berhenti merokok

Jika kita nak berhenti merokok, percayalah bahawa perubahan lain akan berlaku di dalam hidup ini.  Sememangnya merokok nie satu tabiat yang agak ketagih yang menyebabkannya susah sikit untuk berhenti. Jika kita telah set diri kita untuk berhenti merokok, banyak perubahan yang akan berlaku dan senaman sedikit sebanyak akan dapat membantu.

Cuba tetapkan satu rutin baru, misalnya bersenam atau pergi ke gym. Jika benda alah nie susah nak dibuat, jom kita bangun tidur pada awal-awal pagi dan pergi berjalan-jalan. Jika boleh, jangan setakat berjalan je, apakata tukarkannya kepada berlari ataupun berjoging. Semestinya ia akan lebih membakar semangat selain menjadi suatu cara yang lebih baik untuk kickstart your day.

Ingat bahawa bersenam bukanlah bermaksud mengangkat besi berat…hehe. Tak jadik masalah jika kita tak dapat nak singgah ke ‘gym’ setiap hari, kerana kita sentiasa boleh melakukan senaman di rumah.

Lagipun, tak menjadi hal sama ada kita bersenam di rumah ataupun di gym kerana yang pentingnya  adalah kekerapan. Yang mencabarnya bukanlah untuk start rutin itu, tetapi yang menjadi batu penghalang kepada kebanyakan orang seperti kita nie ialah untuk bersenam pada kadar yang tetap..huhu..

Sesetengah orang mempunyai permulaan yang baik.  Diorang akan beli tracksuit, gym wear, running shoes dan bermacam-macam lagi, supaya hari pertama diorang di gym akan nampak seolah-olah  seperti suatu celebration…(Wah! betul ker?). Namun, lama-kelamaan diorang akan rasa agak susah untuk melakukannya dan selepas itu rutin diorang akan jadik makin perlahan dan lambat-laun latihan senaman diorang akan terus terhenti.

gym-exercise

Memilih waktu petang untuk bersenam menjadi kesilapan yang dibuat oleh sesetengah orang.  Jika waktu nie sememangnya sesuai dengan gaya hidup kita, baguslah camtu. Tapi, untuk kebanyakan orang, waktu petanglah di mana diorang berasa amat letih. Tiba sahaja waktu petang, kebanyakan dari kita sudah kehabisan tenaga, dan tidak mampu lagi nak bersenam. Oleh itu, baiklah jika kita dapat luangkan walaupun sikit jer masa di waktu pagi untuk melakukan senaman.

Pada waktu pagi, bangun setengah jam lebih awal, pakai running shoes dan terus berlari keluar. Jalan raya pada waktu itu taklah sesesak mana dan kurang tercemar. Jadikan ini satu cara yang baik dan menenangkan untuk memulakan hari kita.

jogging

Elakkan minum kopi, sebaliknya try la teh. Jika berada di dalam rumah, mainkan muzik dan apakata anda cuba redecorate semula bilik dengan menambah beberapa gambar. Mungkin bila ada kerja nak dibuat, kita tak ingat lagi untuk merokok..hehe.

Rancanglah hari kita dengan perkara yang seronok. Tak semestinya ia melibatkan wang.. untuk elakkan kita daripada bankrupt la. Antara aktiviti yang seronok adalah seperti meluangkan masa dengan family atau pegi keluar berjalan-jalan.

Tengok tv pula tak digalakkan sangat. Ini kerana tv bukanlah sesuatu yang demand banyak perhatian dari kita, bahkan kita boleh buat benda lain lagi sambil tengok tv tue.

Senaraikan juga benda-benda yang boleh menyumbang kepada stress dan cuba elakkannya. Jika susah nak dibuat, cari jalan untuk gunakan stress tue. Walau apa-apapun, jangan sekali-kali gunakan stress sebagai alasan untuk mula merokok.

Banyak lagi cara-cara untuk menangani stress. Cubalah latihan pernafasan, meditasi ataupun muzik. Satu lagi cara hebat untuk atasi stress ialah dengan guna distressing ball. Kalau takde bola nie, cubalah gerak-gerakkan jari-jemari tangan serta kaki kita. Ini jugak cara yang bagus dan natural dalam mengatasi stress.

stress ball

Selamat mencuba!

Pastikan anda mengunjungi laman kami,  www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan.  Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!

Related Posts with Thumbnails