Semua wanita sukakan kasut! Ada sesetengah wanita yang tak kisah berbelanja besar hanya untuk membeli kasut yang berkenan di hati. Kasut wanita ada bermacam-macam jenis, saiz dan warna yang menarik. Selain membeli kasut untuk keperluan harian, ia juga sesuai dijadikan salah satu barang hantaran perkahwinan.

Mengikut kebiasaan, semestinya kita akan menunggu Jualan Murah atau Mega Sale sebelum pergi membeli kasut yang dikehendaki. Yang paling memeningkan dan meletihkan ialah kita terpaksa tempuhi keadaan yang terlalu crowded dan terpaksa beratur panjang untuk membayar. Dan kita juga terpaksa ‘mencuci mata’ selama beberapa jam, hanya untuk memilih kasut yang menjadi idaman hati. Tetapi, sekarang nie anda tak perlu mengharungi itu semua lagi. Dengan VSHub, anda boleh memiliki mana-mana kasut di dunia ini hanya dengan melayari Internet.

Jika anda mempunyai citarasa tinggi, anda boleh mengunjungi laman web kasut-kasut berjenama seperti Valentino, Christian Louboutin, Jimmy Choo, Benjamin Adams Arden dan Givenchy. Jika sudah membuat pilihan, anda boleh membuat pesanan dengan menggunakan alamat di US yang dibekalkan oleh VSHub. Kemudian VSHub akan menghantarnya terus ke rumah kita. Apa yang bestnya, anda boleh mendapat lebih faedah daripada diskaun istimewa yang sering ditawarkan oleh kedai-kedai kasut di US. Mana tau, mungkin kasut yang dibeli secara direct di luar negara adalah lebih murah daripada dibeli di sini – walaupun selepas menolak kos penghantaran!

Lihatlah contoh-contoh bermacam jenis kasut yang boleh dijadikan sebagai hantaran perkahwinan khas untuk insan tersayang…

1. Kasut Grazia Alicia yang dijual dengan harga $195 ini amat cantik jika dijadikan barang hantaran perkahwinan. Anda boleh membelinya di sini – www.bellissimabridalshoes.com

Grazia Alicia Shoes

2.  Kasut Benjamin Adams Arden ini bukan sahaja cantik dijadikan sebagai barang hantaran, malah akan membuatkan anda kelihatan seperti seorang ‘Princess’ jika dipakai semasa majlis perkahwinan. Anda boleh membeli kasut ini dengan hanya $83 (after sale) di sini – http://www.myglassslipper.com/

Benjamin Adams Arden

3.  Christian Louboutin adalah jenama kasut yang paling ‘top’ di US. Anda boleh mendapatkan kasut seperti di bawah dengan harga $155.  Layari http://www.hichristianlouboutin.com/ untuk mendapatkan info lebih lanjut.

christian Louboutin

4. Sandal Carmela jenama Martinez Valero ini hanya dijual dengan harga $110 (after sale).  Jika sudah berkenan di hati, dapatkannya di sini – http://www.myglassslipper.com/

Martinez Valero

Jangan ketinggalan harga-harga promosi dan diskaun yang ditawarkan di kedai-kedai kasut ‘online’ di US. Hanya gunakan alamat yang diberikan oleh VSHub apabila ingin membuat pembelian.  Jadikan kasut sebagai barang hantaran yang istimewa dari anda kepada kekasih hati anda. Pasti si dia akan menghargainya!

http://www.setelkahwin.com/blog/recommends/vshub

vshubcontest

http://www.setelkahwin.com/blog/recommends/vshub

Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan.  Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

Related Posts with Thumbnails