Archive for Bajet Perkahwinan

Christy Ng Shoes adalah syarikat kedai kasut online yang menawarkan pelbagai jenis kasut wanita yang beroperasi di Petaling Jaya, Malaysia. Syarikat ini telah ditubuhkan pada Julai 2010.
Kasut-kasut ini telah direka oleh Christina Ng sendiri dan pasukannya yang merupakan pereka kasut. Sejak ditubuhkan, Christy Ng Shoes telah mendapat lebih daripada 150,000 peminat di Facebook dan boleh dianggap sebagai salah satu laman web kasut yang popular di negara ini.
Pereka fesyen kasut, Christy Ng menawarkan pelbagai rekaan kasut kahwin “hand made” yang eksklusif. Perkhidmatan menghias kasut kahwin degan manik-manik and Swarovski Crystal Elements juga ditawarkan kepada semua bakal pengantin.

Syarikat Christy Ng Shoes juga merupakan destinasi bakal pengantin yang mudah. Pihank Christy Ng menjual kasut kahwin “ready to wear” atau sedia buat. Pengantin-pengantin bolehlah membeli kasut perkahwinan sama ada untuk tujuan menjadikan kasut hantaran atau dipakai pada majlish rasmi secara terus melalui laman web Christy Ng atau di butik Shoe Heaven di Damansara Uptown, PJ. Bagus terutamanya jika anda sendang mencari kasut kahwin pada saat terakhir menjelang majlis perkahwinan anda.

Selain daripada itu, terdapat juga perkhidmatan “custom made” atau tempah khas reka bentuk kasut kawin yang diberikan kepada pengantin-pengantin yang susah mencari kasut kahwin reka bentuk atau saiz khusus yang dihendaki.

Syarikat Christy Ng Shoes percaya bahawa fesyen jalanan atasan dan selesa tidak memerlukan kos yang tinggi sebaliknya kasut yang hebat untuk memenuhi idaman dan citarasa setiap wanita boleh didapati di hujung jari!

FOR MORE WEDDING PICS, PLS CLICK HERE:-http://christyng.com/index.php?cPath=30











setelkahwin dah launch aplikasi baru – Belanjawan

Tuesday, June 22nd, 2010

Selepas kemunculan aplikasi ‘Senarai Semak’ dan ‘ChatRoom’, kini Setelkahwin dengan bangganya memperkenalkan satu lagi aplikasi ‘best’ untuk memudahkan you all merancang dan menguruskan majlis perkahwinan. Aplikasi yang dimaksudkan ini ialah aplikasi ‘Belanjawan & Pengesan Bayaran’.

Dengan menggunakan aplikasi tersebut, anda hanya perlu tambahkan item, masukkan tarikh bayaran serta amaunnya. Aplikasi ini secara automatik akan mengira jumlah keseluruhan dan juga akan memberi peringatan kepada anda tentang bilakah bayaran tersebut harus dibayar.

1

Secara ringkasnya, ia adalah suatu aplikasi belanjawan canggih yang membantu anda untuk menguruskan segala perbelanjaan anda dan juga berfungsi sebagai suatu peringatan bayaran apabila suatu item itu sudah sampai tempoh bayarannya. Peringatan ini akan dihantar terus ke emel anda.

Saksikan tutorial video ini utk memahami bagaimana memaksimakan penggunaan aplikasi belanjawan kami

7  sebab kenapa aplikasi ini ‘power’ dan dapat membantu anda semua:

  1. Mudah untuk anda menyusun belanjawan yang diperuntukkan semasa merancang majlis perkahwinan
  2. Anda dapat melihat jumlah keseluruhan bajet yang diperuntukkan untuk majlis perkahwinan anda
  3. Anda boleh memasukkan kos anggaran serta kos sebenar bagi sesuatu item
  4. Begitu mudah untuk anda menambah item-item baru atau kategori baru serta menghapuskan item-item yang tak berkenaan
  5. Melalui pengesan bayaran atau ‘Payment Tracker’, anda dapat ‘keep track’ tentang bayaran-bayaran yang belum dan perlu disetelkan
  6. Pengesan bayaran juga berfungsi sebagai suatu peringatan (‘reminder’) apabila sudah sampai tempohnya untuk anda membuat pembayaran bagi sesuatu item itu
  7. Anda juga dapat menggunakan fungsi cetak untuk mencetak senarai belanjawan anda dengan mudah sekali!

2

Sebenarnya team SetelKahwin telah berusaha dengan gigih sekali bagi membantu bakal-bakal pengantin dalam mengurus dan merancang majlis perkahwinan mereka. Sekarang ini, you all dah tak payah dah nak menyusahkan mak bapak anda semua jika anda ingin melangsungkan perkahwinan. Hanya gunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Setelkahwin ini untuk memudahkan perancangan anda. Yang paling bestnya, Setelkahwin menawarkan segala-galanya secara PERCUMA!

Kami berikan hanya yang terbaik untuk ada semua, tolong support kami dengan meng’share kan berita ini dengan rakan2 anda yang nak kahwin…

Terima kasih :)

Pastikan anda mengunjungi laman kami,  www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan.  Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

Nak kumpul bajet untuk kahwin? (Advertorial)

Friday, April 9th, 2010

Perkahwinan adalah suatu ikatan suci yang akan berlaku kepada golongan Adam dan Hawa yang telah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri yang sah. Namun, seiring dengan peredaran masa, proses merancang sesuatu majlis perkahwinan itu telah menjadi lebih rumit dan ‘costly’. Bagi kaum lelaki, pernah tak anda dibebani dengan soalan-soalan sebegini daripada buah hati anda:-

“Yang, nanti semua barang2 hantaran kahwin Ani nak yang berjenama tau. Tak mainlah cap-cap ayam nie …… ”

“Yang, mak i kata kan… boleh tak Read More→

Comments (2)

10 Tips berjimat untuk mengumpul bajet kahwin – Part 2

Thursday, March 18th, 2010

You all dah habis baca artikel Part 1 yang lepas? Tu baru 10 tips. Sekarang nie penulis berikan 10 lagi tips untuk anda berjimat demi mengumpul ‘dana’ untuk perkahwinan anda kelak…:-) So, happy reading….

1. Masak sendiri – elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!

Contohilah Chef Wan...:-)

2. Smart shopping atau e-shopping – hah… sekarang kalau you all nak shopping, tak yah keluar rumah dah. Duduk jer mengadap PC di rumah dan dengan sekali klik jer, anda dah boleh beli macam2 jenis barang. Inilah yang dipanggil electronic shopping.. :-) Faedahnya – mengelakkan anda daripada rambang mata dan membeli barang2 yang tak perlu apabila keluar shopping.. Gerenti boleh jimat duit dan jimat minyak!

3. Jangan berhabis utk beli DVD/ VCD / MP3 / CD – bagi sesiapa yang gemar menonton movie, mendengar lagu, bermain game atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya, cuba tahan diri korang daripada membeli bende2 nie semua… maklumlah kalau dah jadi ‘addicted’ kepada bende2 nie memang susah nak kawal nanti… :-)

DVD movies

4. Jual barang-barang terpakai Read More→

Comments (10)

10 Tips Jimat untuk kumpul bajet kahwin – Part 1

Wednesday, March 17th, 2010

Salah satu cara yang paling express untuk meningkatkan kewangan anda adalah dengan mengurangkan perbelanjaan dan mencari jalan untuk menjimatkan wang. Bagi kaum lelaki khususnya, wang adalah aspek yang PALING penting dalam merancang bajet perkahwinan, betul tak? Kalau you all rasa diri tu sudah bersedia untuk berumahtangga, cepat-cepatlah implementkan tips-tips di bawah nie ok:-

1. Shopping masa sale jer – kalau korang suka sangat shopping, pilihlah time yang ader Mega Sale jer. Gerenti hampir semua barangan boleh dapat diskaun. Kalau takde diskaun pun, tajamkan skill tawar-menawar anda. Ingat – EVERYTHING IS NEGOTIABLE!

Best la shopping masa Sale...!

2. Elakkan hutang kad kredit – korang ingat ada banyak kad kredit tu boleh bantu, ker? Yelah masa nak beli berang, mudah ajer swipe, kan, tak yah guna duit…tapi time nak membayar hutang  pulak, mulalah diserang panick attack kalau takde duit nak bayar… :-p.. Kalau terpakse berhutang dengan kad kredit sekalipun, seperkara yg perlu diingat ialah – bayar on time beb.. ! So, lain kali kalau nak beli, pakai CASH jer, bro…! Senang citer….

3. Potong jer langganan yang tak penting Read More→

Related Posts with Thumbnails