Salam… artikel ini adalah kesinambungan kepada artikel ‘5 ciri-ciri lelaki yang dijauhi wanita – Part 1′ yang lepas. Kalau anda semua dah baca Part 1 tue, jom baca sambungannya di sini. Harap anda enjoy…!
1. Tak hormat wanita – antara peranan wanita yang terpenting di dunia adalah menjadi isteri dan ibu kepada insan yang bernama lelaki. Maka, seseorang wanita itu memang berhak untuk dihormati. Jangan sesekali menyakiti wanita baik dari segi fizikal ataupun emosi. Dah memang peranan lelaki untuk melindungi kaum wanita yang memiliki sikap yang lemah, tak gitu? Ya, dari segi fizikalnya, wanita memang agak lemah daripada lelaki, namun jangan terkejut jika ‘tangan yang disangka lembut itulah yang menghayun buaian, mengoncang dunia dan seterusnya mencipta sejarah’….
2. Terlalu ego – anda terlalu ego? Jangan begitu… kerana sikap ini sebenarnya hanya akan menjauhkan wanita daripada anda! Sikap ego boleh membawa banyak keburukan di dalam sesuatu hubungan. Ego dalam diri seorang lelaki itu boleh membuatkan sikap yang lemah lembut bertukar menjadi panas baran. Ego lelaki jugak biasanya menghalangnya daripada mengakui kebenaran kata-kata seorang wanita. Kalau boleh, kawallah sikit ego tu kerana wanita amat suka jika kekasihnya dapat mengalah dalam sesuatu perkara.
3. Penakut – bukankah seorang lelaki itu penyelamat atau hero kepada wanita? Oleh itu wanita perlukan seorang kekasih yang gagah yang dapat menjaga keselamatan serta melindungi dirinya. Tapi ‘gagah’ tu bukanlah beerti anda semua kena ada ‘6 packs’ di bahagian perut tue, cuma memadailah jika anda tahu serba sedikit bab-bab mempertahankan diri ker, ataupun doa-doa pelindung diri ker…:-)… Amalkan petua ini, berani kerana benar, takut kerana salah yer…. huhu

4. Pemarah – wanita tak suka lelaki yang suka marah-marah. Kalau nak marah pun, biarlah bertempat, tak gitu? Misalnya, kalau ko dapat tau isteri ko tengah berdating dengan lelaki lain, memang patut lah ko rasa marah. Tapi jangan pulak anda ‘ringan-ringankan’ tangan. Sebaliknya, ambil sikap bersabar. Mana tau kot-kot isteri pun cari lain sebab suaminya terlalu pemarah dan bengis… :-)

5. Sukakan lelaki – ehem-ehem… maksudnya ‘gay’ la nie:-) Ntah nape pada zaman sekarang nie, makin ramai pulak yang sukakan kaum sejenisnya. Mungkin terlalu ‘free minded’ ataupun terlalu terdedah dengan budaya Barat, betul tak? Yang pastinya, wanita boleh menganggap anda sebagai teman mereka, tetapi bukan sebagai teman lelaki ataupun bakal suami la.. Anyway, tak salah jika seorang lelaki itu suka pada kawan lelaki mereka – tapi setakat ‘suka’ in terms of friendship jer la… kalau selain daripada tue… mintak maaflah brader… ;-)

Padanlah wanita pada zaman ini sukar sekali untuk bertemu pasangan mereka, kan? Bagi lelaki di luar sana pulak, khususnya kepada mereka yang ada menyerupai ciri-ciri di atas, harap mengambil iktibar daripada apa yang nak disampaikan di atas, okey :-) Dan jangan ada yang terasa hati pulak kerana ini cumalah bacaan santai jer…
Pastikan anda mengunjungi laman kami kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!
