1. “Takpe la kalu camtu”
Fuhh..berhati-hatilah anda kalau mendengar ayat nie.. cuba tengok reaksi wajahnya camna, tersenyum ke tengah ‘muncung’? Kalau tersenyum tu – maknanya memang betul2 ‘takpelah’(fuhh lega:-))…tapi kalau sedikit muncung – MUNGKIN ada yang tak kena. Contohnya, mungkin jugak anda dah janji dengan si dia nak pegi shopping hari tu, tapi tup tup anda terpaksa cancel kerana nak tengok siaran Piala Dunia. Mestilah si dia berasa ‘geram’ dan terpaksa mengalah untuk mengelakkan pertengkaran. So, apa yang anda boleh buat ialah cuba ambil hatinya dengan mengatakan anda akan memberikan ‘bonus besar’ untuk si dia berbelanja pada sesi shopping yang akan datang… hoho … pasti senyuman akan terus terpampang pada wajah yang sebelumnya suram itu… :-)

2. “Saya dah hampir siap nie”
Huhu… biasa tak dengar ayat power nie dari wanita? Mengikut kelaziman, ayat nie akan diucapkan sejurus selepas anda mengajak pasangan anda untuk keluar ke mana-mana tempat:-) Dan kemudian akan bermulalah proses ‘bersiap’ bagi wanita. Satu yang korang kena tahu, jangan mencelah atau berkata apa-apa semasa proses ini berlaku kerana mungkin korang terpaksa tunggu lebih lama…! Sebaik-baiknya, berikan masa untuk si dia bersiap-siap dan tingkatkan kesabaran anda pada sepanjang masa:-) Sentiasa ingat yang wanita terpaksa prepare banyak bende sebelum keluar rumah (berbanding lelaki) misalnya gosok baju, pakai tudung, bersolek dll… so kaum lelaki kena paham2 la ye…huhu

3. “Oh, takde apa-apa la..” Read More→





Komen Terbaru