Tentang Kami
Setelkahwin bak kata pepatah; yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Itulah mesej yang ingin disampaikan bila melayari blog kami. Pasangan baru nak kahwin pun tak akan bertikam lidah sebab platform SetelKahwin akan bantu dalam kompromi dan kurangkan ribut emosi.
Kami pun sedar perkahwinan itu satu perjalanan jadi perkhidmatan serta perbincangan di blog kami bukan saja tentang menjayakan majlis perkahwinan anda tetapi juga dalam hubungan cinta. Ikuti tulisan dari blogger kami yang bertungkus-lumus nak memberi senyuman kepada anda. Untuk vendor pun kami tak lupa jugak sebab kami akan memberi nasihat mengenai ‘marketing’ dan ‘branding’ mengikut trend terkini. SetelKahwin serius dalam misi menyetelkan problem anda.
So, dah setel belum? ;)
Mdm Cupid
Seorang yang ‘romantic at heart’, Mdm Cupid cuba untuk membongkar rahsia-rahsia percintaan khususnya di antara suami-isteri, girlfriend-boyfriend dan apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan dengan cinta. Di dalam penulisannya, Mdm Cupid akan berusaha untuk seimbangkan peranan lelaki dan wanita supaya takkan dianggap ‘bias’.
Hubungan cinta akan menjadi tema utama di dalam setiap penulisan Mdm Cupid. Selain itu, beliau turut akan mengupas isu-isu seperti perkahwinan, kisah rumahtangga, hubungan di antara mentua dsb lagi. Beliau juga seorang yang suka membaca tentang komen2 atau idea2 daripada you all, so jangan kedekut ilmu dan curahkan segala idea, isi hati atau masalah korang pada Mdm Cupid . . . Remember, love doesn’t always have to be a pain in the butt … sometimes it can also be fun! :)
Abang Nara
Nazuwan atau dalam dunia blogging (www.beautifulnara.com) lebih dikenali dengan nama Abang Nara adalah seorang lelaki tampan, kacak dan bergaya. Masih single tetapi tidak lagi avalaible, Nazuwan menulis di dalam SetelKahwin untuk cuba berkongsi tips-tips bercinta bersama anda secara santai.
Harapan Nazuwan agar anda semua enjoy membaca hasil tulisannya. Dan jika boleh dan jika ada kesempatan, mengaplikasikan apa yang ditulis semasa fasa percintaan anda. Akhir kata, semoga anda enjoy di SetelKahwin dan semoga dapat menyetelkan urusan perkahwinan anda secepat mungkin.
Mr Brute
They say romanticism is a lost art. He refuses to believe so, when the basis of one’s premise would only derive from ignorance. Mr Brute is here to restore love starting from within you. Walking through the steps of improving the quality of your living by sharing health and emotional wisdom, one would discover that life is always a blessing in disguise and it only takes a random cafe before you walk into your soulmate.
DMosah
Lelaki yang lebih mementingkan keyakinan jati diri dalam membentuk budaya inginkan ketenangan dalam kehidupan dan sentiasa ingin berusaha dalam menjayakan cita-cita dan kejayaan. Berfikiran positif dan sentiasa ingin berkongsi daya pemikiran ke arah kecemerlangan. Seorang yang berjiwa penyayang,tekun dan keras hati dalam memperkatakan dan memperjuangkan yang benar untuk membantu mereka yang memerlukan. Lebih mementingkan “human development” dan “knowing yourself”.
Hashim HD
Loves being first. Hates being last.
A banker turned entrepreneur who has a taste for challenges. Doubted by others when embarking on this journey of developing SetelKahwin, his past experiences in banking and cofounder of RandomAlphabets (www.randomalphabets.com) makes it a walk in the park. He believes that the common trait between finance and relationships at end of the day is about understanding before committing. Hashim HD will be sharing his knowledge in managing finances which he believes is a component in a longstanding relationship.