Apabila ditinggalkan oleh insan tersayang, kita akan berasa amat sunyi dan ‘kosong’. Memang agak sukar untuk kita menghadapi saat-saat ini. Apa yang tinggal hanyalah kenangan gembira dan sedih yang akan terus berlegar-legar di fikiran di saat kita kesunyian.

Apabila insan tersayang meninggalkan kita, jangan salahkan diri sendiri kerana yang pastinya kita bukanlah penyebab ianya berlaku. Ia adalah disebabkan suatu keputusan yang dibuat oleh seseorang dan ia adalah takdir Ilahi. Sebaliknya, anda patut berasa gembira kerana sekurang-kurangnya anda mendapat peluang untuk mengenali insan itu sebaik-baiknya. Bersyukurlah untuk kenangan tersebut. Simpan kenangan itu selama-lamanya dan jadikan ia sebagai panduan untuk melindungi anda daripada terjebak kembali ke dalam masalah yang sama.

sedih dan keciwa...

Setiap orang akan mengalami kesedihan, kekecewaan dan kesakitan.. bukan sekali… malah untuk beberapa kali. Tiada sesuatupun di dalam dunia ini yang kekal. Bumi akan terus berpusing dan kita juga begitu. Kita akan terus berubah, dan tiada apa yang akan kekal sama. Kehilangan seseorang yang disayangi adalah amat menyedihkan dan menyakitkan – tapi tariklah nafas dalam-dalam dan jadikan ingatan itu sebahagian dari diri anda. Lakukan perkara yang berfaedah untuk mengisi hari anda, kerana kenangan hanyalah sejenis khayalan yang kita bina untuk berpegang kepada perkara-perkara yang kita tak pernah mahu kehilangan.

Anda bukan bersendirian. Perkara ini berlaku kerana ia telah ditentukan – untuk memberi kita lebih kekuatan untuk menghadapi cabaran-cabaran di dalam hidup, untuk memberi kita kearifan bagi melindungi diri dalam kehidupan seharian, untuk memahami dengan lebih meluas tentang cinta kepada Allah s.w.t. dan cinta terhadap diri sendiri, dan untuk menikmati erti kehidupan sebenar dengan sedalam-dalamnya.

Benarkan masa untuk menyembuhkan luka anda terlebih dahulu sebelum anda menerima kehadiran cinta lain di dalam hidup.  Kerana jika cinta berputik kembali ke dalam hidup anda pada waktu yang sesuai, anda mungkin akan menerimanya dengan tangan terbuka. Kita akan merasai cinta sekali lagi dengan seseorang yang akan mengasihi kita dengan lebih baik lagi.

Anda harus menempuhi perjalanan ini sendirian. Apabila Tuhan bersama-sama dengan kita, perkara-perkara lain seolah-olah tidak penting langsung. Kita tidak perlu mengharapkan insan lain untuk memberikan kita cinta apabila kita sudah tahu bahawa Tuhan itu hampir dengan diri kita. Cinta tak akan padam sampai bila-bila kerana cinta kepada Tuhan itu lebih hakiki. Keimanan di dalam diri akan memberikan kita kuasa untuk mengharungi segala jua cabaran di dalam kehidupan. Apabila kita telah belajar menyayangi diri sendiri, tiada sesiapapun yang boleh melukakan hati kita lagi. Insan yang meninggalkan anda itulah sebenarnya yang telah rugi.

Berdoa...

Apabila sesuatu itu pergi, ia hanyalah untuk memberi ruang untuk sesuatu yang baru dan lebih baik untuk diri kita. Hiduplah dengan kesedaran yang tinggi dan nikmatilah transformasi ini. Anda adalah insan yang sempurna dan cukup lengkap. Cintailah diri anda sendiri dengan lebih lagi..

Apabila kita telah benar-benar memiliki kasih sayang atau cinta yang mencukupi untuk diri sendiri, masa inilah yang kita boleh berkongsi kasih sayang itu dengan orang-orang lain. Cintai diri anda dahulu sebelum anda boleh mencintai orang lain. Kerana bagaimana anda boleh memberikan cinta apabila ia tidak hadir langsung di dalam diri?

love_yourself

Anda adalah insan yang cukup sempurna. Jadi, jangan biarkan orang lain melukakan hati anda.

Terima kasih.

Related Posts with Thumbnails