Jangan cuba tipu saya dengan menyatakan yang anda tak pernah tengok drama Korea. Saya tahu yang anda adalah salah seorang daripada berjuta-juta manusia yang membeli 10 kotak tisu Giant untuk buat stok masa layan drama Winter Sonata. Saya faham jiwa anda memang sentimental. Asal keluar part sedih je air mata akan meleleh. Asal heroin kena marah dengan hero je mata anda akan bengkak menangis.

Dan sebenarnya drama-drama, lagu-lagu dan filem-filem cinta Korea memang romantik. Ayat-ayat cinta mereka sememangnya mampu membuatkan hati anda berbunga seperti Taman Astakona. Silap-silap haribulan kalau anda menggunakan ayat jiwang Korea kepada awek anda semasa bercanda dalam telefon, esok pagi terus dia masuk meminang anda. Memang power ayat jiwang Korea nie.
Jadi disebabkan saya pernah belajar di Korea, izinkan saya berkongsi 5 ayat jiwang Korea yang mampu membuatkan hati para Chikaro cair seperti iceberg di Kutub Utara. Siap ada dengan situasi dia sekali:-
Situasi 1
Tangan anda memegang si chikaro dengan rapat. Pandang matanya dalam-dalam. Bawa tangannya ke dada anda yang berbulu sambil meluahkan ayat ini. Pastikan ayat ini dilafazkan dalam satu nafas untuk keberkesanan 100%:-
Saya tidak tahu siapa di dalam hati awak tetapi dalam hati saya ada awak.
Situasi 2
Usapkan tangan anda ke wajah si chikaro. Belai rambutnya, pegang telinga si chikaro, jentik manja hidungnya dan buat tanda senyap di mulutnya sambil meluahkan ayat di bawah dengan penuh jiwa:-
Saya tidak percaya cinta tanpa sebab. Saya boleh berikan 100 sebab kenapa saya cintakan awak. Bau awak, warna kulit awak, rambut awak, senyum awak..

Situasi 3
Semasa si chikaro ingin clash dengan anda dan sudah bersiap sedia untuk pergi meninggalkan anda selamanya. Pegang erat jari lembut si dia, tarik dia ke dada anda, dongakkan mukannya, pandang matanya dalam-dalam dan ungkapkan ayat ini. Pasti dia tak akan jadi nak clash dengan anda.
Jangan pergi dari saya. Sampai akhir masa saya akan cuba memenangi hati awak, sehingga akhir hayat saya. Ketika itu jika kamu ingin pergi dari saya, pergilah.
Situasi 4
Jika anda seorang lelaki yang ego dan mahu mengconfess cinta kepada si dia, boleh gunakan ayat di bawah ini. Untuk kesan yang lebih umpphh, bawak sekuntum bunga ros merah supaya dia terus dengan rela menjadi awek anda.
Saya telah menipu. Menipu mengatakan saya benci awak ada di sisi saya.

Situasi 5
Si chikaro yang anda idam-idamkan selama ini telah menjadi awek kepada seorang jantan lain. Disebabkan jantan tue tak hensem seperti anda, anda bertekad untuk mengorat dia. Gunakan ayat di bawah. Untuk efek yang lebih mendalam, pastikan anda mengopek bawang untuk mengeluarkan titisan air mata jantan anda semasa meluahkan ayat ini.
Saya tahu dalam hati awak tidak ada saya, tetapi kenapa hati saya terlalu sakit?
Saya tidak terlibat dan tidak akan bertanggungjawap sekiranya anda atau si chikaro anda muntah tidak henti-henti selama 7 hari selepas anda mengapplikasikan salah satu ayat cinta Korea di atas. Hahaha.
isk2…..isk…berdosa lah pegang2 bukan muhrim….insaflah…..
[Balas Komen]
azimy Reply:
April 30th, 2010 at 3:11 pm
cm 2 chrther jer bdk 2
[Balas Komen]
Bad GurL Reply:
August 11th, 2011 at 4:32 pm
biar betul…….
[Balas Komen]
igtkn nk kc dlm bhs korea.. weee ;p
[Balas Komen]
balqis,syarif Reply:
June 27th, 2012 at 6:24 pm
2 laa,,,,
[Balas Komen]
romantiknyerr… tp geli la tekak ni..
sy la slh sorg dr mangsa yg akan temuntah selama 7 hr itu… ha2…
[Balas Komen]
azimy Reply:
April 30th, 2010 at 3:12 pm
haaaa!!!!!!!!!!
kntoi,,
ank sape 2??
hehee
[Balas Komen]
jue Reply:
April 30th, 2010 at 3:39 pm
ha2.. termuntah bkn sbb bt benda xelok, tp sbb ayat2 tu.. xbole terima la klu bf sy guna ayat tu, geli & poyos jerr.. ha2..
[Balas Komen]
shieora sizuka Reply:
August 18th, 2011 at 12:34 pm
mak ai cm ntah ape2 je r ko ni pmpuan
haha..mmg power ayat cinta korea..sy alami masalah dah break 2 thn tp masih berkawan dgn ex-bf.kdg2 keluar pergi tgk movie~kdg sy jemput dia, kdg dia jemput sy…nak lepaskan dia tak sanggup, akhirnya ckp sy takde perasaan pd dia lg sbb dia kata sy hanya kawan je selepas kitorg break~complicated sungguh..
[Balas Komen]
azimy Reply:
April 30th, 2010 at 3:12 pm
ad prsaan lg ar 2
[Balas Komen]
anis Reply:
May 3rd, 2010 at 8:21 pm
skrg dah takde perasaan lagi dah…
anyway i start dating again with another person
penatnya!!!
[Balas Komen]
balqis,syarif Reply:
June 27th, 2012 at 6:38 pm
mngapa kau x mmblas cntaku mngapa engkau abaikn rasaku…….
erm, saya rasa pakwe saya takkan uat camtu.. walaupun dia sangat2 c00l orangnya, tapi dia tidak terlalu r0mantik.. kalau dia uat camtu k0npem saya akan ajak dia kawen segera..hehehe..
[Balas Komen]
azimy Reply:
April 30th, 2010 at 3:13 pm
wahhh!!!!!!
nsb bek la pkwe awk xjhat
law jaht xtaw la ap jd kt awk ble c dia bg ayt nie
hehee….
[Balas Komen]
hihi.
salah satu tips kat atas nih..
pernah di buat oleh bf shara :)
sweet sgt !
[Balas Komen]
wah……
so romantik..
[Balas Komen]
ermm sweet giler ….meleleh
[Balas Komen]
beet2
sume2 ayat pOwEr gilerz
caiyOk2
:)
[Balas Komen]
xpenah pun pakwe sy wk mcm t.. kn best kalu di wk mcm t
[Balas Komen]
kalu pakwe i mcm t kn best
[Balas Komen]
abg nara..mohon curik ek entri ni..hee
[Balas Komen]
best nye kalao dapat ayat-ayat macam tu dari pakwe i
[Balas Komen]
Haha..bgus jugak..ni aku nk test kt bkal gf aku..pasti cair punyer..
–
Via MebApp.com
[Balas Komen]
layan lah…..
[Balas Komen]
mcm janggal je nk guna ayat2 ni keh3
[Balas Komen]