1. “Takpe la kalu camtu”
Fuhh..berhati-hatilah anda kalau mendengar ayat nie.. cuba tengok reaksi wajahnya camna, tersenyum ke tengah ‘muncung’? Kalau tersenyum tu – maknanya memang betul2 ‘takpelah’(fuhh lega:-))…tapi kalau sedikit muncung – MUNGKIN ada yang tak kena. Contohnya, mungkin jugak anda dah janji dengan si dia nak pegi shopping hari tu, tapi tup tup anda terpaksa cancel kerana nak tengok siaran Piala Dunia. Mestilah si dia berasa ‘geram’ dan terpaksa mengalah untuk mengelakkan pertengkaran. So, apa yang anda boleh buat ialah cuba ambil hatinya dengan mengatakan anda akan memberikan ‘bonus besar’ untuk si dia berbelanja pada sesi shopping yang akan datang… hoho … pasti senyuman akan terus terpampang pada wajah yang sebelumnya suram itu… :-)

2. “Saya dah hampir siap nie”
Huhu… biasa tak dengar ayat power nie dari wanita? Mengikut kelaziman, ayat nie akan diucapkan sejurus selepas anda mengajak pasangan anda untuk keluar ke mana-mana tempat:-) Dan kemudian akan bermulalah proses ‘bersiap’ bagi wanita. Satu yang korang kena tahu, jangan mencelah atau berkata apa-apa semasa proses ini berlaku kerana mungkin korang terpaksa tunggu lebih lama…! Sebaik-baiknya, berikan masa untuk si dia bersiap-siap dan tingkatkan kesabaran anda pada sepanjang masa:-) Sentiasa ingat yang wanita terpaksa prepare banyak bende sebelum keluar rumah (berbanding lelaki) misalnya gosok baju, pakai tudung, bersolek dll… so kaum lelaki kena paham2 la ye…huhu

3. “Oh, takde apa-apa la..”
Hmm…ini yang paling teruk sekali. Biasanya kalu wanita menggunakan ayat nie, ia “ada udang di sebalik mee…” huhu.. so berjaga-jagalah anda. Actually, ‘takde apa-apa’ bermaksud ‘ada something la tu’… mungkin si dia tengah marah (senyap-senyap) kat anda, atau anda terkata sesuatu yang membuatkan hatinya terasa ke. Wanita malas nak explain panjang2 sebab takut jadi pertengkaran yang hot pulak nanti, so they just say ‘takde apa2’ just to let the issue go like that. Tetapi apa yang perlu anda buat jika terdengar ungkapan itu ialah – lakukan perkara2 untuk menambat hatinya dengan kadar yang SEGERA…
4. “Mana satu baju yang patut saya beli yang, baju merah ke baju biru?” / “Abang rasa kasut tumit tinggi nie sesuai tak dengan saya? Ke saya patut beli sandal jer?” ….
Soalan-soalan di atas agak biasa ditanya apabila kamu keluar shopping bersama-sama, betul tak? Actually, peranan anda ialah untuk mengeluarkan pendapat dan membantu si dia membuat pilihan. Tapi, yang tak syoknya, kadang-kadang si dia tak mendengar atau tak ikut pun jawapan yang kita beri. Kalau kita kata A, dia pilih B:-) Ini mungkin kerana dia sudahpun ada pilihannya sendiri, tetapi saje je buat-buat tanya…huhu . So, apa yang patut anda buat jika berada di dalam situasi ini ialah, just berikan apa-apa jawapan kerana ia mungkin akan menjimatkan masa anda!
5. “Saya nampak gemuk ke?”
Wahai lelaki, nie adalah soalan ‘perangkap’!… dan anda sememangnya tau jawapan kepada soalan ini :-) If you don’t want the wrath of women to befall upon you, just reply with one short simple word – ‘No’. Ataupun macam nie: “Sayang tak gemuk la. Percayalah cakap abang nie, yang… takkan abang nak tipu kot..,”. Kalau takleh jawab macam tu, alternatifnya ialah try tukar kepada topik lain, atau tarik perhatian si dia terhadap perkara lain atau just berpura-pura pengsan…:-D – as long as you don’t have to answer that question:-) – p/s: gerenti boleh mengelakkan api kemarahan yang mungkin akan berlaku jika anda menjawab, “Ya,”… hehe

p/s: Buat makluman semua, artikel ini telah ditulis berdasarkan ‘reference‘ kepada satu artikel Inggeris yang telah menambat hati penulis. Kalau you all semua sudah terbaca versi inggerisnya, apakata layan versi b.Melayunya pulak yang sedikit sebanyak telah ditambah tokok oleh penulis sendiri…! Terima kasih….
Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!
ayat no 2 tu ” saye dah hampir nak siap ni”…dlm pengalaman saya, tunang saya yang mengambil masa yang lama untuk bersiap..rasenya lebih sejam..dan saye yang terpaksa menunggu lama..tak paham kenapa die harus mandi lebih dari sejam…bila bangun pada waktu yang sama, dan terus bersiap, saya yang siap dulu n terpaksa tunggu dia dtg..memang kalah pempuan kalau tunggu die bersiap.
[Balas Komen]
yg no. 1 tu sgt kena dgn sy tp tataulah pulak samada sy ckp tu dlm keadaan muncung atau sebaliknya. muncung jugak kut tp separuh senyum.. sbb malas nak gaduh. “takpelah kalo camtuh”.. hmm :)
[Balas Komen]
memeng btol pon..sume 2 ada sy wat hehe..tp tnag bj ngn ksot 2 x pnh kg :p
[Balas Komen]
hahaha.. entry ni mmg terbaik. mmg semuanya betul!
[Balas Komen]
semua yang di atas mmg ade kene mengena dgn saya. ;p. masa mule2 perhubungan, si dia mmg x fhm. bile dh lame2, dh tau ape yang nak dibuat selepas tu. cume yg pasal bersiap tu, xde la sampai sejam nk menunggu. kami bgn waktu yg sama before kuar, tp memandangkan perjalanan dr tempt si dia ke tmpat saya memakan masa 40 minit, jadi, ade extra time di c2. :).
[Balas Komen]
hehe memang cam tu lah especially ayat no 1. memang akan guna bila rasa ada apa apa leh tu. haha tp memang naluri perempuan x nak menyakiti pasangan je. and diorang ni memang tak paham. atau sesaja malas nak buat paham. aduhaii pun. dah boleh terima dah. terimalah seadannya asal dia memang sayang kita. insyallah.
[Balas Komen]