
*Credits: Roland Hashim / http://www.rolandhashim.com
“Mak! Timah tak nak kawin sampai bila-bila pun mak. Timah rela jadi andartu kalau tak jumpa lelaki yang sesuai!”
Pernah dengar tak kata-kata nie? Ke ada di antara korang yang pernah mengucapkannya? Hakikatnya, zaman sekarang nie memang susah nak cari calon suami yang baik atau yang menjadi idaman. Cari laki bukan keje main2. Bukan macam nak pilih ikan kembung ke, ikan keli ke kat pasar. Nie soal masa depan nie.
Sebab tulah kebanyakan wanita la nie ada yang rela tak berkahwin sampai tua. Rela jadi andartu. Bukan nak kata memilih, tapi bende penting, takkan nak tangkap muat jer..bangun pagi2, nampak je lelaki pertama, ajak dia kawin terus dengan you…tak boleh jadi ni…tak boleh jadi…
Sebab itulah, jom kita tengok beberapa petua untuk mencari bakal suami yang baik:
1. Pilih yang baik dan beragama – agama nie penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdelah pegangan dalam hidup, kan? Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama nie bukan sajer boleh memimpin dirinya sendiri, bahkan dia juga boleh jadi pemimpin yang baik kepada isteri dan anak-anaknya. So, sebelum melihat kriteria2 lain, lihatlah dulu pegangan agamanya, okey dan boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak…
2. Cari yang sabar dan penyayang – semasa tengah berdating, mungkin you all dah dapat detect perangai boyfriend korang kan? Penyabar ke atau pemarah? Cuba uji… misalnya berpura-pura buat bende yang dia tak suka ke, time tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah tahap cipan, sah2 dia panas baran. Jangan pilih lelaki camni cik adik oii, kalau tidak, seksa hidup ko nanti.
3. Jangan nilai pada rupa – ‘don’t judge a book by it’s cover’..ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya sajer! Sebab kecantikan luaran nie sementara ajer. Mungkin rupa si dia nie macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik. Kalau muka tu sehensem Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat aper, kan? Ingatlah nanti kalau kita tua, tua samer2. Kedut pun, kedut sama2 (melainkan ada salah sorang yang pakai botox…huhu :-) )
4. Hormat orang tua – sememangnya kite nak calon suami yang bukan saje taat pada mak bapak dia, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan? So, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kite pulak. Dia hormat ke atau kurang ajar?
5. Cari yang boleh mendengar dan mendidik – penting nie sebab kalau kita ada problem, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kite, betul tak? Bukan tu jer, kalau ada bende yang kite tak tau, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab2 agama. Jangan 2×5 sudahler…:-)
6. Lihat pada family dia – nie biasanya dipraktikkan masa zaman mak bapak kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semernya baik2 ajer, dapatlah ‘green light’…sebab ‘ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi’nya, kan? Mak bapak kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik…:-). So, nilailah betul-betul yer.
7. Pilih yang (ikhlas) sayang kat kite – maksudnya pilih jejaka yang betul-betul sayang kat kite. Jangan pulak pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia plak buat endah tak endah je kat kita. Ada jugak kes di mana si lelaki nie berpura-pura sayang kat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. So, kalau anda di dalam situasi di mana anda kena pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda… sebaik2nya pilihlah option yang kedua tuh…:-)
Wah…susah betul nak cari laki kan? Pasal soal cari pasangan nie, lelaki kena paham2 la kenapa ada wanita yang kawin lewat atau tak nak kawin langsung. Bukan kata memilih, tapi soal jodoh dan masa depan di tangan Tuhan belaka. Bagi wanita plak, kalau dah jumpe jodoh yang baik dan sesuai tu, cepat2 la kawin, ok. Takut nanti si dia kena rampas plak. Maklumlah, lelaki yang baik sekarang nie tengah high demand...:-) Good Luck!

Setuju sangat2… semua apa yg anda lists kan, dah lama ada dalam kotak fikiran dan hati saya. tapi belum jumpa. Hohohoho…lelaki panas baran paling horror. lebih baik jumpa Pontianak dari jumpa laki2 mcm neh. Betul tuh….lelaki yang soleh, tgh high in demand. payah nak cari neh, di saat2 akhir zaman.
[Balas Komen]
The Editor Reply:
February 28th, 2010 at 3:52 pm
Heheh betul tuh…lelaki panas baran ada dua jenis yg selalu kita nampak, satu tu jenis pukul isteri satu lagi tu jenis pecahkan barang
so nak yang mana? lelaki yg first badan sakit tapi rumah cantik lagi, yang second pulak badan tak sakit tapi rumah berderai.
Haha mesti lah dua2 pun kita tak nak, jadi cari lah yg penyabar :)
insya Allah you akan jumpa Mr Right suatu hari nanti :)
[Balas Komen]
syamim Reply:
February 28th, 2010 at 4:10 pm
Hahahaha. dua2 pon tak nak. Ampun tak nak. Terima kasih byk2. muke macam Brad pitt ke, Will smith ke,poket dalam lautan pasifik ke…Terima kasih aje ler… Simpan jer niat suci tuh.
InsyaAllah dpt. Ummi ckp, yg terbaik tuh selalunya dilambatkan sikit. Allah nak uji dulu, Mahu hambanya lebih banyak berdoa, lebih byk ibadah, dan mendekatkan diri pada-Nya. Doakan la saya ye…dapat pahala free tau! tak nak ke? =P
[Balas Komen]
The Editor Reply:
February 28th, 2010 at 4:36 pm
Insya Allah, kami semua akan doakan utk Cik Syamim =)
The Editor Reply:
February 28th, 2010 at 4:45 pm
Cik Syamim tolong promotekan kita dengan kawan2 ya, kita pun baru lagi dkt sini, segala sokongan amat dihargai =)
syamim Reply:
March 1st, 2010 at 1:58 pm
Ok Mdm cupid. InsyaAllah, nanti cik syamim bgtau kat kwn2 ye. =)
sangat setuju!! kalo bakal suami ada pegangan agama yang kuat, insyaAllah dia takkan menganiaya isterinya.. lagi satu, perempuan tak perlulah berharap laki tu akan jadi baik lepas kawen.. peratusan nak berubah tu sangat sikit sebab bukan senang nak mengubah diri..
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 2nd, 2010 at 6:48 am
Betul tuh… pegangan agama memang penting untuk membolehkan seorang suami tue menjadi pemimpin yg baik kepada isteri dan anak2…
Hmm…Cik Lin dah jumpe calon yang sesuai ker…:-)
[Balas Komen]
huhu…yela..saye setuju sgt sume kiteria tuh..thats y till now..i still single..even umur da makin tua..serik berkali2..jumpa..yg agak kureng..pyh benar nk cari laki baik…adusla..yg ade pon laki org,kalau tak laki org..gayboy, adakah lelaki yg baik semakin pupus???
[Balas Komen]
The Editor Reply:
March 4th, 2010 at 2:22 pm
Tak pupus pun, ada jer kat sini… cuma skrg ni penting kan carrier dulu haha
[Balas Komen]
mungkinla…yang baik2..tu workaholic..sampai tak perasan perempuan yg baik..n comel2..cm kami ni..huhu..
p/s : nampak gayanye..kadar perempuan menjadi andartu makin bertambah..
[Balas Komen]
Mdm Cupid Reply:
March 5th, 2010 at 6:30 am
Yaya kena sentiasa berfikiran positif, tau… Bersabarlah yer… InsyaAllah, satu hari nanti jodoh akan datang mengetuk pintu rumah Yaya :-) Have faith!
[Balas Komen]
Salam..saya suke la sume artikel kat sini ;)
[Balas Komen]
The Editor Reply:
March 15th, 2010 at 4:54 pm
Terima Kasih Ain :) Jangan lupa jadi fans kami di facebook yea, and tolong promote kami dkt kawan2 you sekali :)
Terima kasih!
[Balas Komen]
saya da jumpe orang tu…
setakat ni, dia memenuhi sume kriteria di atas..
hopefully, akan kekal macam tu sampai bila-bila…
aminn..
=)
[Balas Komen]
lelaki yang baran dan punya ego memang susah untuk di nilai sebab diaorang nie jadi macam nie disebabkan tiada pengangan agama yang kuat. Untuk menjadi wanita yang selamat daripada lelaki yang macam nie lebih baik kenal-kenal betul2 baru la buat pilihan atau cari orang yang sayang kite yang boleh hidup susah dan senang bersama. Paling best kalau boleh uji dia uji je supaya kite boleh nilai samada dia lelaki yang baik atau sebaliknya….Ala lelaki nie nak uji senang je….buat benda2 yang dia tak suka tengok apa tindakan dan cara dia myelesaikan masalah…kalau secara yang profesional bermakna dia seorang lelaki yang baik..kalau dia sendiri pun tak leh nak fikir dan sabar lebih baik lupakan je la….cakap memamg senang tapi nak tak nak kena buat…kalau dah cinta memamg kite sukar nak terima hakikatnya….tetapi demi kerana masa depan nak tak nak kena buat dan buktikan yang wanita bukannya lemah tanpa lelaki yang macam nie..
[Balas Komen]
kalau engkau hendak menemui Aku turutlah jalan Ku dan bukannya jalan mu jalan mu jalan nyata jalan Ku jalan rasa usahakan kita sejalan,engkau dan Aku supaya tecapai yang dituju kalau engkau mengatakan kita sejalan engkau harus dapat membukikan bukti yang dimaksudkan ialah kesanggupan untuk menurutkan engkau mempunyai keinginan Aku mempuyai kesanggupan engkau diluar Aku didalam berjalanlah engkau pada jalan mu untuk menjumpai aku lebih dahulu dalam perjalanan kita bertemu engkau dan Aku Aku yang engkau jumpa di perjalanan tidak akan engkau mendapat kalau engkau tak tukar haluan kerana disaat itu Aku keluar engkau kedalam dan untuk mendapat aku jalan Ku yang akan diturutkan berjalan pada jalan Ku bereti engkau berserta ku dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal Aku Aku yang selama ini terahsia bagi mu……
[Balas Komen]
saya senang nieh bisa baca artikel ini, sangat menarik dan menambah wawasan untuk saya…….bagaimana mencari pasangan hidup untuk selamanya, tidak hanya dilihat dari bentuk fisik saja tetapi dari latar belakang sifat, kasih sayang terutama keagamaannya.
dan bagaimana seorang perempuan menghormati pasangannya, mencintai pasangannya, dan bersikap baik didepan pasangannya……salam kenal
Bali Villa Bali Villas Bali Property
[Balas Komen]
perempuan baik untuk lelaki baik, perempuan jahat untuk lelaki jahat…. so sape2 yang berangan nak lelaki yang stok masjid , soleh2 .. silalah perbaiki akhlak anda wahai perempuan ye… tutup aurat dengan cara yang betul,baik kat orang tua…. jangan asyik nak komplen lelaki sekarang x de kualiti ….
[Balas Komen]
salam perkenalan… saya sgt2 suke artikle niy…
thank you..boleh lah join ramai2 ea….
artikel niy byk bg sy tips y berguna…
[Balas Komen]
askum saya siti hajar dr kl.saya dah kenal n bercinta dgn seseorg ni dekat 4 tahun.pd mula perkenalan mmg indah,saya berasa teruja utk bertemu dgn dia.tp lama – kelamaan dia menjadi panas baran.dia x leh terima saya seadaanya.dgn keadaan saya yg berbadan besar,berat 60kg.tp skrg ngah usaha menguruskn bdn disebabkn dia.saya begitu tension sejak bercinta dgn dia.saya dah malas utk mempercayai cinta lg n lelaki.cukup la dgn ape yg berlaku pd dri saya kini.saya ingin hidup tenang n aman tanpa namanye lelaki.sekian terima kasih.
[Balas Komen]
Hmmm…terima kasih ats artikel neh…kriteria lain Alhamdulillah menyenangkan..tapi camne family kurang selesa dgn kerjaya dia di bahagian perhotelan?
[Balas Komen]
semoga kita semua mendapatkan jodoh yang terbaik dan beriman . amin…..
[Balas Komen]
cmne plak klu laki tu kuat merajuk?..
lagi satu cmne nk tw laki tu suke kt kite ikhlas?
[Balas Komen]