
Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’ hantaran.

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu melambangkan asam garam hidup berumahtangga di antara suami isteri. Ini kerana hidup setiap pasangan suami isteri tidak dapat ‘lari’ daripada segala duka dan duka. Begitu juga dengan sirih junjung yang digubah dengan daun sirih dan campuran beberapa bahan-bahan lain di mana jika ianya di makan, akan timbullah rasa manis, masam, pahit dan masin. Kalau korang biasa tengok, tok nenek kita pada zaman dulu2 suka sangat mengunyah sireh nie..:-)
Seperti yang disebut di atas, terdapat beberapa bahan lain yang biasanya dimasukkan sekali ke dalam gubahan sirih junjung. Jom kita lihat apakah maksud yang tersirat di sebalik bahan-bahan yang digunakan itu:

Daun sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri

Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang

Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar

Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia
Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal
Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip
Jika ingin menggubah sendiri sirih junjung, anda hendaklah memilih daun sirih yang segar dan pelbagai saiz – sekurang-kurangnya 13 helai. Kemudian daun sirih itu akan disusun dan dibentuk mengikut citarasa penggubahnya. Setelah siap, bahan-bahan lain seperti pinang, gambir, cengkih dan kapur pula akan diletakkan di celah-celah susunan daun sirih. Selain tu, penggunaan bunga-bunga segar seperti bunga kekwa dan bunga mawar juga memainkan peranan dengan diletakkan di celah lipatan daun sirih. Sebagai ‘final touch’, anda bolehlah merenjis sedikit wangian seperti air mawar untuk membangkitkan lagi aroma sirih junjung.
Mengikut tradisi Melayu, sirih junjung daripada pihak pengantin lelaki hendaklah lebih tinggi sedikit daripada pihak pengantin perempuan. Ini untuk menunjukkan peranan atau tanggungjawab lelaki itu sebagai ketua keluarga. Jika dibandingkan di zaman mak-mak kita dulu, sirih junjung seringkali digubah tinggi seperti pokok. Tapi seiring dengan perkembangan zaman, sirih junjung telah digubah menjadi pelbagai bentuk moden seperti masjid atau bangunan yang disesuaikan mengikut konsep hantaran.

Walau bagaimana sekalipun bentuknya, gubahan sirih junjung akan tetap menjadi penghulu segala hantaran dan pelengkap kepada suatu majlis perkahwinan. So, next time, kalau ada anak-anak dara anda yang bertanyakan tentang perihal sirih junjung ini, jangan lupa untuk menceritakan segala kepentingan dan maksud sirih ini kepada mereka, yer? Moga-moga mereka akan terus membawa warisan Melayu yang indah ini hinggalah ke akhir zaman.

hai.. cuma nk tmbh sket… Ibu I pernah cakap sireh junjung perempuan sepatutnya lagi tinggi… i tak tau kenapa.. tapi ibu i cakap, sirih junjung tuh kira maruah wanita tuh.. tapi i tak brapa pasti… sori kalo salah info…
[Balas Komen]
nak nikah Reply:
September 26th, 2011 at 5:15 am
mcm mane ni? ade perbezaan pndapat? nak ikut mane ni?
[Balas Komen]
[...] for hantaran, sirih junjung or bunga pahar this time..isk isk..masa dan tenaga tu belakang kira …Maksud tersirat di sebalik Sirih Junjung | Setel Kahwin …Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan [...]
salam… puan..sekadar info… Perbadanan Adat melayu dan warisan negeri selangor akan anjurkan pertandingan gubahan sirih junjung… sekiranya berminat details adalah seperti dibawah :-
Syarat Pertandingan
1. Terbuka kepada individu warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
2. Gubahan perlu menampilkan ciri-ciri berikut :-
a. Daun sirih, kapur, pinang, gambir, tembakau, bunga cengkih dan sebagainya.
b. Reka bentuk menegak – menjulang ke atas
c. Disusun di atas dulang berkaki.
d. Hiasan tambahan mengikut kesesuaian.
3. Pemarkahan akan dinilai berdasarkan :-
a. Menampilkan ciri-ciri keMelayuan negeri Selangor.
b. Cara peragaan – menghidang dan susunan Sirih Junjung.
c. Hiasan sampingan yang mengekalkan ciri warisan.
4. Peserta perlu menyediakan dan membawa sendiri segala bahan dan kelengkapan untuk membuat gubahan. Masa yang diperuntukkan ialah 1 jam.
5. Penyertaan adalah percuma dan tidak terhad. Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertandingan. Pendaftaran awal digalakkan untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
6. Keputusan para juri adalah muktamad.
Hadiah Pertandingan Gubahan Sirih Junjung
Tempat pertama RM 500 x 1
Tempat kedua RM 400 x 1
Tempat ketiga RM 300 x 1
Tempat keempat RM 200 x 1
Tempat kelima RM 100 x 1
Saguhati RM 50 x 20
Borang boleh didapati dilaman web http://www.lms.ov.my dihantar melalui fax dan sebarang pertanyaan hubungi urusetia pertandingan di :-
Urusetia Pertandingan Sirih Junjung,
Perbadanan Adat Melayu Dan Warisan Negeri Selangor (PADAT),
D/A Muzium Sultan Alam Shah,
Persiaran Bandaraya,
40000 Shah Alam, Selangor.
Tel : 03-5519 0050/ 5510 3220/ 5510 3190
Fax : 03-5510 1799
Laman web : http://www.lms.gov.my
Urusetia :
En. Mohd Zainuddin b Abdullah
Cik Norhayati bt Md. Yatim
Pn. Siti Azwana bt Jupri
* Salinan borang photostat juga diterima.
[Balas Komen]
[...] (http://setelkahwin.com/blog/maksud-tersirat-di-sebalik-sirih-junjung/) [...]
sy nak tnya berkenaan dengan sirih junjung sebagai hantaran. beberapa pembacaan yg dibuat sebelum ini menyatakan bahawa, sirih junjung merupakan lamabang perkahwinan melayu. bagaimana pula dengan mereka yang beragama islam tetapi bukan melayu?
yang kedua, saya nak tanya…kalau nak buat hantaran pertunangan atau perkahwinan perlukah kedua-dua pihak menyediakan sirih junjung sebagai hantaran?ataupun, hanya dari pihak lelaki kepada pihak perempuan dan sebaliknya? tq.
[Balas Komen]
Dada Reply:
February 9th, 2011 at 12:29 am
Jojo…benar sirih junjung adalah lambang perkahwinan melayu kerana ianaya adalah ADAT org melayu dulu-dulu…tetapi tidak bagi islam itu sendiri…jadi tiada salahnya dalam sesebuah perkahwinan itu tnpa sirih junjung…tidak menjadi kesalahan kerana tiada dlm hukum agama islam mngatakan sirih junjung itu WAJIB…lagi sekali ianya hanyalah ADAT semata-mata…menjadi syirik kalu kta meletakkan sireh junjung adalah wajib…
[Balas Komen]
nak nikah Reply:
September 26th, 2011 at 5:17 am
“Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan.”
tu ayat kate wajib tu… ape2 la
[Balas Komen]
salam.. mintak izin copy info sirih junjung nie boleh??
saya akan letakkan credit untuk setelkahwin..
[Balas Komen]
The Editor Reply:
September 13th, 2011 at 11:38 am
Boleh :) Terima Kasih
[Balas Komen]
fara Reply:
September 14th, 2011 at 8:33 am
terima kasih.. =)
[Balas Komen]
[...] Description: Considered as the head of all hantaran. Floral arrangement made up of daun sirih, gambir, kapur, pinang, tembakau, cengkih. For the significance of the ingredients, please read this. [...]