Archive for Keluarga

Luahan hati untuk ibu tersayang….

Tuesday, May 11th, 2010

“Sambil menatap potret ibu tersayang, air mataku mengalir deras. Sebak dada ini rasanya. Esok akan muncul lagi ‘hari’ itu.  Hari yang begitu bermakna dalam diriku, lebih-lebih lagi sejak diri sendiri pun sudah bergelar ibu kepada 2 orang anak-anak yang comel. Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu. Kini baru ku tahu!

Mother and me

Entah mengapa, tiba-tiba kotak fikiranku melayang-layang mengenang kembali zaman sewaktu aku masih bergelar remaja. Aku teringat bagaimana aku melayan ibuku pada ketika itu. Ibu yang telah membesarkanku dengan penuh kasih sayang dan sanggup berkorban segala-galanya untukku.  Kami bukanlah berasal dari keluarga berada, macam sesetengah rakan-rakan sekolahku yang lain. Lantas hidup di dalam keadaan yang serba ‘daif’ pada ketika itu telah menjadi suatu yang amat menyeksakan bagi diriku.

Aku ingin punya wang yang banyak seperti teman-teman yang lain supaya aku boleh memakai pakaian yang cantik2, beli hanfon yang canggih dan perhiasan yang mahal serta pergi enjoy di shopping2 complex macam mereka semua. Namun, malang nasibku kerana ibu bapaku hanyalah penoreh getah. Manalah mereka ada wang untuk ‘membiayai’ gaya hidupku yang berlandaskan keseronokan semata-mata.

Entah bagaimana, daripada seorang anak yang taat dan sayang akan ibu bapanya dari kecil, aku membesar menjadi umpama ‘raksaksa’ di rumah sendiri. Aku sering meminta duit daripada ibu, dengan alasan untuk membeli buku-buku sekolah atau membayar yuran ini, yuran itu… tetapi sebenarnya itu semua tipu dusta semata-mata! Aku inginkan duit kerana aku ingin enjoy dengan teman-temanku.

Lantas, ibu dengan segala kudratnya yang ada, sanggup Read More→

Comments (0)

Tips nak bertemu bakal mentua – Part 2

Wednesday, May 5th, 2010

Salam… artikel ini adalah rentetan daripada artikel Part 1 yang lepas. Harap-harap you all seronok membacanya..! Ikuti sambungannya di bawah nie, okey…

1. Bawak buah tangan

Sebelum berkunjung ke rumah bakal mertua, jangan lupa untuk membawa buah tangan. Jangan datang dengan tangan kosong jer… inilah kecantikan budaya Melayu sebenarnya. Kita disarankan untuk membawa buah tangan supaya (harap-harapnya) dapat mengambil hati mertua, menunjukkan yang kita seorang yang tidak kedekut dan menunjukkan yang kita nie kaya dengan budi pekerti orang Melayu… cewah..! Bukan nak suruh korang bawak benda yang mahal-mahal, tapi cukuplah sekadar kuih-muih sebagai pemanis mulut ataupun buah-buahan.

Buah tangan...

2. Jaga tingkah laku Read More→

Tips nak bertemu bakal mertua – Part 1

Tuesday, April 20th, 2010

Bertemu bakal bapa mertua...

Biasanya kita dengar orang kata kalau kita kahwin, kita bukan setakat kahwin dengan pasangan kita jer … malah kita akan kahwin dengan keluarga mereka jugak. Ada benarnya pandangan ini kerana kelak kita akan menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, betul tak?

Pertemuan pertama anda dengan bakal ibu dan bapa mentua pastinya akan mendebarkan. Lebih-lebih lagi jika anda ingin meraih restu mereka terhadap perhubungan korang berdua. Dan mungkin pada masa inilah anda mahu memberikan ‘first impression’ yang baik agar bakal mentua menyayangi dan menyukai diri anda. Ini kerana semasa pertemuan kali pertama ini berlangsung, pada masa inilah anda akan dinilai dari setiap sudut oleh bakal mentua dan juga ahli keluarga yang lain. Tapi yg paling penting, anda akan dinilai sama ada adakah anda benar-benar the perfect candidate untuk menjadi menantu mereka… Itu jer..huhu

So, kalau dalam waktu terdekat nie kekasih anda sudah menyuarakan hasrat hatinya untuk membawa anda bertemu dengan keluarganya, cuba praktikkan beberapa tips atau petua yang dinyatakan di bawah nie. Jom baca:-

1. Selidik tentang background keluarga

Jangan lupa untuk  bertanya pasangan  anda tentang keluarganya. Contohnya Read More→

Comments (4)

8 Tips untuk mengambil hati keluarga mertua

Friday, March 12th, 2010

Sebaik saje diijabkabul sebagai pasangan suami isteri yang sah, maka persiapkanlah diri you all untuk menggalas tanggungjawab baru dalam menempuh alam rumahtangga. Di antara tanggungjawab tue ialah camna nak ‘tackle’ hati keluarga ‘baru’ atau keluarga mentua korang. Komunikasi yang baik dengan keluarga mentua boleh menjamin kebahagiaan rumahtangga korang supaya berpanjangan dan hingga ke akhir hayat. So, ikutilah tips2 berguna di bawah nie yer:

1. Pendamkan saje rasa kecewa atau amarah jika tidak berpuas hati dengan keluarga mentua.

2. Tunjukkan kegembiraan dengan kunjungan mereka. Berikan layanan yang baik dan mesra ketika mereka datang ke rumah. Jangan pulak bila mentua datang ke rumah, terus ko suruh dia buat kijer rumah. Tak baik tau…

3.Menghargai sebarang pemberian daripada mentua. Jangan harapkan mereka berikan sesuatu yang mewah atau mahal pulak. Bukan semua mentua tue kaya raya …:-) So, jangan tarik muka masam pulak kalu mentua korang hanya mampu berikan Read More→

Related Posts with Thumbnails
Categories : Kahwin, Keluarga
Comments (3)