
Inikah ‘buaya darat’ yang dimaksudkan?
Biasanya terdapat banyak gelaran untuk lelaki yang suka bertukar-tukar teman wanita nie. Antaranya ialah buaya darat, kasanova, playboy, lelaki hidung belang dan macam2 istilah lagilah. Biasanya, si gadislah yang akan ‘terseksa’ jika bertemu dengan jejaka jenis ini. Namun, pernah tak you all selami hati jejaka yang cenderung untuk melakukan perkara demikian? Kenapa dia sanggup lukakan hati semua gadis yang pernah menjadi teman wanitanya?
Actually, lelaki jenis ini agak sukar untuk mencari gadis yang benar-benar menjadi pilihan hatinya, maka dia akan lebih cenderung untuk memutuskan hubungan dengan mereka. Jom kita baca detailnya di bawah:
1) Takut dengan komitmen
- komitmen adalah suatu yang penting yg mungkin akan menjurus kepada sebuah perkahwinan. Lelaki nie pulak …. bleh dikatakan bukan semuanya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Mungkin mereka rase yang terlalu banyak bende lain lagi yang perlu disettlekan dalam hidup nie. Mungkin jugak mereka rasa belum mampu untuk menggalas tanggungjawab yang besar tue. So, maybe perkahwinan adalah perkara yang last skali di dalam list diorang.
2) Cepat berasa bosan
- ada sesetengah lelaki yang cepat betul berasa bosan. Masa nak tackle gadis yang dia minat, bukan main seronok lagi. Macam permainan ‘cat & mouse’ gitu :-p … Tapi bila dah dapat, ehem2…lain pulak ceritanyer… Iyelah, bende yang sudah ada dalam tangan, kan? Buat apa lagi nak bersusah payah untuk menawan hatinya, kan? :-)
3) Sentiasa inginkan cabaran baru
- yang nie berbalik kepada no.2 di atas. Selepas lelaki dah berjaya ‘jerat’ si gadis nie, selepas beberapa lama, mulalah dia rasa inginkan cabaran baru. Mereka sukakan kelainan dan akan berusaha untuk mencari kelainan itu. Mungkin jika dia bertemu dengan seorang gadis yang versatile, yang sentiasa boleh berikan kelainan pada setiap masa, mungkin jugak si jejaka nie akan settle down akhirnya.
4) Sukakan kebebasan
- kebanyakan lelaki tidak suka diikat. Mereka sukakan kebebasan, contohnya untuk lepak bersama kawan2. They all rasa sebelum kahwin, mereka ada hak untuk bebas dan menikmati kehidupan bujang. Kalau dah ader girlfriend, tau2 je la …. wanita cepat jeles dan sukakan perhatian yang lebih. So, mungkin si girlfriend nie tak berapa suka kalau boyfriend diorang luangkan masa yang terlalu lama dengan kawan2.. ini juga mungkin menjadi salah satu sebab kenapa si jejaka akan putuskan hubungan dengan temannya.

p/s: Selepas nie, penulis perlu fikir cara bagaimana untuk ‘menjerat’ lelaki-lelaki jenis seperti di atas pulak :-) … Ada komen?
Tolong support kami dengan menjadi fans kami di facebook: www.facebook.com/setelkahwin atau dengan menekan button ‘Become a Fan’ di sebelah atas kanan page ini. Terima kasih! :)


[...] Kesian kat Fahrin nie selalu gagal dalam percintaan. Selalunya kita dengar lelaki yang suka bertukar-tukar awek. Kalau nak tau sebab apa lelaki suka tukar awek, kami cadangkan anda baca artikel nie. Memang [...]
sbb tu i x ske cr lelaki yg fresh@muda..i ske yg lbih tua@matang gitu..
bru la komitmen diorg tgi pd kita..yg muda2 ni bykkn nk enjoy je!sory to say..mmg x sume gitu kn..tp almost nya mcm tu ler..^_^
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 8th, 2010 at 3:52 pm
hmmm … ada betulnya jugak tuh. Tapi tak kisahlah tua ke muda, kerna yg penting apa yg ada dalam hati mereka tuh, kan? tu yg kita kena selidik hati mereka betul2… hati yg meronta2 nak ‘lari’ ker atau hati yg betul2 setia pada yg satu… :-)
Harap2 satu hari nanti cik ajuera akan bertemu dengan lelaki idaman!
[Balas Komen]
The Editor Reply:
March 8th, 2010 at 6:11 pm
apsal pompuan muda tak leh ikut enjoy sekali macam lelaki muda? kenapa dia orang nak settle cepat sangat? sebab skrg ni tgk, ramai jer yg kahwin lambat sket, so antara skrg sampai hari dia actually kahwin, tak leh enjoy dulu ker? bukan enjoy apa lah, tapi more like test water…haha
[Balas Komen]
sisi Reply:
March 16th, 2010 at 9:03 pm
ala tak jugak. byk je laki tua yg suka enjoy. dah ada anak bini, umur pun dh byk, sibuk nak pi kacau anak dara. tgk citer artis pun boleh fahamla. kalau yg laki muda pun, tak semesti suka nak enjoy. byk je yg dah matang dan setia. yg slalu aku tengokla, laki tua ni lebih gatal dr laki muda. lagi tua, lagi kaya, lagila gatal lagila nak kebebasan.
[Balas Komen]
MENINGGALKAN JEJAK DI SINI..
ADA KEBENARANNYA DGN TOPIK NI..
APE KATA..BUAT ENTRY NI PLAK “Kenapa WANITA suka bertukar teman?”
[noTA kaKI]
akU taK luPA..”asAL daRI kmPUNG..” ;)
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 8th, 2010 at 3:54 pm
hmm…bagus gak idea tuh.. Nanti Mdm Cupid fikirkan isi-isi penting untuk artikel akan datang nie yer… :-)
[Balas Komen]
ader owang kater mang lei nmpak laa llaki idoong belang nie..
seyes..idung die mang b,belang.. @_@
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 8th, 2010 at 3:56 pm
Idung berbelang takper lagi… jangan nampak kuda belang, sudah…. ekekekeke:-p
[Balas Komen]