Adakah saiz itu penting bagi menjamin perkahwinan yang bahagia? Lebih besar saiz ukuran pasti usaha lebih diperlukan. Tepuk dada tanya selera dan sudah tentu apa yang dimaksudkan ialah saiz badan pada hari perkahwinan!

Lazimnya bagi sebuah persiapan perkahwinan perhatian diberi untuk memukau para hadirin dari segi reka hias majlis, hiburan, dan aspek aspek lain yang mengutamakan ‘face value’. Fokus yang diberikan bukanlah sesuatu yang membazir kerana majlis perkahwinan adalah satu majlis keraian maka pengalaman yang ingin diberi kepada hadirin harus diutamakan. Namun apa yang ingin disebut disini adalah baik pengantin lelaki atau perempuan sering lupa bahawa merekalah ‘center of attraction’ pada hari istimewa itu.

body measuring tape

Jika anda masih ada beberapa minggu sebelum hari perkahwinan dan baru saja menyedari hakikat ini usah risau kerana setelah habis baca artikel ini, insyaallah bolehlah memulakan proses kemantapan tubuh badan!

Haruslah diingatkan bahawa pelan memantapkan diri haruslah realistik. Jadikan program anda lebih spesifik sebagai contoh tidak cukup dalam mengingatkan diri anda “Saya ingin menurunkan berat badan sebelum hari perkahwinan” tetapi “Saya akan hilang 15 paun lemak atau 3 inci saiz pinggang untuk hari perhakwinan” lebih mudah untuk dipantau. (jika ingin melangsingkan badan perlu lebih masa tetapi di sini fokus diberi untuk hasil optimum dalam masa yang singkat)

exercise.sflb.ashx
Program senaman anda memerlukan 3 jam seminggu dan bergantung kepada bagaimana pembahagian masa anda untuk menjadikannya senaman 1 jam sehari sebanyak 3 kali atau 30 minit sehari sebanyak 6 kali, ia haruslah realistik! Rutin anda hendaklah menerapkan ‘resistance training’ dan senaman berbentuk ‘aerobik’ bagi mendapatkan tubuh badan mantap dan simetri. Senaman anda juga haruslah ‘intense’ dan apa yang dimaksudkan ialah sekiranya ketika berlari masih boleh bersembang dengan rakan, anda masih belum menekan diri. Ketika membuat senama ‘set’ pula, masa rehat tidak harus melampaui 15 saat kerana lebih tinggi tekanan diberikan, lebih cepat hasilnya dalam masa yang lebih singkat.
fruit
Pada masa yang sama amalan pemakanan yang sihat akan menjamin hasil yang lebih baik. Mulakan jurnal pemakanan anda kerana cara ini akan menjadikan anda lebih komited dan minum lebih banyak air kerana ia membantu proses pembakaran kalori sebanyak 3 peratus. Proses ‘detox’ juga disarankan, namun tidak perlu bagi anda membeli produk di pasaran yang menjamin proses ini kerana diet sayur-sayuran dan buah-buahan adalah lebih murah dan efektif!
Setelah memahami asas bagi memantapkan tubuh badan anda, jika diamalkan secara konsisten, ia menjamin kesihatan yang baik sehingga ke anak cucu. Akhir kata tubuh sihat, jiwa pun tenang.

Jika anda perlukan sebarang tips-tips senaman yang lain, sila hubungi kami di sini

Related Posts with Thumbnails