1. Jadikan diri anda sebagai tumpuan tarikan
Mengikut suatu kajian psikologi yang telah dilakukan, di mana anda berada dan apa yang anda lakukan di dalam sesuatu bilik yang dipenuhi orang memainkan peranan penting dalam menarik perhatian atau minat orang-orang yang berlainan jantina dengan anda. Contohnya jika anda aktif di dalam bilik kuliah dan sering bertanyakan soalan pada pensyarah, semestinya orang akan mengenali diri anda. Sebaliknya jika anda gemar berselindung di sebalik orang ramai dan suka menyendiri di sudut bilik, bagaimana anda ingin menarik jejaka2 ataupun aweks untuk perasan kewujudan diri anda?

2. Pilih warna yang sesuai
Sedikit tips untuk anda: pilihan warna yang sesuai sebenarnya boleh membuatkan diri anda menarik pada pandangan orang-orang di sekeliling anda, terutamanya pada jantina yang berlawanan. Menurut suatu kajian, wanita akan lebih tertarik pada lelaki yang memakai baju biru. Warna biru dikatakan menunjukkan cirri-ciri lelaki yang stabil, setia dan yang akan sentiasa menemani anda.
Manakala wanita yang memakai baju berwarna merah jambu atau ‘peach’ pula membuatkan diri mereka lebih senang untuk didekati. Sebaliknya, untuk menunjukkan diri anda seorang yang tegas pendirian dan berani, cubalah anda mengenakan pakaian merah. Yang pastinya, lelaki yang tidak berani untuk ‘approach’ anda adalah confirm lelaki yang tak reti untuk handle wanita yang ‘hot’ macam anda…:-)
Tapi awas kerana warna merah adalah warna yang paling seksi dan sensual, dan ia akan menarik 2 golongan lelaki – lelaki yang berminat pada seks semata-mata dan lelaki yang sukakan wanita yang berani dan mencabar. So anda kenalah bijak memilih okay…
p/s: Satu perkara yang anda patut tau, warna yang akan membuatkan orang ramai menghindari atau mengelak daripada mendekati anda ialah warna kuning kehijauan… :-)

3. Guna bahasa tubuh
Bagi kaum wanita, jika anda ingin menarik seseorang lelaki untuk menghampiri dan bercakap dengan anda, gunakan bahasa tubuh atau body language untuk membuatkan anda menjadi lebih senang untuk didekati. Entah betul ke tak, tapi suatu kajian di Barat mengatakan bahawa wanita yang ingin lelaki mendekati mereka harus berdiri dengan jarak antara kakinya tidak lebih daripada 6 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke dalam sedikit… betul ke? Ntahlah…sekadar kajian je kot… huhu.. Satu lagi, anggukan kepala juga memberi isyarat bahawa anda seorang pendengar yang baik dan memberi perhatian pada apa yang dicakapkan oleh pasangan anda.
Bagi lelaki pula, bersikap dominan atau menonjol sememangnya akan menarik perhatian wanita. Berdasarkan kajian yang sama, lelaki yang ingin wanita menghampiri mereka haruslah berdiri dengan jarak antara kakinya lebih kurang dalam 6 – 10 inci, dan dengan jari-jari kaki menghala ke luar. Selain itu, beberapa lagi tips body language bagi lelaki ialah memakai pakaian yang lebih tebal (atau banyak lapis – pakai t-shirt putih di dalam, kat luar pula disesuaikan dengan kemeja lengan panjang (bahagian lengan dilipat sedikit) atau lengan pendek), tegapkan badan dan dongakkan kepala anda dan cuba bercakap dengan lancar tanpa tergagap-gagap.
Tips body language untuk kedua-dua lelaki dan wanita pula ialah JANGAN fold your arms, bercekak pinggang atau mengunyah sesuatu di dalam mulut. Kelakuan ini sebenarnya menunjukkan emosi anda yang tengah resah, berdebar-debar atau sedang kecewa.

4. Sentiasa tersenyum
Pakar psikologi dan pakar body language bersetuju bahawa salah satu perkara penting yang boleh menjadikan diri anda lebih menarik dan senang untuk didekati ialah dengan mengukir senyuman. Bukan ketawa terbahak-bahak (sampai mengejutkan si dia yang berada di samping anda) ataupun senyuman ‘plastik’ yang sering terlekat pada bibir anda jika dipaksa2 untuk senyum:-) Cukuplah sekadar anda menguntum senyuman yang ikhlas dari hati dan yang mengatakan, “Saya suka awak dan seronok bercakap dengan awak!” Sesungguhnya senyuman itu adalah satu isyarat international untuk menunjukkan sikap ramah dan mesra.

5. Pakai wangian yang harum dan menggoda
Kajian telah menunjukkan ada perkaitan di antara bau cinnamon (kulit kayu manis) dan vanilla dengan CINTA. Misalnya, pakar-pakar aromaterapi percaya bahawa cinnamon itu adalah suatu afrodisiak (menaikkan syahwat atau nafsu seks). Memakai wangian seperti cinnamon dan vanilla dapat meningkatkan lagi pengeluaran feromon daripada tubuh anda dan ini dapat meningkatkan lagi tarikan pada diri anda. Tau tak feromon tu aper? Actually, feromon nie adalah sejenis bahan (yang keluar dari badan anda) seperti hormon yang dapat menarik mereka yang berlawanan jantina dengan anda untuk mendekati anda. Cayalah…!

Sebenarnya, bagi mereka yang telah lama berumahtangga, mereka akan dapat mengecam atau menghidu bau badan yang dikeluarkan oleh pasangan masing-masing. Dan bau ini bukanlah terbit daripada apa-apa wangian yang disembur! Sebenarnya ia berpunca daripada sejenis feromon yang dikeluarkan oleh badan dan bau ini dapat meningkatkan rasa atau tarikan seksual anda pada pasangan.
Terima kasih kerana membaca!
Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!
[...] Uishhh bila tengok2 balik gambar Diana Danielle, cantik betul lah dia tuh. Duk pikir2 macam mana lah nak try tackle pompuan macam ni. Rupanya benda [...]
ak suker guner bahasa tubuh..kiki..
its realy work lorr..
[Balas Komen]
gaya mengurat penting jugak..
tak boleh terlebih macho atau terlebih yakin 200%. ia akan menyebabkan rimas.
perhubungan bermula sebagai kawan mmg dialu2kan tetapi jgn terlalu mengharap sekiranya anda sendiri sudah sedar terdapat jurang minat dlm satu2 perkara.
sekadar berkongsi pengalaman saya.
[Balas Komen]
mr cool Reply:
February 9th, 2011 at 9:10 am
=p
[Balas Komen]
Yang lelaki mesti ada wow factor yang membuat perempuan itu tertarik dan confident mesti ada but jgn overconfident. Mulakan sebagai kawan dan bila si dia mula selase dan happy dgn anda itu tanda2 peluang itu ada. Melalui komunikasi semasa makan lah paling sesuai utk kita lihat dan mengenal lebih rapat dgn si dia .
[Balas Komen]
ye bahasa tubuh and senyuman sgt penting sbb tu adalah daya penarik wanita….and memang tbukti btl..haha
[Balas Komen]
Pakai Pwangi 2 penting btl bt sya, koz itu blh menarik mata2 leleki mmdg kta N trtmaNya Org senang dekati kta…hehehehe}P{
[Balas Komen]
Jadilah diri sendiri..sebab kita nak si dia terima kita seadanya…
[Balas Komen]
Perfume ape yang boleh direkomen? Ataupun deodorant yang bagi korang sedap baunye? Banyak sangat kat pasaran, kadang2 bagi laki yang ni sedap, tapi bile pakai ade lak yang konplen, konpius . . .
[Balas Komen]