lisasurihani

Korang nie bab-bab tips awek memang suka. Siap request lagi macam mana nak tahu awek tue dah ada pakwe ke belum. Mementang la si awek tue cun macam Lisa Surihani. Teruja la tue nak mengorat. Disebabkan hari nie Abang Nara terasa baik hati, Abang Nara akan sharekan kepada korang beberapa tips untuk mengetahui sama ada si awek tue sudah berpunya ke belum.

1. Gunakan Facebook untuk tengok status relation dia.

facebook

Yang nie khas untuk awek-awek yang korang kenal lah. Mana ada manusia kat Malaysia nie yang tak ada facebook. Contoh macam korang ada minat awek satu universiti, just search je nama dia kat Facebook. Tengok status dia tue. Kalau dah “married” korang jangan berani kacau plak. Kalau setakat “In a relationship” still boleh try nak riki-riki lagi. Kata jantan sejati.

2. Tengok kekerapan si awek memegang handphone di tangan

mobileinhand

Yang nie mata korang kena peka sikit. Orang bercinta nie selalunya tangan diorang asyik pegang tepon untuk sms je. Mata tengah dengar kuliah tapi tangan bergerak sepantas kilat membalas sms daripada pakwe tersayang. Kalau tangan dia 24 jam bergerak-gerak macam tengah balas sms, kompem 100% dah ada pakwe.

3. Intonasi suara ketika bercakap di handphone

talkingmobile

Si awek nie memang periang orangnya. Gelak kuat-kuat kalau borak ngan member. Tapi korang perhatikan intonasi suara dia bila dia angkat telefon. Kalau tetiba daripada suara bak halilintar bertukar menjadi suara Ayu OIAM, maknanya dia tengah borak tepon dengan pakwe dia la tue. Pastu bila letak tepon je terus suara bertukar jadi halilintar balik. Kepekaan telinga anda memang sangat penting ketika menggunakan teknik ini.

4. Tanya member si awek

awekmelayurmai

Orang pompuan kompem akan ada kawan diorang yang tersendiri. Orang kata ada kelompok member-member yang sama. Kalau nak tanya direct korang memang segan, jadi korang ushar dan pergi tanya member dia. At least tak adalah malu sangat. Dan yang paling best kalau si member tue pulak lepas tue tolong rikikan si awek untuk korang.

5. Jadi jantan sejati dan pergi tanya direct je

couple

Teknik yang nie memang paling kering. Keberkesanan dijamin 100%. Korang tarik nafas dalam-dalam pergi konfrontasi je terus ngan dia:-

Hi, saya minat ngan awak la. Awak dah berpunya ke belum?

100% dijamin dapat tau jawapan time tue jugak.

Tunggu apa lagi? Pergi try salah satu teknik kat atas tue sekarang jugak. Makin lambat korang makin tinggi la peratus awek yang korang minat tue akan ada pakwe.

Related Posts with Thumbnails