Archive for May, 2011

1.    “Takpe la kalu camtu”

Fuhh..berhati-hatilah anda kalau mendengar ayat nie.. cuba tengok reaksi wajahnya camna, tersenyum ke tengah ‘muncung’? Kalau tersenyum tu – maknanya memang betul2 ‘takpelah’(fuhh lega:-))…tapi kalau sedikit muncung – MUNGKIN ada yang tak kena. Contohnya, mungkin jugak anda dah janji dengan si dia nak pegi shopping hari tu, tapi tup tup anda terpaksa cancel kerana nak tengok siaran Piala Dunia. Mestilah si dia berasa ‘geram’ dan terpaksa mengalah untuk mengelakkan pertengkaran. So, apa yang anda boleh buat ialah cuba ambil hatinya dengan mengatakan anda akan memberikan ‘bonus besar’ untuk si dia berbelanja pada sesi shopping yang akan datang… hoho … pasti senyuman akan terus terpampang pada wajah yang sebelumnya suram itu… :-)

sad
2.    “Saya dah hampir siap nie”
Huhu… biasa tak dengar ayat power nie dari wanita? Mengikut kelaziman, ayat nie akan diucapkan sejurus selepas anda mengajak pasangan anda untuk keluar ke mana-mana tempat:-) Dan kemudian akan bermulalah proses ‘bersiap’ bagi wanita. Satu yang korang kena tahu, jangan mencelah atau berkata apa-apa semasa proses ini berlaku kerana mungkin korang terpaksa tunggu lebih lama…! Sebaik-baiknya, berikan masa untuk si dia bersiap-siap dan tingkatkan kesabaran anda pada sepanjang masa:-) Sentiasa ingat yang wanita terpaksa prepare banyak bende sebelum keluar rumah (berbanding lelaki) misalnya gosok baju, pakai tudung, bersolek  dll…  so kaum lelaki kena paham2 la ye…huhu

berdandan
3.    “Oh, takde apa-apa la..” Read More→

5 ‘ayat’ wanita ingin dengar untuk Jatuh Cinta!

Tuesday, May 3rd, 2011

“Wanita jatuh cinta dengan menggunakan telinganya, manakala lelaki pulak jatuh cinta melalui matanya!”… hmm.. betul ke? Sebenarnya apa yang dimaksudkan oleh ayat di atas ialah wanita sukakan jejaka yang sering menuturkan kata-kata pujian untuk mereka manakala kaum lelaki pulak akan tertarik pada seseorang wanita itu pada penampilan diri mereka. Wahai jejaka, jika semasa bercinta anda sentiasa mengucapkan kata-kata yang indah, ia tak bermakna lepas kahwin nanti ‘tugas’ anda berhenti di situ. Sebaliknya, bermula dari alam perkahwinan inilah, tugas anda menjadi bertambah ‘berat’ demi memastikan rumahtangga anda bahagia hingga ke akhir hayat. Jika you all inginkan tips untuk membuatkan teman wanita/isteri anda jatuh cinta pada anda sekali lagi, hafallah 5 perkataan di bawah yang amat suka didengar oleh kaum wanita:

1. “Awak sangat cantik”

Regardless of any shape your women might be, e.g., slim, round, chubby, pear-shaped etc. they still deserve to receive compliments from their loved ones. Sebenarnya lelaki harus tahu yang wanita memang suka sangat2 jika dipuji pasal kecantikan mereka (take note: inner and outer beauty tau)). Jika masa bercinta bagai nak rak dulu, anda sering memuji kecantikan si dia, lepas dah kawin, janganlah lokek pulak untuk memberikan kata-kata manis atau pujian-pujian untuk si isteri. Sebenarnya setiap isteri memang menunggu-nunggu kata pujian dari mulut suami mereka. Jika si isteri bertanya, “Muka saya nampak berkedut ke bang?” Jangan plak ko mengiyakannya kerana itu soalan tipu muslihat jer tue… So, jawapannya yang sesuai ialah, “Muka sayang mana dimamah usia, dari dulu sampai sekarang maintain cantekkk….” (or something like that la…huhu)

Saya cantek tak..?

2. “Saya dengar”

Hmm… rasanya ini memang bukan kepakaran lelaki..setuju tak? Mana taknya, masa wanita ingin memberitahu sesuatu, masa itu jugaklah anda sedang menonton TV  atau mendengar radio atau melakukan kerja-kerja lain. Camne  Read More→

Related Posts with Thumbnails