Orang Melayu sememangnya kaya dengan pelbagai adat yang menjadi kebanggaan kita semua. Justeru, tak heranlah jika perkahwinan pun dipenuhi dengan adat atau tradisi Melayu yang unik. Sebelum melangsungkan perkahwinan, korang kena la tau bahawa sesuatu perkahwinan itu akan dimulai dengan adat merisik, meminang, bertunang, bernikah dan akhirnya bersanding. Wah! Banyaknya peringkat yang kena lalui sebelum kawin:-) So, untuk mereka yang akan melangkah ke gerbang perkahwinan tak lama lagi, eloklah jika korang membaca sedikit info tentang adat2 yang korang akan lalui nanti.
Merisik
- adat merisik juga dikenali sebagai ‘menengok’, ‘meninjau’ atau ‘menilik’ si anak dara
- bertujuan untuk memilih dan menyelidik latar belakang bakal menantu perempuan berkaitan dengan tingkah lakunya, pengetahuan agama, skill rumahtangga dsb. lagi.
- mengikut kata orang2 tua, jika rombongan pihak lelaki datang semasa si anak dara sedang mandi atau membasuh baju, kirenya nie petanda baik
- sebaliknya, jika si dara sedang memasak masa rombongan sampai, ia membawa alamat kurang baik, sebab kononnya ia petanda ‘panas’:-)
- pada zaman yang serba serbi moden nie, adat merisik dah jarang dilakukan
- yang diberi keutamaan, asal si gadis ada pegangan agama, adab sopan dan latar belakang keluarga yang baik, dah kire cukup bagus.
Meminang
- jika si gadis belum berpunya setelah membuat risikan, adat meminang pula akan dilakukan.
- tujuannya adalah untuk menyatakan hasrat anak teruna yang ingin berkahwin dengan gadis pilihannya.
- biasanya rombongan meminang akan diwakili oleh mak bapak lelaki atau orang2 tua yang akan pergi ke rumah anak dara untuk meminangnya.
- kalu ikut adat, suatu tempoh akan diberi kepada pihak pompuan supaya mereka boleh berbincang sesama mereka atau utk menyelidik tentang latar belakang pihak laki2 pulak.
- sekiranya pinangan diterima, mereka akan berbincang pulak pasal tarikh nak bertunang, hantaran dan hal2 lain yg berkait dengan proses pertunangan tue…
- oops… jangan lupe pulak utk bawak sebentuk cincin untuk diserahkan kepada wakil pihak pompuan sebagai tanda peminangan (ikut sesetengah tempat la..).
Bertunang
- setelah peminangan diterima, ia akan disusuli pulak dengan majlis pertunangan
- adat bertunang atau ‘Menghantar Tanda’ nie sebenarnya memberi maksud si anak dara sudah manjadi milik orang.
- ia juga bertujuan untuk membolehkan kedua-dua pasangan tue mengenali hati budi masing2 dgn lebih dekat.
- mengikut kebiasaan, kenduri akan diadakan di rumah pihak perempuan
- rombongan lelaki akan membawa ‘tanda’ yg berupa sebentuk cincin (biasanya cincin belah rotan menjadi pilihan) untuk diberi kepada pihak perempuan.
- selain itu, terdapat juge beberapa barang hantaran lain yg turut diberi seperti sirih junjung, sejadah, al-Quran, alat solek dsb.
- jumlah dulang hantaran biasanya dalam angka ganjil seperti 5 berbalas 7 atau 7 berbalas 9 di mana pihak perempuan akan membalas lebih sedikit daripada pihak lelaki.
- pada majlis nie jugaklah wakil kedua2 belah pihak akan berbincang pasal tempoh bertunang, belaja kawin dan lain2 hal yang berkaitan.
- yang menariknya, kalau dah takde jodoh dan pertunangan diputuskan oleh pihak lelaki, semua barang hantaran yang diberi dikira ‘hangus’ saje.
- sebaliknya kalau pihak perempuan yang putuskan ikatan pertunangan, maka dia terpaksa mengembalikan semua barang hantaran tue sebanyak dua kali ganda jumlahnya.
Pernikahan
- pernikahan atau akad nikah adalah hari yang penting buat kedua-dua pengantin kerana pada majlis inilah mereka akan diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah.
- akad nikah boleh dilakukan di masjid, pejabat kadi atau rumah pengantin perempuan.
- pada masa nie, pengantin lelaki akan berasa begitu berdebar kerana perlu melafazkan akad nikah.

- biasanya upacara akad nikah nie akan disertai dengan mas kawin, wang hantaran (atau belanja), sebentuk cincin (atau barang kemas yg lain) serta barang2 hantaran yg lain yg dibawa oleh rombongan pengantin lelaki.
- selepas pengantin lelaki diijabkabul, (biasanya satu lafaz je utk mereka yg ‘cool’ :-) ), sebentuk cincin akan disarungkan ke jari manis pengantin perempuan dalam upacara ‘membatalkan air sembahyang’.
- selesai je upacara pernikahan, kedua-dua pengantin baru nie akan bersiap sedia untuk menempuhi majlis persandingan yang gilang-gemilang.
Persandingan
- persandingan atau majlis perkahwinan nie adalah acara kemuncak di mana kedua2 pengantin akan digelar ‘Raja Sehari’.
- majlis bersanding dimulai dengan paluan kompang dan laungan selawat dan salam daripada rombongan pengantin lelaki yang diarak meriah ke rumah pengantin perempuan.
- rombongan nie pulak akan dibalas dengan percikan air mawar dan taburan beras kunyit.
- seterusnya, pasangan Raja Sehari nie akan diraikan di atas hiasan pelamin atau lebih grand dipanggil ‘singgahsana’:-)
- pada masa nie lah kerlipan daripada kamera2 dan hanpon yg pelbagai jenis tak putus2 merakamkan detik2 bersejarah pengantin baru beserta dengan keluarga dan sedara mara mereka.
- tak cukup bergambar di pelamin, pengantin dipelawa pulak untuk berposing di dalam kamar pengantin yg dihias indah.
- kemudian, setelah berpenat-lelah mengadap kamera, barulah pasangan pengantin baru dijamu makan di upacara makan beradap.
- dgn aksi malu2 kucing, pengantin perempuan akan menyuap makanan ke dalam mulut suaminya dan begitulah juga sebaliknya.
- lebih kurang beberapa hari atau seminggu selepas majlis perkahwinan diadakan, majlis bertandang (atau adat menyambut menantu) pula akan diadakan di rumah pihak lelaki.
So, begitulah sedikit sebanyak info tentang aturan adat dalam melangsungkan sesuatu majlis perkahwinan. Biarpun zaman sudah berubah, namun apa salahnya jika adat warisan perkahwinan Melayu nie diteruskan supaya ia tetap akan terpelihara khususnya untuk generasi akan datang. Sekian.

ade x artikel psl kos utk btunang?? ape yg org zaman skrg selalu bg sbg hantaran time tunang..??
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
February 22nd, 2010 at 11:57 am
Jawapan untuk soalan 1:
Setakat nie, artikel psl kos untuk bertunang takde lagi. Tapi, menarik gak idea tuh… :-)So, insyaAllah nanti saya akan ilhamkan satu artikel mengenai anggaran kos pertunangan… So, jadilah fan kami untuk membaca artikel seterusnya nie nanti yer…tq
Jawapan untuk soalan 2:
Emm.. Kadang2, sesetengah barang hantaran yg diberikan semasa pertunangan adalah lebih kurang sama seperti semasa pernikahan. Cuba baca post nie untuk melihat senarai barang hantaran –> http://setelkahwin.com/blog/barang-hantaran-untuk-yang-tersayang/... tq
[Balas Komen]
ade lagi tertinggal.. majlis berinai.. dan lelain.
[Balas Komen]
a’ah la…xder detail psl majlis berinai pn
[Balas Komen]
Emm… mmg betul majlis berinai tidak dimasukkan di dalam artikel di atas. Sebenarnya, penulis ingatkan yang majlis nie ramai yg tak buat. Atleast, setakat yg penulis tau, hanya sesetengah negeri yang biase buat majlis berinai nie seperti Johor.. Tapi, no worries kerana penulis akan ‘update’kan artikel nie untuk ‘include’ kan sedikit xplanation pasal majlis berinai nie nanti… so korang kena la ‘monitor thread’ nie, k… thanks for the feedback!…:-)
[Balas Komen]
wah.. sangat mendebarkan yea…..
[Balas Komen]
dulu masa bertunang, hantaran barang-barang makanan je, kek,buah,puding,cookies,telur puyuh berhias,sirih junjung,bunga rampai, punya la nak jimat. dah nak kawin ni baru la barang-barang nak melawa.
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 10th, 2010 at 9:02 pm
Emm… betul macam yg emi kata tu.. biasanya masa majlis tunang, sesetengah orang akan bagi barang2 makanan jer sebagai hantaran… masa nak kahwin nanti barulah yg mahal2 sket…:-)
Sebenarnya, semuanya di atas persetujuan kedua-dua pihak lelaki dan perempuan masing2…:-)
[Balas Komen]
sebelum nak btunang, saya dgn bakal tunang dah bincang dulu. hantaran nak betunang ni barang2 makan je utk kedua belah pihak(kecuali sirih junjung,bunga rampai)yang syoknya ramai lak saudara mara nak sponsor, orang sponsor puding, yang ni pulak cookies. apalagi, senyum sampai ke telinga la :) nak kawin nnt baru lah beli perfume ke, kasut ke etc.(yang ni baru sendirian bhd)
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 10th, 2010 at 8:55 pm
waaahhh…..bestnyer ada orang sponsor:-)…nanti masa nak kahwin, mintak diorang sponsor pakej honeymoon pulak….huhu:-D
[Balas Komen]
Hahaha… bab honeymoon diorang xnak campur. pandai2 kau la mana kau nak pegi.
[Balas Komen]
kalau pihak belah lelaki xbuat majlis menyambut menantu blh ke? (disebabkan kekurangan modal)
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
June 21st, 2010 at 2:47 pm
Salam ct,
Mintak maaf byk2 kerana penulis lambat membalas komen saudari…:-)
Sebenarnya, majlis sambut menantu nie kalau tak buat pun takpe. Sebenarnya, majlis ini adalah salah satu amalan yang termasuk di dalam adat perkahwinan Melayu. Ia bukanlah perkara yang wajib dibuat. Namun, semuanya bergantung kepada pihak lelaki (terutama keluarganya) sama ada ingin dibuat ataupun tidak majlis ini. Biasanya adat sambut menantu dilakukan untuk memberi peluang kepada saudara mara/rakan2/jiran tetangga sebelah pihak lelaki yang tak berpeluang untuk hadir semasa upacara perkahwinan berlangsung di rumah pengantin perempuan. Biasanya, majlis ini hanya dilakukan secara santai atau ala kadar saja. Tidaklah semeriah seperti acara persandingan dan tidaklah menelan belanja yang besar. Namun, semuanya bergantung kepada keluarga pihak lelaki itu sendiri…
Terima kasih.
[Balas Komen]
waaa betul2 wat saye berdebar2…
[Balas Komen]