Wang

Dalam proses merancang perkahwinan, perbelanjaan atau bajet menjadi perkara utama yang perlu dipikirkan. Kalau takde duit, camne nak buat majlis kawin, betul tak? Biasanya, pengantin lelaki la yang agak pening kepale bila pikir pasal bab2 kawin nie. Yelah, main angka berpuluh2 ribu… mana nak cari duit, beb

So, bagi mengelakkan sebarang krisis kewangan menjelang hari bersejarah tue, si lelaki nie hendaklah menabung awal2. Supaya nanti you all tak ler duk berhutang keliling pinggang…:-) Selain tue, semua bakal2 pengantin pun hendaklah membuat anggaran perbelanjaan mereka sendiri supaya senang mereka nak bajet banyak mana duit nak pakai nanti..

Ok, di bawah nie ada beberapa perkara yang perlu diambil kira semasa membuat anggaran bajet untuk majlis perkahwinan:

1. Kursus kahwin

Kursus nie penting kerana jika takde sijil kursus kahwin, maka tak kawinlah anda! Rase2nya, skrang nie kos untuk kursus kawin – RM80 (kalu tak silap la).

2. Mas kahwin

Mas kawin nie adalah perkara wajib di dalam setiap majlis perkahwinan.  Jumlahnya pun berbeza-beza ikut negeri masing2.

3. Wang hantaran

Biasanya ia menjadi punca ‘bebanan’ kaum lelaki terutamanya jika pihak perempuan meminta wang hantaran yang agak tinggi. Sebenarnya, kedua-    dua belah pihak haruslah bertolak-ansur dan hendaklah mengikut kemampuan pengantin lelaki itu…. bak kata pepatah, ‘ukurla baju di badan  sendiri’…

4. Upah juru nikah atau tok kadi

Korang jangan lupa lak untuk sediakan upah tok kadi yang mengahwinkan anda! Upahnya tak ler mahal sangat.. biasanya dalam RM80++…  depends kepada negeri masing2 la.

5. Barang hantaran

Barang hantaran nie kadang2  akan memakan belanja yang agak besar. Mana tak nya jika masing2 berkenan barang2 yang mahal seperti ipod, digital camera, netbook dll. Barang2 hantaran nie biarlah berpada2 kerana ingat, banyak perkara lain lagi yang perlu dibereskan!

6. Gubahan hantaran

Setiap majlis pertunangan dan perkahwinan akan tampak lebih meriah dan berseri jika dihiasi dengan barang2 hantaran yang digubah indah! Untuk menjimatkan bajet, cuba gubah sendiri barang2 hantaran tue. Ataupun mintak tolong sedara mara ker. Sebaliknya, kalau ada bajet lebih, korang boleh mengupah orang luar untuk menghias barang2 hantaran tue.

7.  Cincin atau barang kemas yang lain

Pilihlah cincin atau barang kemas yang sesuai dan di dalam range bajet anda. Jangan sebab nak menunjuk-nunjuk, wang pun tergadai sama!  Ingatlah bahawa terdapat banyak lagi bende lain yang perlu dibuat  sebelum anda bergelar suami isteri!

8. Pelamin

Terdapat bermacam2 harga untuk pelamin nie, ada yang murah dan ada yang mahal. It all depends kepada style dan hiasannya. Untuk pelamin yang in trend, mahal la sikit harganya. Kalau yang dah outdated sikit tue, murahlah skit. Ikut bajet masing2 la…yang confirm nya, korang hanya akan gunakan pelamin nie sekejap jer masa posing amik gambar … so, pikir2 la yer…

Cun tak pelamin nie...?

Cun tak pelamin nie...?

9. Baju pengantin

Biasanya, baju pengantin yang paling basic ialah baju untuk nikah dan sanding. Masa bersanding tue, tak yah la bersalin banyak2 baju. Dua persalinan baju lace dan songket tu pun kira dah cukup! Boleh cut cost sikit.  Maklumlah, sewa baju pengantin nie bukannya murah beb! Biasanya baju pengantin nie dimasukkan sekali dalam suatu pakej perkahwinan..

10.  Kad kahwin

Kad kawin nie pun ada yang macam2 jenis. Ada yang khas untuk VIP, ada yang bentuknya seakan-akan notebook, ada yang berbau wangi, dan bermacam2 lagi laTepuk dada, tanya selera masing2…:-) Gerenti anda akan rambang mata masa nak pilih kad jemputan nanti:-) Kosnya pulak,  bergantung kepada spesifikasi dan design sesuatu kad tue. Sebelum pilih kad     kawin, elok la jika korang survey2 dulu… sebab kengkadang tu, kita boleh dapat kad kawin yang cantik sgt2 dengan kos yang lebih murah!

Kad jemputan kahwin jenis notebook...?

Kad jemputan kahwin jenis notebook...?

11. Kenduri / jamuan

Untuk kenduri nie, better korang lantik sorang tukang masak yang berwibawa.   Si dia nie akan arahkan segala barang2 dapur yang perlu dan berapa banyak     yang nak dibeli seperti daging lembu, ayam, beras, dsb. lagi. Memang  confirm korang tak yah pikir2 lagi bab nie…hanya keluar duitnya sajer…:-) Kalau buat majlis jamuan kat kampung, biasanya orang kampung akan bergotong royong, so bleh jimatla sikit… Cuma jangan lupa untuk bagi sikit ‘saguhati’ pada mereka yang telah menyumbangkan bakti nie! Sebaliknya, jika ada bajet lebih, better korang gunakan khidmat katering jer.  Semernya fully complete dan anda tak payah dah nak pikir bab2 nak mengemas ke, membasuh ke selepas majlis selesai… kan senang tu…?

12. Khemah dan kelengkapan lain

Harga sesebuah khemah atau canopy nie bergantung kepada design nya.. ada canopy yang berbentuk gazebo, pyramid, arabian dsb. Dan ada  jugak yang simple jer … Harga canopy nie yang paling murah adalah dalam beratus-ratus ringgit dan boleh mencecah sehingga ribuan ringgit. Biasanya kalu ambik pakej canopy, ia termasuk sekali dengan accessory lain seperti kipas, scallop, meja, kerusi, lampu dll. Again, it’s all depends on the budget at hand….

13.  Juru gambar

Tak salah jika korang ‘berhabis’ sikit untuk dapatkan khidmat juru gambar yang professional, berpengalaman dan pandai berinteraksi di dalam sesuatu majlis perkahwinan. Sekarang nie, kos untuk khidmat juru gambar paling minimum pun lebih kurang dalam RM450++.

14. Hiburan

Biasanya hiburan nie termasuklah persembahan silat, tarian, kompang, karaoke dsb. Yang nie hanya untuk hiburan semata2… kalu takder pun orang tak marah…ikut suka ati korang la nak buat ke tak… Yang pastinya, kalau buat, korang kena berbelanja lebih sikit la…

15. Honeymoon

Haa…nie pun termasuk dalam bajet kawin:-) Biasanya lepas kawin, it’s time for honeymoon la plak…:-) Namun, ada sesetengah couple decide to postpone their honeymoon first. Mungkin sbb diorang busy atau kekurangan ‘modal’. Actually korang bleh jer pilih mana2 tarikh yang sesuai untuk berbulan madu. Kalu tak cukup bajet, pegi la kat tempat2 low-budget skit tapi gerenti romantic seperti Cameron Highlands ker, Bukit Merah ker, Pulau Perhentian ker.. Nie tidak, sebut honeymoon jer, mesti nak pi Paris la, Switzerland la, Canada la… :-)

Okla, artikel nie bukan untuk mengejutkan atau membebankan bakal pengantin semer… Cuma sekadar nak bagi gambaran tentang apa yang perlu dibuat dan berapa banyak yang perlu dibelanjakan untuk sesebuah majlis perkahwinan. Actually, bukan semer perkara di atas yang kena dibuat. Yang pentingnya, rancanglah dengan baik dan jangan membazir, ok…Good luck!

Related Posts with Thumbnails