Sepertimana yang telah diwar-warkan pada artikel yang lepas, suatu Karnival Pengantin 2010 bakal diadakan di Kompleks Membeli Belah AEON AU2, Taman Setiawangsa pada 30hb Julai dan 1 Ogos 2010 nanti. Anda semua dialu-alukan untuk menghadirinya bagi memeriahkan lagi karnival ini.
Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bertemu dengan pelakon serta pelawak terkenal iaitu Sabri Yunus, yang akan bertindak selaku MC acara tersebut. Selain itu, seorang lagi selebriti terkenal yang popular dengan lagu ‘Syukur’ turut dijemput iaitu DJ Altimet yang akan menghiburkan para pengunjung. Nurul AF3 juga turut diundang bagi memeriahkan lagi suasana karnival pengantin ini.

Selain dapat beramah mesra dengan selebriti-selebriti tersebut, para pengunjung juga mempunyai peluang untuk menyertai Cabutan Bertuah yang diadakan sempena karnival tersebut. Di dalam Cabutan Bertuah ini, para pengunjung berpeluang memenangi voucher-voucher yang ditaja oleh kedai-kedai pengantin yang terlibat. Bukan itu sahaja, malah pengunjung ke-1000 dan 2000 juga akan memenangi sebuah kamera digital. Oleh itu, sebar-sebarkanlah berita ini dan jangan lupa untuk menghadiri karnival tersebut!
Terima kasih.
PS: Kami perlukan bantuan anda, sila klik di sini http://www.facebook.com/notes/setelkahwincom/kami-perlukan-bantuan-anda-sudikah-anda-menjadi-volunteer-kami-/412660373561







Komen Terbaru