Archive for Cerita Cinta

Pertandingan yang bakal berlangsung sempena Karnival Pengantin

Wednesday, July 28th, 2010

Salam semua,

Ini ada sedikit info tambahan mengenai Karnival Pengantin KL 2010 yang bakal berlangsung di AEON AU2, Taman Setiawangsa pada 30hb -1hb Ogos, tidak lama lagi. Untuk memeriahkan lagi karnival tersebut, kami merancang untuk mengadakan 3 jenis pertandingan yang menarik  untuk para pengunjung semua.  Secara ringkasnya, 3 pertandingan yang akan diadakan ini adalah seperti berikut:

proposal

1.  Pertandingan cerita perkenalan dan bibit percinataan yang paling menyentuh kalbu – calon-calon perlu naik ke pentas dan menceritakan kepada penonton tentang detik-detik pertemuan mereka dengan pasangan masing-masing. Kisah percintaan yang akan dipersembahkan ini hendaklah mempunyai elemen kelakar, unik dan mencuit hati

2.  Pertandingan pantun berkasih antara pasangan terhebat – calon-calon perlu naik ke pentas dan berpantun, bersajak, berpuisi dsb. di khalayak ramai. Pantun/sajak/puisi yang bakal dipersembahkan ini hendalkah berkisar tentang percintaan dan (kalau boleh) diselitkan dengan unsur-unsur lawak jenaka

3.  Pertandingan ayat melamar bakal isteri yang paling “power” – pasangan-pasangan yang terlibat perlu naik ke pentas dan melakonkan lamaran perkahwinan mereka

Seorang pemenang akan dipilih untuk setiap pertandingan di atas dan akan memenangi hadiah-hadiah yang menarik dan istimewa. Yang lebih menyeronokkan, semua pertandingan tersebut akan dipengacarakan oleh pelawak No.1 Malaysia iaitu Sabri Yunus sendiri!

Sabri Yunus

Bayangkanlah betapa gamatnya suasana di karnival ini nanti dan pastinya anda tidak akan kering gusi melihat telatah spontan Sabri Yunus dan aksi-aksi lawak yang bakal dipersembahkan oleh calon-calon pertandingan …:-) So, kalau anda ingin merebut peluang keemasan ini, datanglah beramai-ramai di karnival pengantin ini nanti dan bersedialah dengan persembahan, pantun serta lakonan anda yang paling kreatif dan unik..!

Sekian, terima kasih.

Barang hantaran untuk majlis pertunangan

Wednesday, June 9th, 2010

Salam semua,

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ‘Barang Hantaran untuk yang Tersayang’ yang lepas. Tengkiu juga di atas semua komen-komen daripada pembaca. Hmm… daripada komen yang diterima, nampaknya ramai dari you all yang interested untuk tau tentang hantaran semasa bertunang pula. So ikutilah kupasan di bawah ini ok….

Terlebih dahulu seperti yang pernah ditulis sebelum ini, jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11.  Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

*Source: http://www.setelkahwin.com/villapengantin

*Source: http://www.setelkahwin.com/villapengantin

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang2 yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan…:-)

Satu lagi, sebelum memilih barang-barang hantaran, you all kenalah mengambil kira Read More→

Kisah Ayam Masak Merah Special :)

Thursday, May 20th, 2010
Setelah sekian lama hidup bersama, Mamat risau yang pendengaran isterinya sudah tak berapa elok, jadi diapun fikir yang isterinya, Minah mungkin memerlukan alat pendengaran yang baik. Kerana tidak mahu membuatkan si Minah berasa hati, Mamat pun bercakap dengan doktornya terlebih dahulu tentang bagaimana untuk membincangkan masalah itu dengan isterinya.
Doktor memberitahu Mamat bahawa ada satu ujian mudah yang boleh dilakukannya di rumah supaya doktor itu dapat mengagak tentang betapa teruknya masalah pendengaran si Minah.
“Ini apa yang patut awak lakukan,” kata doktor itu, “berdiri kira-kira pada jarak 40 kaki daripada isteri awak, kemudian bercakaplah dengan nada suara yang biasa dan lihat jika dia dengar kata-kata awak. Jika tidak, awak berdirilah pada jarak 30 kaki, atau 20 kaki, dan seterusnya sehingga awak mendengar respon daripada isteri awak,”
Pada petang itu, si Minah sedang memasak di dapur, dan Mamat berada di ruang tamu. Diapun berkata pada dirinya sendiri, “Saya berada kira-kira 40 kaki dari si Minah, apa kata saya ikuti arahan doktor tadi dan lihat apa yang berlaku.” Kemudian dengan nada suara yang biasa, dia bertanya, “Sayang, awak sedang masak apa tu?”
Tiada balasan.
Lalu si suami beredar lebih dekat ke dapur, kira-kira 30 kaki jauhnya dari isterinya dan mengulangi soalannya tadi, “Yang, apa yang awak sedang masak tu?”
Masih tiada balasan.
Kemudian dia beredar ke ruang makan di mana dia berdiri kira-kira 20 kaki jauhnya daripada si Minah dan bertanya lagi, “Ayang, awak sedang masak apa tu?”
Sekali lagi tiada balasan yang diterima.
Lalu dia berjalan menghampiri pintu dapur, kira-kira 10 kaki jauhnya dari si Minah. “Sayang, apa yang awak masak tu?”
Tiada balasan lagi…
Lalu, si Mamat pun berjalan ke arah isterinya dan berdiri betul-betul di belakang Minah. “Yang, masak apa tu?”
(Kali ini Mamat ‘mendengar’ jawapannya…)
“Hishh abang nie! Untuk kali yang ke limanya – saya sedang masak AYAM MASAK MERAH!”

Setelah sekian lama hidup bersama, Mamat risau yang pendengaran isterinya sudah tak berapa elok, jadi dia pun fikir yang isterinya, Minah mungkin memerlukan alat pendengaran yang baik. Kerana tidak mahu membuatkan si Minah berasa hati, Mamat pun bercakap dengan doktornya terlebih dahulu tentang bagaimana untuk membincangkan masalah itu dengan isterinya.

hearing

Doktor memberitahu Mamat bahawa ada satu ujian mudah yang boleh dilakukannya di rumah supaya doktor itu dapat mengagak tentang betapa teruknya masalah pendengaran si Minah.

“Ini apa yang patut awak lakukan,” kata doktor itu, “berdiri kira-kira pada jarak 40 kaki daripada isteri awak, kemudian bercakaplah dengan nada suara yang biasa dan lihat jika dia dengar kata-kata awak. Jika tidak, awak berdirilah pada jarak 30 kaki, atau 20 kaki, dan seterusnya sehingga awak mendengar respon daripada isteri awak,”

Pada petang itu, si Minah sedang memasak di dapur Read More→

Comments (4)

Kisah sepasang suami isteri dan … sebuah kereta :)

Thursday, May 13th, 2010
Dear Abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?
Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?
Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah
Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..
Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance… ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..
Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.
Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak
Paling menyedihkan.. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??
Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG
ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR
Love,
Ayang
Dear Ayang,
Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..
Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja… lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..
Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah.. tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..
Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..
sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu..pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..
Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..
Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu… biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..
Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang ketawa… hahahhahahahahha

Dear Abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik… cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini… . kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam… . abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

bmw

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah Read More→

Comments (1)

Cinta Dua Agama

Monday, May 10th, 2010

Perbezaan agama tak menjadi halangan emosi. We can never choose who to fall in love with tapi tak bererti amalan ajaran agama boleh diambil ringan. Dalam kebingungan emosi dua insan yang terjerat dalam forbidden relationship, kadangkala akan berakhir tanpa noktah

two worlds

MrBrute bukanlah seorang yang warak. Though I may not be holier than thou, I may not be ignorant as thee. Kita tak boleh menipu diri sendiri berkata ketika dalam satu hubungan dengan seseorang, agamanya lain tak akan menjadi halangan. Sure it is all dandy when love is in heat but apa yang berlaku bila soalan diajukan oleh si dia, “where are we going in this relationship?” Read More→

Related Posts with Thumbnails
Categories : Cerita Cinta, Kahwin
Comments (14)