weddingdress

Tak sangka sambutan hangat telah diberikan untuk artikel Abang Nara yang bertajuk 5 Tanda Anda Sudah Wajib Kahwin. Disebabkan yang Abang Nara tulis tue lebih kepada tanda-tanda untuk lelaki, kali ini Abang Nara nak bawakkan tanda-tanda wajib kahwin untuk perempuan pulak.

Tanda-tanda ini diketahui setelah hasil pemerhatian Abang Nara terhadap awek yang tercinta. I love you sayang.

1. Semua member-member sekolah, opis dan jiran-jiran rumah anda dah pun berkahwin. Kadang-kadang bila korang keluar “girls day out” korang akan rasa tersisih sebab member-member lain sibuk cerita pasal anak-anak diorang dan kehebatan suami mereka di ranjang (nie tipu jer nie). Maka anda sedarlah yang bahawa diri anda itu sudah tua dan sudah kena kawin.

2. Mimpi-mimpi anda setiap malam dipenuhi dengan mimpi anda bersanding di atas pelamin. Siap ada bunyi kompang lagi tue. Kalau dah tahap kronik, kemungkinan besar anda siap bermimpi pengalaman di malam pertama. Nampak sangat dah tak sabar dah tue.

3. Anda akan singgah di kedai jual cincin ataupun kedai wedding dress setiap kali anda keluar shopping. Tak tahan siap berangan depan wedding dress sambil membayangkan betapa cunnya anda di dalam baju tue. Sampai tak sedar air liur dah keluar meleleh. Tunggu apa lagi silalah suruh pakwe anda masuk meminang hari ini jugak.

4. Anda dah start fikir nama yang bakal diberi kepada anak-anak anda. Kalau tahap kronik, siap ada list lagi senarai-senarai nama anak lelaki dan anak perempuan kat buku conteng anda. Paling teruk kalau time-time bosan anda akan surf internet carik nama anak-anak yang best dan meletop. Sila kawin dan buat anak secepat mungkin.

5. Pastikan anda perhati betul-betul renungan mata pakwe anda setiap kali anda keluar dating. Kalau renungan mata dia seolah-olah ingin membaham anda, faham-fahamlah maksudnya. Dia sudah tak sabar untuk bergelar suami anda. Cuma mungkin dia agak malu untuk meluahkan isi hati. Bagi sikit hint-hint yang anda sudah bersedia untuk bergelar isteri. Kami berani jamin minggu depan mak dia datang merisik anda. Kompem punya ~~

Related Posts with Thumbnails