Kebanyakan lelaki pasti merasakan saat paling sukar untuk tackle seorang gadis yang diminati ialah semasa mereka mula-mula nak approach gadis itu. Walaupun agak menakutkan untuk you all mendekati seseorang wanita dan menyatakan ‘hi’, namun faktor yang boleh menentukan sama ada you will get the girl or not adalah semasa dalam fasa interaksi selepasnya.

Kepentingan pandangan pertama atau first impression tak boleh dipandang rendah. Jika anda ingin sukses dengan gadis yang anda minat itu, anda bukan saja kena pandai menarik perhatiannya, malah anda juga harus membuatkan si dia tertarik pada diri anda. Jom kita baca tips untuk membuatkan wanita tergoda dengan anda:-

attracted to each other

Langkah 1: Cari tempat yang sesuai untuk berbual-bual

Memang susah untuk berbual jika anda berdua diganggu dengan bunyi muzik yang kuat ataupun percakapan orang-orang lain di sekeliling anda. Jika anda sudah berjaya menarik perhatiannya pada peringkat awal, apa kata anda bawak jer si dia ke suatu tempat yang tenang, tidak bising dan agak romantik – supaya perbualan anda berdua tidak akan diganggu oleh obstacles yang lain. Perlakuan ini menunjukkan bahawa anda betul-betul minat pada si dia dan enjoy berbual-bual dengannya. Kalau langkah ini anda sudah berjaya lakukan, jom ikuti steps seterusnya…

Langkah 2:  Lakukan hubungan mata (eye contact)

Setelah anda berjaya mengumpul keberanian untuk bercakap dengan si gadis yang anda minat itu, langkah kedua adalah melakukan eye contact atau hubungan mata semasa sesi perbualan anda dengan si dia. Bukan nak suruh ko  terus menerus merenung matanya yang bundar itu berjam-jam lamanya tanpa henti. Kerana anda harus tahu bagaimana untuk memberi perhatian dan bukannya bersikap tidak waras:-p …

Jangan lupa bahawa eye contact nie sebenarnya ada kaitan dengan keyakinan diri, so kalau anda ingin kelihatan confidence di mata si dia, kekalkan hubungan mata ini. Tapi jangan pulak ko tengok dia sampai tak berkelip-kelip, masa makan pun tengok, minum air pun tengok … nanti dia ingat ko nie ‘mental’ pulak… huhu. Kesimpulannya, jangan menakutkan si gadis pada pertemuan pertama!

establish eye contact

Langkah 3:  Tanyakan soalan yang relevan

Biasanya, interviewer sendiripun akan bertanyakan soalan-soalan yang akan memberikan mereka jawapan yang paling detailed. Misalnya, mereka tidak akan sekali-kali bertanyakan soalan yang akan memberi jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’. Begitu juga kalau anda ingin bertanyakan soalan pada teman anda. Daripada bertanyakan, “Umur you berapa?” atau “Datang naik apa tadi?”… baik anda bertanyakan benda-benda yang penting macam “You keje apa?”… and then bila dah dapat jawapannya, try tanya pulak soalan yang tertentu tentang pekerjaannya itu.

Hopefully, si dia akan berasa teruja, kurang nervous, dan kalau kena gayanya, mungkin jugak si dia yang akan bercakap banyak pada perkenalan pertama nie:-) Dan sudah pastinya anda akan menjadi seorang pendengar yang setia…

Langkah 4: Tekankan pada topik yang diminati si gadis

Kalau ikut kebiasaannya, mestilah lelaki akan rasa lebih berasa selesa jika berbual fasal topic yang digemari mereka macam kereta, bisnes dsb lagi. Namun pernah tak anda memikirkan tentang perasaan pasangan anda? Kalau si dia betul-betul minat tentang apa yang korang sedang cakapkan tue, takpelah. Tapi kalau korang perasan yang si dia hanya mengangguk-anggukkan kepala atau sentiasa menjawab, “a’ah” atau “iye…”… emm… mungkin si dia tengah bosan kerana asyik mendengar anda bercakap jer … :-p

Untuk mengelakkan situasi yang kurang selesa nie, cuba anda dengar betul-betul apa yang dicakapkan oleh si gadis kemudian cuba ‘elaborate’ pada topik yang dicakapkan itu. Contohnya:

Gadis: “Setiap kali I keluar rumah kan, mesti I kena bagi kucing I makan dulu. Kalau tidak, dia akan ikut i…”

Jejaka: “Oh iye ke? So you nie peminat kucing la? I pun bela kucing gak. 7 ekor semuanya kiut2. Sekor mak, sekor bapak dan 5 ekor anak. Kucing you pulak ada berapa ekor?Jantan ke betina?….”

(Okeyla… di atas cuma CONTOH. Tak semestinya ko ikut tips nie dan bercakap pasal kucing jer sepanjang malam…. :-p)

kiut kittens

Langkah 5: Jadilah diri sendiri

Biasanya, lelaki telah setkan awal-awal dalam kepala mereka tentang apa yang akan dilakukan atau dicakapkan pada mana-mana wanita yang menarik minat mereka. Mungkin mereka telah mendapat ‘pick-up lines’ daripada tengok movie ker atau kawan-kawan yang mengajar.

Namun, apa yang penting dalam sesuatu perbualan itu adalah kelakuan yang berlaku dengan sendirinya (spontan) dan tidak dirancang. Kespontanan ini biasanya akan timbul apabila you all enjoy berada dengan pasangan you. So, tak yah lah korang pakai ‘plan’ yang tersembunyi di dalam kepala tuh… ianya mungkin akan nampak ‘cliché’ jer… huhu. Jadilah diri anda sendiri dan jangan menyamar jadi orang lain pulak!

Langkah 6: Berikan pujian dan tumpuan sepenuhnya pada si gadis

Berikan pujian dan layanan anda sepenuhnya kepada si dia. Seseorang gadis itu memang sukakan perhatian, dan si dia juga biasanya sukakan jejaka yang boleh membuatkannya ‘bercakap’. Bukan seorang jejaka yang asyik bercakap dan bercakap pasal dia jer dan si gadis pulak hanya mendengar dan mengangguk-angguk.

Selain memberi pujian dari aspek fizikalnya, contoh, “Cantik dress yang you pakai malam nie,”… apa kata anda betul-betul memberi sepenuh perhatian pada si dia apabila dia bercakap. Contohnya, jika si dia membuat lawak yang benar-benar lucu, anda katalah, “Haha… kelakarlah cerita you,” atau “Bestlah cakap dengan you nie.”

Satu lagi contoh, kalau si dia tengah bercakap tentang movie kesukaannya, “I rasa kan.. filem ‘Titanic’ is the most romantic love movie of all time. Setiap kali I tengok citer tuh, I mesti nangis punyer….” dan you pulak jawablah, “A’ah. I agree. Part yang paling I suka tengok masa hero dan heroin duk atas kapal tu sambil mendepangkan tangan ala-ala cam nak terbang gitu…and then i like the kissing part…heheh..” Ini sekadar contoh jer tau… jangan pulak you pegi tiru sebijik macam nie:-p

Leo and Kate

Yang penting, tunjukkan yang anda benar-benar memberi perhatian pada dirinya (bukan perhatian dari segi fizikal pulak yer) dan anda juga boleh memberi pujian pada masa yang sama!

Sekian, terima kasih.

angan lupa jadi fans kami di facebook : www.facebook.com/setelkahwin .  SetelKahwin dengan kerjasama Beautifulnara bakal mengadakan satu contest yang memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang agak banyak.  Tapi untuk layak menyertai pertandingan ini, anda semua kena jadi Fan Facebook BeautifulNara (klik sini) dan Fan Facebook SetelKahwin (klik sini). Kena jadi fan kedua-duanya sekali kalau tak penyertaan anda tak dikira. Sebabnya segala klu-klu tentang pertandingan ini hanya akan diberitahu melalui Facebook sahaja.

Related Posts with Thumbnails