Perbezaan agama tak menjadi halangan emosi. We can never choose who to fall in love with tapi tak bererti amalan ajaran agama boleh diambil ringan. Dalam kebingungan emosi dua insan yang terjerat dalam forbidden relationship, kadangkala akan berakhir tanpa noktah

two worlds

MrBrute bukanlah seorang yang warak. Though I may not be holier than thou, I may not be ignorant as thee. Kita tak boleh menipu diri sendiri berkata ketika dalam satu hubungan dengan seseorang, agamanya lain tak akan menjadi halangan. Sure it is all dandy when love is in heat but apa yang berlaku bila soalan diajukan oleh si dia, “where are we going in this relationship?”

Focus. Adakah anda bersedia untuk membimbing si dia dalam mencari erti kebahagiaan di dunia dan akhirat? Kahwin bererti menyerahkan diri kepada suami atau isteri anda, tetapi memeluk agama Islam adalah satu langkah yang besar kerana pengorbanan yang bakal dilakukan akan menyebabkan si dia tersisih dari ahli keluarga dan sahabat lain.

Diterankan lagi bahawa MrBrute tiada hak dalam memberi nasihat agama tetapi dari aspek kerohanian, a spiritual man need not be religious. Fahami pergolakan yang dialami seorang bakal mualaf. Make him or her fall in love with Islam dan bukannya menyuruhnya memeluk agama Islam hanya untuk memberi lesen untuk mengahwini anda!

During the course of relationship itself, yakinkan si dia bahawa wujud support system dari anda dan ahli keluarga dalam membimbingnya. It is important to take note that the person needs to know samada anda boleh memikul tanggungjawab itu.

Perbezaan hubungan cinta dengan seseorang beragama lain sebenarnya lebih mencabar despite the fact one may think yang dari segi face value senang je nak setel. Memang tak lah! Your relationship may be liberal jika dibandingkan dengan couple lain, tetapi short term gains bererti visi hubungan anda perlu dipertimbangkan sebelum hati seseorang itu hancur lebur.

Love each other and always remember at the end of the day, si dia perlu yakin melalui keperibadian anda. Kalau betul nak kahwin, lebih baik bring up the matter of converting before it’s too late. Mr Brute sedar bahawa isu ini sangat sensitive tetapi apa yang lebih teruk ialah melihat seseorang itu menangis tergolek-golek sebab hubungan bertahun berakhir begitu sahaja.

You do not want to ask yourself lepas dah break up beberapa tahun samada it ended because of religion or because of who you were…

Related Posts with Thumbnails