putrajaya-international-convention-center

PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC)

Kami rasa anda akan rugi jika tidak mengambil peluang ini untuk menghadirkan diri ke Pameran Pengantin yang bakal dianjurkan oleh Urban Vibe Event. Ini adalah kerana mereka telah bertungkus lumus untuk menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik serta hadiah hadiah yang hebat untuk pengunjung yang hadir.

Oleh kerana itu, kami di SetelKahwin akan membantu anda untuk menguruskan perjalanan anda untuk menghadirkan diri ke Pameran Pengantin ini.

1) Bawa pengangkutan sendiri

PICC terletak lebih kurang 25-30 minit dari KLIA Sepang. Anda boleh menggunakan MAJU Expressway, PLUS Highway, Elite Highway atau LDP Highway untuk ke PICC.

2) Keretapi

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan KLIA Express Rail Link dari KL Sentral untuk perjalanan yang lebih pantas dan selesa .

Anda juga tidak perlu bimbang jika tak sempat untuk menaiki Express Rail Link kerana perkhidmatan disediakan setiap 30 minit.

Bagi mereka yang tinggal di Bandar Tun Razak, Putrajaya/Cyberjaya dan Salak Tinggi, anda tidak perlu pergi ke KL Sentral untuk mengguna perkhidmatan ini. KLIA ERL akan melakukan hentian di stesen-stesen di atas.

Pengunjung boleh membeli tiket di kaunter atau mesin tiket pada harga yang telah ditetapkan.

KLIA – Putrajaya (13 minit)

Dewasa: RM6.20

Kanak2: RM3.00

KL Sentral – Putrajaya (17 minit)

Dewasa: RM9.50

Kanak2: RM4.50

*Harga tiket adalah untuk perjalanan satu hala sahaja.

3) Bas

Anda juga boleh menggunakan bas awam untuk ke PICC. Cari sahaja signboard Rapid KL dan Nadiputra. Anda boleh menaiki bas ini dari stesen-stesen bas utama yang terletak di Bandar Utama, Serdang, Puchong dan Cyberjaya. Bas-bas ini akan membuat hentian terakhir di Putrajaya Sentral.

4) Teksi

Anda boleh mengambil teksi dari Putrajaya Sentral untuk ke PICC. Anda dinasihatkan untuk membeli tiket kupon RM15 (perjalanan satu hal ke PICC) terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada membayar ‘extra’.

PETA UNTUK KE PICC

picc

Related Posts with Thumbnails