Karnival Pengantin Kuala Lumpur 2010 yang bakal diadakan pada 30hb Julai – 1 Ogos 2010 kelak adalah merupakan peluang keemasan bagi pihak-pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam industri perkahwinan kerana ia bertujuan mengumpulkan pelbagai ‘kedai pengantin’ atau ‘vendor’ yang menyediakan khidmat perkahwinan di seluruh negara.

Karnival yang akan berlangsung di kompleks membeli belah AEON AU2, Taman Setiawangsa ini telah mendapat liputan publisiti yang meluas menerusi pelbagai media tempatan seperti Karangkraf, NSTP, Harian Metro, Pesona Pengantin dan kini di SetelKahwin.com! Karnival yang berlangsung selama 2 hari ini akan dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti cabutan bertuah, pertunjukan fesyen, demonstrasi solekan pengantin, gubahan bunga, demonstrasi majlis bersanding dan sebagainya lagi. Kehadiran selebriti terkenal seperti Sabri Yunus, DJ Altimet dan Nurul AF3 juga sudah tentunya akan menarik lebih ramai pengunjung ke ekspo pengantin ini.
Untuk makluman semua, terdapat sebanyak 30 ‘booth’ vendor telah disediakan untuk karnival tersebut. Antara vendor-vendor perkahwinan yang telahpun menempah tempat untuk menjayakan karnival pengantin ini ialah seperti Ekhwan Services (Katering), Gedung Kad Kahwin (Kad Kahwin), Ratu Sehari, Khemah Syakilla (Kanopi), Ratu Sehari (Majalah Perkahwinan), Aura Raja Sehari (Pakej Perkahwinan), Aloha Bridal House (Butik Pengantin), Aroma Events (Katering), Ryn’s Avenue (Andaman & Solekan), Lina Kraf (Kraftangan Perkahwinan), D’syella Wedding Boutique (Butik Pengantin) dan Leezsha Bridal (Butik Pengantin).

So, untuk couple2 di luar sana yang sedang merancang majlis perkahwinan ataupun bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ambillah kesempatan ini untuk mendapatkan pelbagai penjimatan dan diskaun menarik serta tawaran istimewa yang sememangnya disediakan oleh vendor-vendor perkahwinan yang terlibat di dalam karnival yang berlangsung selama 3 hari ini!
Sekian, terima kasih,



