Salam,
Alhamdullillah, kami dimurahkan rezeki sekali lagi.
Tidak berapa lama dahulu, Setelkahwin telah diberi peluang untuk muncul di kaca tv menerusi rancangan ‘Wanita Hari Ini’ di TV3. Semalam pula, cerita Setelkahwin telah terpampang di dalam akhbar mStar!
Terima kasih kepada semua yang telah memberi kami sokongan padu walaupun laman web kami masih menghadapi beberapa masalah teknikal. Al maklumlah, masih baru lagi katakan…. :-) Namun, kami amat menghargai semua buah fikiran atau pandangan dari anda dan teruslah memberi sokongan kepada kami agar terus maju…
Untuk perancangan akan datang, kami berharap agar cerita Setelkahwin akan mendapat lebih banyak pendedahan di pelbagai media massa. Team kami sentiasa memikirkan idea-idea atau ‘feature’ baru yang dapat membantu semua ahli Setelkahwin… oleh itu kami berharap agar anda semua terus setia memberikan sokongan dan turut menghebahkan kami kepada semua kenalan anda…!
Terima kasih semua.