Layout Image
  • Home
  • Koleksi Artikel
  • Tentang Kami
  • Ke Laman Utama SetelKahwin
  • Hubungi Kami

Archive for Tips Cari Pasangan

5 ayat yang biasa diucapkan wanita…dan inilah maksud sebenarnya…

Posted by: Mdm Cupid | Comments (5)
Friday, May 6th, 2011

1.    “Takpe la kalu camtu”

Fuhh..berhati-hatilah anda kalau mendengar ayat nie.. cuba tengok reaksi wajahnya camna, tersenyum ke tengah ‘muncung’? Kalau tersenyum tu – maknanya memang betul2 ‘takpelah’(fuhh lega:-))…tapi kalau sedikit muncung – MUNGKIN ada yang tak kena. Contohnya, mungkin jugak anda dah janji dengan si dia nak pegi shopping hari tu, tapi tup tup anda terpaksa cancel kerana nak tengok siaran Piala Dunia. Mestilah si dia berasa ‘geram’ dan terpaksa mengalah untuk mengelakkan pertengkaran. So, apa yang anda boleh buat ialah cuba ambil hatinya dengan mengatakan anda akan memberikan ‘bonus besar’ untuk si dia berbelanja pada sesi shopping yang akan datang… hoho … pasti senyuman akan terus terpampang pada wajah yang sebelumnya suram itu… :-)

sad
2.    “Saya dah hampir siap nie”
Huhu… biasa tak dengar ayat power nie dari wanita? Mengikut kelaziman, ayat nie akan diucapkan sejurus selepas anda mengajak pasangan anda untuk keluar ke mana-mana tempat:-) Dan kemudian akan bermulalah proses ‘bersiap’ bagi wanita. Satu yang korang kena tahu, jangan mencelah atau berkata apa-apa semasa proses ini berlaku kerana mungkin korang terpaksa tunggu lebih lama…! Sebaik-baiknya, berikan masa untuk si dia bersiap-siap dan tingkatkan kesabaran anda pada sepanjang masa:-) Sentiasa ingat yang wanita terpaksa prepare banyak bende sebelum keluar rumah (berbanding lelaki) misalnya gosok baju, pakai tudung, bersolek  dll…  so kaum lelaki kena paham2 la ye…huhu

berdandan
3.    “Oh, takde apa-apa la..” Read More→

Categories : Hal Ehwal Rumahtangga, Tips Bercinta, Tips Cari Pasangan, Tips Suami Isteri, Wanita, awek melayu
Comments (5)

Barang hantaran untuk majlis pertunangan

Posted by: Mdm Cupid | Comments (21)
Wednesday, June 9th, 2010

Salam semua,

Terima kasih kerana sudi membaca artikel ‘Barang Hantaran untuk yang Tersayang’ yang lepas. Tengkiu juga di atas semua komen-komen daripada pembaca. Hmm… daripada komen yang diterima, nampaknya ramai dari you all yang interested untuk tau tentang hantaran semasa bertunang pula. So ikutilah kupasan di bawah ini ok….

Terlebih dahulu seperti yang pernah ditulis sebelum ini, jika mengikut adat Melayu, barang hantaran hendaklah diberi mengikut bilangan ganjil dan barang daripada pihak perempuan hendaklah lebih sikit daripada pihak lelaki. Misalnya 5-7, 7-9 dan 9-11.  Tetapi untuk majlis pertunangan, biasanya orang akan memilih bilangan 5-7 (lelaki 5 dulang, perempuan 7 dulang).

*Source: http://www.setelkahwin.com/villapengantin

*Source: http://www.setelkahwin.com/villapengantin

Seterusnya, fikirkan bajet yang anda sudah simpan untuk membeli barang2 hantaran pertunangan ini. Untuk majlis bertunang, kita tak digalakkan untuk membeli barang-barang hantaran yang terlalu mahal. Cukuplah sekadar membeli barang2 yang kita akan guna atau yang kita akan pakai semasa majlis perkahwinan nanti. Bagi lelaki misalnya, mungkin RM1000 sudah cukup untuk dijadikan ‘modal’ pertunangan…:-)

Satu lagi, sebelum memilih barang-barang hantaran, you all kenalah mengambil kira Read More→

Categories : Cerita Cinta, Hantaran Perkahwinan, Kahwin, Merancang Majlis Perkahwinan, Tips Cari Pasangan
Comments (21)

5 Tips untuk menarik perhatian pada diri anda

Posted by: Mdm Cupid | Comments (9)
Thursday, April 29th, 2010

1.  Jadikan diri anda sebagai tumpuan tarikan

Mengikut suatu kajian psikologi yang telah dilakukan, di mana anda berada dan apa yang anda lakukan di dalam sesuatu bilik yang dipenuhi orang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian atau minat orang-orang  yang berlainan jantina dengan anda. Contohnya jika anda aktif di dalam bilik kuliah dan sering bertanyakan soalan pada pensyarah, semestinya orang akan mengenali diri anda. Sebaliknya jika anda gemar berselindung di sebalik orang ramai dan suka menyendiri di sudut bilik, bagaimana anda ingin menarik jejaka2 ataupun aweks  untuk perasan kewujudan diri anda?

Tumpuan tarikan

2. Pilih warna yang sesuai

Sedikit tips untuk anda: pilihan warna yang sesuai sebenarnya boleh membuatkan diri anda menarik pada pandangan orang-orang di sekeliling anda, terutamanya pada jantina yang berlawanan.  Menurut suatu kajian, wanita akan lebih tertarik pada lelaki Read More→

Categories : Kahwin, Tips Bercinta, Tips Cari Pasangan, awek melayu
Comments (9)

Amalan dan doa bagi dipermudahkan bertemu jodoh

Posted by: Mdm Cupid | Comments (41)
Wednesday, April 21st, 2010

Bertemu jodoh...

Berikut adalah kompilasi beberapa amalan dan doa yang yang boleh anda amalkan bagi dipermudahkan untuk bertemu jodoh. Namun setiap ketentuan itu datangnya daripada Allah s.w.t., dan kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berdoa, berusaha, berikhtiar dan bertawakkal kepada-Nya… Mudah-mudahan dengan setiap amalan dan doa yang dilakukan ini akan memudahkan anda untuk mendapat jodoh yang beriman dan terbaik untuk diri anda. Yang pentingnya, jangan sekali-kali putus asa untuk berdoa…Wallahualam…

1.  Amalkan membaca doa Nabi Zakaria a.s. (surah Al-Anbiya, ayat 89)

Yang bermaksud:

“Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya ‘ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik’.”(QS. Abiya/ 21: 89)

Selain itu, adalah lebih baik juga jika anda lanjutkan doa tersebut dengan doa berikut ini: Read More→

Categories : Cerita Cinta, Kahwin, Tips Cari Pasangan
Comments (41)

Anda dilamun cinta?

Posted by: Mdm Cupid | Comments (0)
Wednesday, April 14th, 2010

Twilight New Moon

Jika anda bertemu dengan seorang jejaka atau gadis yang menambat hati anda, bagaimana anda nak tau jika anda benar-benar dilamun cinta atau adakah emosi itu sekadar mainan perasaan ataupun nafsu semata-mata? Jika nak tau, ikutilah kuiz di bawah yang terdiri daripada 7 soalan simple sahaja. Jawab soalan-soalan tersebut dengan seikhlas mungkin, kemudian baca panduan jawapan yang diberikan di penghujung artikel ini.

1. Anda tersenyum sendirian apabila terbayangkan ‘date’ anda yang:

a)    mempunyai bentuk badan yang super hot!

b)    mempunyai minat yang sama dengan kamu yang membuatkan kamu rasa seronok apabila bersama-sama dengan si dia

c)    amat pandai membuatkan kamu tersenyum dengan percakapannya

berangan-angan di siang hari...

2.  Si dia sedang bercakap-cakap tentang hal seorang rakannya. Anda pulak sedang Read More→

Related Posts with Thumbnails
Categories : Cerita Cinta, Kahwin, Tips Bercinta, Tips Cari Pasangan
Comments (0)
Next Page »

Ke Laman Utama

www.setelkahwin.com

Jadi Fan Kami

setelkahwin.com on Facebook

Promote Sambil Berkongsi Tips :)

Adakah you all terlibat dalam industri khidmat perkahwinan? Apa kata you promote bisnes you all dengan memberi tips dan memberi komen pada mana-mana post yang berkaitan dengan perkhidmatan you all sambil meletakkan link ke blog/site anda.

Dan jangan lupa jugak untuk mempromosikan kami kepada rakan2 anda di facebook okey :)

Artikel Terbaru

  • 4 cara untuk ke Pameran Pengantin UrbanVibe di PICC
  • Pameran Pengantin Malaysia Bersama Urban Vibe Event Di PICC 8-10 Julai Ini
  • 5 ayat yang biasa diucapkan wanita…dan inilah maksud sebenarnya…
  • 5 ‘ayat’ wanita ingin dengar untuk Jatuh Cinta!
  • Apakah faedah-faedah urutan terapi payudara?

Komen Terbaru

  • 20 Tips Jimat Kurangkan Bajet Perkahwinan | Blog Persediaan Perkahwinan on 20 tips jimat untuk kurangkan bajet perkahwinan
  • liza on 8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin
  • liza on 8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin
  • jijah on Barang hantaran untuk majlis pertunangan
  • aida on Cinta Dua Agama

Topik Hangat

  • Adat Perkahwinan
  • Advertorial
  • awek melayu
  • Bajet Perkahwinan
  • Cerita Cinta
  • Contest
  • Hal Ehwal Rumahtangga
  • Hantaran Perkahwinan
  • Ibu Bapa
  • Kahwin
  • Keluarga
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Lelaki
  • Media
  • Merancang Majlis Perkahwinan
  • Petua Kecantikan
  • SetelKahwin
  • Tips Bercinta
  • Tips Cari Pasangan
  • Tips Diet
  • Tips malam pertama
  • Tips Romantik di Ranjang
  • Tips Suami Isteri
  • Wanita

Koleksi Artikel

  • July 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
Setel Kahwin | Politik Cinta Adalah Suatu Realiti Perkahwinan
Copyright © 2012 All Rights Reserved
www.setelkahwin.com