Credits: http://laceandbeads.fotopages.com/?entry=1537703

*Credits: http://laceandbeads.fotopages.com/?entry=1537703

Pada masa dulu-dulu, sesi gubahan hantaran biasanya akan dibuat secara ramai-ramai oleh saudara mara untuk mengeratkan lagi silaturrahim. Lain pulak yang berlaku pada zaman ini di mana bakal pengantin lebih mengambil jalan mudah dengan membeli gubahan yang sudah siap ataupun menempahnya daripada orang-orang yang mahir membuatnya.Kurang skill dan kesibukan bekerja mungkin menjadi faktor mengapa muda-mudi pada zaman yang serba moden nie lebih cenderung untuk membeli gubahan yang sudah siap.

Fikirkan… kalau kita beli atau menempah gubahan hantaran tu, harganya lebih kurang dalam RM40 untuk setiap gubahan (termasuk kos bahan-bahan). So, fikirkanlah kalau kita ada 9 barang yang perlu digubah, bukankah totalnya RM360? Mahal jugak tu….  Tapi sebaliknya kalau kita mahu menggubah sendiri, kita kena fikir dari segi kos membeli bahan-bahannya pulak. Dan kita juga kena fikir dari segi masa, misalnya ‘sempat tak aku nak gubah semua barang2 nie semua?’ So, inilah yang you all kena fikir sebelum membuat keputusan. Tapi segala-galanya adalah terpulang kepada tuan punya diri masing-masing, ye tak?

Selain daripada skill, anda juga memerlukan kreativiti untuk menggubah misalnya tuala menjadi sebuah buku, sejadah menjadi kerusi, telekung sembahyang menjadi buah dsb lagi. Sebenarnya untuk gubahan2 yang simple, agak mudah untuk membuatnya walaupun untuk beginner. Dan tak semestinya barang-barang yang you all gubah tu kena kelihatan perfect dan cantik, asalkan you sendiri berpuas hati sudah.:-)

Terdapat beberapa sumber di mana anda boleh belajar tentang cara-cara menggubah sendiri barang hantaran ataupun sekadar mencari idea untuk dipraktikkan pada masa hadapan. Jom baca…

  • Buku gubahan hantaran

-     sekarang nie telahpun terdapat beberapa buku gubahan hantaran di pasaran. Buku-buku ini menunjukkan cara step by step bagaimana untuk menggubah sesuatu barang. Buku Gubahan Pengantin misalnya, mempunyai isi kandungan yg cukup lengkap dengan pelbagai gubahan-gubahan barang hantaran yang menarik dan terkini. Selain sarat dengan gambar-gambar berwarna yang cantik, ia juga memberikan info yang terperinci mengenai urusan yang berkaitan dengan proses perkahwinan.

Gubahan Pengantin

  • Majalah pengantin

-   Dalam mana-mana majalah pengantin, terdapat pelbagai gambar-gambar gubahan hantaran yang digubah dengan cantik dan unik. You all boleh gunakan majalah ini sebagai rujukan kerana majalah pengantin ini sentiasa  memaparkan gubahan hantaran yang latest dan up to date.

Majalah Pesona Pengantin

  • Laman-laman web

- Di dalam Internet pulak, terdapat banyak laman-laman web yang memaparkan info tentang gubahan hantaran. Just google dan type keywordnya ‘gubahan hantaran’… anda akan lihat pelbagai link yang akan muncul mengenai topik yang anda cari tu. Di sini you all bolehlah membuat research tentang apakah trend atau tema terbaru di dalam gubahan hantaran kerana teknik menggubah hantaran nie sentiasa berevolusi dari zaman ke zaman…:-)

  • VCD gubahan hantaran

- untuk mereka yang benar-benar serius untuk belajar cara menggubah, apa kata you all just beli VCD gubahan hantaran yang berada di pasaran. Ianya lebih mudah kerana anda boleh melihat proses gubahan secara step-by-step.

VCD menggubah hantaran

*Credit: http://www.kahwin.net/aboutus.asp

  • Mintak tunjuk ajar dari orang yang mahir

-   kalau kita kenal orang yang mahir dalam skill gubah-menggubah nie, tak kisahlah sama ada saudara sendiri ataupun kengkawan, apa kata kita mintak tolong mereka untuk tunjuk ajar kita (silap2 nanti, si polan nie pulak yang tak pasal-pasal kena gubah barang hantaran untuk majlis kita tue nanti…. huhu)

Pakar menggubah hantaran

  • Pusat sehenti perkahwinan

- pusat sehenti perkahwinan nie sebenarnya adalah sebuah tempat atau kedai yang menjual pelbagai peralatan perkahwinan, khususnya alat2 untuk menggubah hantaran. Selain menjual alat2 tersebut, kedai-kedai nie juga biasanya menawarkan tempahan untuk menggubah hantaran. Biasanya mereka akan mempamerkan ‘display’ atau contoh gubahan yang cantik2 di dalam kedai mereka. Kalau ada peluang (dan kalau tuan kedai tak tengok), apa kata kita snap a few pictures of this decorations.. sekadar untuk dijadikan idea la…huhu.. Actually, sesetengah kedai nie ada meletakkan notis “Dilarang mengambil gambar”… so, berhati-hatilah semasa membuat ‘kerja’ nie supaya kalian tak tertangkap, yer… :-)

*Source: http://menderas.blogspot.com/2009/12/langkah-pertama-saya-munakahat.html

*Source: http://menderas.blogspot.com/2009/12/langkah-pertama-saya-munakahat.html

p/s:  Pada zaman cyber nie, siap ada orang sedia khidmat menggubah barang hantaran melalui courier lagi, cayalah!

Jangan lupa jadi fans kami di facebook : www.facebook.com/setelkahwin .  SetelKahwin dengan kerjasama Beautifulnara bakal mengadakan satu contest yang memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang agak banyak.  Tapi untuk layak menyertai pertandingan ini, anda semua kena jadi Fan Facebook BeautifulNara (klik sini) dan Fan Facebook SetelKahwin (klik sini). Kena jadi fan kedua-duanya sekali kalau tak penyertaan anda tak dikira. Sebabnya segala klu-klu tentang pertandingan ini hanya akan diberitahu melalui Facebook sahaja.

Related Posts with Thumbnails