Di dalam merancang persiapan untuk menjadi raja sehari, terlalu banyak perkara yang perlu dipikirkan dan dibuat, betul tak? Antara perkara penting yang perlu you all pikir ialah seperti tarikh, kursus kawin, baju pengantin, kad kawin, majlis kawin, dan sebagainya lagi. Tapi ada satu bende nie yang penting dan perlu ada di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan, iaitu barang hantaran.
Sebenarnya, amalan berbalas-balas barang hantaran nie adalah adat biasa di dalam perkahwinan orang Melayu. Selain bertukar-tukar hadiah untuk kedua-dua mempelai, ia juga menunjukkan tanda kasih sayang di antara mereka berdua. Biasanya, bilangan hantaran dibuat di dalam nombor ganjil seperti 7 berbalas 9. Kalau nak lagi gempak, buatlah 11 berbalas 13:-) Dan barang hantaran dari pihak lelaki plak biasanya kurang skit daripada pihak perempuan – maknanya sebelah perempuan kena bagi barang lebih skit la kepada pihak lelaki:-) Dah memang ini adatnya, nak buat camne, kan?
Ok, tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa barang-barang yang biasanya dijadikan hantaran perkahwinan bagi kedua-dua belah pihak:
Sebelah lelaki (untuk diberi kepada pihak perempuan):
- Tepak sirih
- Mas kahwin
- Pulut kuning
- Cincin/Gelang/Rantai (atau barang kemas yang lain)
- Sepersalinan kain (atau baju kurung)
- Al-Quran (atau tafsir)
- Sejadah
- Kek
- Potpouri
- Jam tangan
- Kasut
- Handbag
- Perfume
- Buah-buahan
- Set alat solek
- Telekung sembahyang
- Muffin atau biskut
- Towel
- Gula-gula (atau manisan lain)

Sebelah perempuan (untuk diberi kepada pihak lelaki):
- Tepak sirih
- Pulut kuning
- Baju Melayu (dan/atau sampin)
- Kain pelikat
- Baju kemeja dan seluar slack (boleh sekali dengan tie)
- Kasut (dan/atau stoking)
- Al-Quran (atau tafsir)
- Sejadah
- Jam tangan
- Potpouri
- Wallet (dan/atau belt – biasanya dijual 1 set)
- Perfume
- Towel
- Buah-buahan
- Kek
- Muffin atau biskut
- Gula-gula (atau manisan lain)

*Credit - Ekin chubby/ http://ekinchubby.fotopages.com/
Barang-barang di atas adalah barang yang paling common diberikan di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Tak kisahla walaupun ada beberapa barang yang sama untuk kedua-dua belah pihak, asal masing-masing berkenan sudahlah. Sebelum membuat list untuk beli barang2 hantaran, yang pentingya kita kena beli barang yang kita memang nak guna di kemudian hari. Jangan beli barang sekadar untuk tunjuk jer!
Oklah, harap2 list di atas sedikit sebanyak boleh memberi panduan yang berguna untuk korang yang bakal melangsungkan perkahwinan. Kalau ada barang-barang yang tidak disenaraikan di atas, sudi-sudilah kalau korang ‘add’kan melalui ruangan komen. Tima kasih!
Hantaran saya untuk lelaki
1. perfume
2. sandal crocs (saya dan bakal suami peminat sandal ni)
3. sejadah
4. towel
5. kek
6. candy/choc
7. buah-buahan
8. sirih junjung
9. potpouri @ bunga rampai(mgkin bunga rampai,sbb boleh didapati dirumah so jimat skit.
[Balas Komen]
bakul hantaran dan dulang potpouri suma saya buat sendiri, berpandukan pada buku panduan gubahan hantaran (tapi x tiru bulat2 la). mungkin x secantik mana pada mata orang lain tapi saya puas hati sebab idea sendiri. kaler tema oren + hitam.
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
February 24th, 2010 at 5:31 am
Haa… inilah yang dikatakan penjimatan:-) buleh la jimat kos sikit kalu buat sendiri kan?..:-) Barang2 yang kita gubah tu tak semestinya kena sama sebijik yg macam dalam buku. Biarlah apa orang lain nak kata… asalkan kita sendiri puas hati sudah, betul tak? … :-)
[Balas Komen]
The Editor Reply:
February 24th, 2010 at 10:17 am
Make sure nanti tangkap gambar banyak2, kita share dengan semua pembaca setelkahwin. kalau kita betul2 nak berjimat memang confirm ada cara dia.
Boleh kami tahu bila you akan kahwin? :)
[Balas Komen]
Ika Reply:
March 16th, 2011 at 8:56 pm
sY Ske tema awk…
ade plus hitam…
oNE DAY nanti if sy tunang pn sy nk wt tema ade plus hitam…
[Balas Komen]
Sorry sbb lambat reply….maklumlah cbuk skit. saya nikah pada 19 mac 2010 dan bersanding pada 20 mac.jemputlah datang nanti :)Insyallah saya akan kirimkan gambar2 nanti..tapi segan lak pulak nak tunjuk gambar. Almaklumlah kita buat simple je.
[Balas Komen]
Salam..
Saya bakal melangsungkan pertunangan akhir bulan Jun 2010.
Saya harap pihak setelkawin.com boleh memberi pendapat dan panduan untuk barang2 penyediaan pertunangan bagi pihak saya dan pihak lelaki.
Untuk makluman anda, pihak saya menyediakan 5 dulang dan pihak lelaki sebanyak 7 dulang.
TQ..
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
May 25th, 2010 at 2:59 pm
Salam, pihak setelkahwin mengucapkan tahniah di atas pertunangan anda!
Sebenarnya, barang-barang hantaran untuk majlis pertunangan adalah hampir sama dengan barang hantaran perkahwinan. Bezanya adalah barang hantaran untuk bertunang:
1. biasanya lebih murah
2. bilangannya kurang sikit daripada bilangan hantaran kahwin
3. barang-barang yang ringkas dan mudah untuk disediakan.
p/s: Untuk penerangan lebih lanjut, nantikan kemunculan artikel mengenai “Barang Hantaran Pertunangan” tidak lama lagi…! Harap anda SETIA dengan kami tau..:-)
[Balas Komen]
ika Reply:
September 29th, 2012 at 12:36 pm
salam…tumpang tanye…ok tak law sye tmpah (pelamin,make up,hiasan bilik) hrgenye rm2000…?n sy nk tye bjet u wat hantaran brg2 kwin dan kad kawin bjmlah rm10000?mcm mne ye nk kurgkan bajet?pening dh ni…hihihi
[Balas Komen]
assalamualaikum… :)
sy bakal bertunang bulan depan tp confius nk bg perfume pe untuk lelaki…sy jarang sgt contact dgn bakal tunang sy ni..maklumlah atas pilihan keluarga..jd segan sket nk tanya…kalau blh bg pndapat, sy sgt berbesar hati.. :D
tm ksh
[Balas Komen]
The Editor Reply:
September 1st, 2010 at 12:42 am
Jikalau lelaki anda adalah seorang romantis belikan dia Burberry for men, kalau macho Polo black kalau sensitif Calvin klien :)
[Balas Komen]
hye semua…
sy akan bertunang hujung minggu nih.. plan asal keluarga sebelah lelaki nak merisik je.. tetebi plan berubah , nak bertunang trus. sy hanya ada masa 5 hari je nak buat preparation. huhuh kelam kabut jadiknye… cume nak tanye pendapat semua, brape lama jangka masa yang sesuai utk tempoh bertunang sblm kahwin. kalau 3 bulan, sempat ke nak buat persiapan?
terima kasih, selamat hari raye :)
xoxo.
cik ima
[Balas Komen]
saya Reply:
October 21st, 2010 at 12:09 am
hye cik ima..
bg pendapat saya ima perlukan masa about 5-6bulan gak la nk setel sume keperluan cm tempah pelamin,bj sanding, mak andam, barang2 untuk hantaran, untuk majlis makan, tempah dewan if bwt kt dwan.
papepun tahniah. semoga kekal ke akhir hayat kamu..
[Balas Komen]
Salam..
Saya bakal melangsungkan perkahwinan tahun depan.
Skrg ni sy tgh confius nk pilih warna tema yg sesuai untuk majlis nnti.Bakal suami berkulit hitam manis, sy pulak berkulit cerah,jd sy nk tnya pndapat, wrna apa yg sesuai utk baju sanding, hantaran dan pelamin..
THANKS A LOT..
[Balas Komen]
Salam..
Sy merancang utk berkahwin thn dpn..
Jd sy nk mnta pndapat semua, warna tema perkahwinan yg ok..skrg sy tgh confius nk pilih warna yg sesuai sbb bakal suami sy berkulit hitam manis dan sy pulak berkulit cerah..
Sy amat hargai kalau blh bg pndapat..
Thanks A Lot…=)
[Balas Komen]
sy akan berkahwin pd 19/02 bln depan.. nk tny antaran untuk kahwin nk kena bg jg ker pd lelaki.. sy igt ms tunang jer..please reply sbb sy de sbln lg je ni.. huhu
[Balas Komen]
Salm..sy bakal bertunang pd bln 5, ape hntrn terbaek yg ptt sy bg pd pihak pmpuan sekiranya jarak rumah kami jauh (mersing ke klang)..tq
[Balas Komen]
em…boleh ka klu hantaran hanya sekali? hantaran time tunang terus merangkap time kawin terus..lagi budget kn..hehe….salah ka klu wat gitu?
[Balas Komen]
sya nak brtunang dlm mggu nie..so mggu lps sya da di risik oleh sblh llki..mslh nya mggu lps prsdiaan xrdy coz bkl tunang 2 krja offshow so nak bt prsdiaan pun xsmpat..so mcmna nak bt prsdiaan dlm msa 3hri lg nie…plizzzz help me…
[Balas Komen]
hye…sy nk btunang bulan dpan…n maybe nikah awl thun dpan…tp sy xtaw brape bajet tuk sume ni…mak sy lak,suh sy settle majlis sndri…dia just settle tuk knduri jep…
[Balas Komen]
Lu punya gigi pon blum tumboh abis,lu mau msuk ini line ah?
[Balas Komen]
kawan2 boleh tolong sy x sal barang hantaran n bajet bape nie..majlis bulan 12 nie..sy dah pening..waaa
[Balas Komen]
sy akan bertunang hujung bulan ni.alhamdulillah,dgn bakat seni yg menebal dalam diri,i did all with my own..dan semuanya sngt2 low budget..kalau dikedai kita bayar 1k lebih tuk mii pelamin,saya hanya buat sendiri dan spend hanya suku daripadanya.semua adalah DIY.dan sy gembira dgn apa pun sy buat..kahwin tahun depan juga saya berhasrat buat semua sendiri..untk dirumahla.
sebenarnya,pendapat saya,brg hantaran lebih mulia kalau beri nbbenda yang bakal suami/isteri bole manfaat sampai bila2..lebihkan hal2 akhirat dr hal dunia,sebab benda2 dunia bila2 pon kita bole beli sendiri..
[Balas Komen]
anybody ok x kalo sy juz bg bju
1.baju melayu
2.sejadah
3.perfume
4.kek
5.tafsir al-quran
6.towel
7.kain pelekat
8.buah-buahan
9.coklat
agak2 save bajet x?
[Balas Komen]
saya Reply:
March 2nd, 2012 at 6:27 pm
ok dh 2..
[Balas Komen]
website yg menarik n brguna..:)
[Balas Komen]
saya nak nikah bln 6…..pening jgk la nak bagi apa kt lelaki ni..
[Balas Komen]
sye bakal bertunang pada bulan 6 nie….
brang2 sudah dipilih untuk hantaran 7 berbalas 9 seperti berikut:
pihak lelaki:
1)cincin
2)bju nikah+tudung
3)sireh junjung
4)perfume
5)kasut
6)kek+coklat
7)buah-buahan
pihak perempuan:
1)baju+songkok
2)sampin songket
3)kasut
4)perfume
5)wallet+belt
6)buah-buahan
7)kek+coklat
8)potpouri
9)sireh junjung
adakah sesuai pemilihan barang2 hntaran pertunangan sye ini???
bagaimana cara yg untuk mengubah hantaran sma ada menggunakan bakul, polisterin mahupun kotak trnsperant???
yang mana menjimatkan kos??
jika sye menggunakan bakul dari surat khbar dengan membuatnya sendiri adakah kos dpt dijimatkan???
kerana sye msih belajar dan tidak bekerja..diharap pihak setel kahwin dpt membantu sye ye…trima kasih…=)
[Balas Komen]
sy nk tanya, sy akan berkahwin sebulan lagi.dulu plan bln 12 tapi sekarang belah lelaki nk cepat. raya haji ni. sy jd kelam kabut n tension dbuatnya…tolong la sy apa harus sy buat…emmmmm
[Balas Komen]
Assalamualaikum. Ini link kami, pembekal tuala untuk program-program keramaian termasuk majlis perkahwinan: http://antakesumaholdings.blogspot.com/
[Balas Komen]
salam,saya nak tanya pendapat anda,saya bakal langsungkan pertunangan pada hujung tahun 2013 ini,mintak pendapat untuk memberi barang hantaran kepada pihak lelaki yang murah+berbaloi…hehehehehe…
[Balas Komen]
Saya akan melangsungkan majlis perkhawinan bln 12 ne..saya bt tema biru putih..erm..dulang hntaran kmi bt 11 bls 9 dulang..ok x??
[Balas Komen]
Klu ble nak mnta pndapat madam pa senarai hntaran yg penting untuk di isi di dulang..saya dan keluarga nak ramai2 buat hntran 2 nnt.insyaAllah..
[Balas Komen]
Saya bertunang time 21/03/13..jimat jak kos saya..hihi. Saya xda bg hntran,coz xda perncngan.tunang saya ja bg..simple ja manisan,buahan2 dan cincin…smoga saya dan tunang di permudahkan semuanya..
[Balas Komen]
Hehe.saya slh taip 21/02/13..tu tarikh saya bertunang..:)
[Balas Komen]