Alhamdulillah baru berumur 1 tahun, SetelKahwin.com mula berasa bangga dengan langkah awal kejayaan sehingga hari ini. Dengan membawa tagline “Dah Setel Belum?”, SetelKahwin melalui applikasi KIBA(Kahwin Ikut Bajet Aku) telah membantu beratus-ratus vendor untuk mendapatkan pelanggan. Jumlah transaksi antara vendor dan bakal pengantin yang menggunakan KIBA telah melebihi RM1 juta. Satu angka yang cukup membanggakan untuk tempoh 6 bulan sejak KIBA dilancarkan.

first_birthday

Di awal kelahiran SetelKahwin, sukar bagi kami untuk mendapatkan perhatian. Namun segalanya berubah apabila rancangan Wanita Hari Ini TV3 sudi memberikan sedikit ruang untuk mempromosikan laman web SetelKahwin. Sejak itu, nama SetelKahwin mula menitip di bibir-bibir mereka yang terlibat dengan industri perkahwinan. Terima kasih TV3 kerana sudi memberikan kami peluang keemasan.

Berlangkah dari situ, SetelKahwin mula mengembangkan sayap dan kini telah menjadi penggerak utama media online kepada lebih daripada 3 festival pengantin. Untuk tahun 2011, SetelKahwin dengan kerjasama Dirich Vision bakal menganjurkan Festival Pengantin yang terbesar di Malaysia pada bulan March 2011. Maklumat lanjut mengenai festival pengantin ini boleh dirujuk melalui laman web SetelKahwin dan FestivalPengantin.

Dan baru-baru ini, dengan kerjasama bersama Dirich Vision, SetelKahwin telah menjadi salah satu penggerak utama media online untuk majlis resepsi perkahwinan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah di Mines Wellness Hotel Resort. Tapi yang pastinya, majlis resepsi gilang gemilang untuk pasangan selebriti ini tidak akan berjaya jika tidak mendapat tajaan daripada rakan-rakan penaja di bawah:-

Hotel Rasmi – Mines Wellness Resort Hotel
Majalah Rasmi- Stailista
Foto dan Video Rasmi- Krulmatric
Andaman -Butik Nurjuma
Pakaian Bersanding – Nazreen Idris
Kanopi – Miracle Ideas
Kad Jemputan – Kad Lestari
Pakaian Potong Kek-Ruzman Ruzaimi

Syukur kerana majlis untuk Zaquan dan Ayu berjalan dengan lancar, dan melihat keindahan pasangan romantic yang diijabkabulkan, memberikan harapan baru untuk tahun 2011 yang bakal menjanjikan seribu satu kejayaan buat kami di SetelKahwin.

Lebih manis buat SetelKahwin ialah sambutan kejayaan tahun pertama kami yang dikongsi bersama ayahanda Hashim, selama ini telah memberi dorongan dan semangat. Tahun kelahiran yang dikongsi dijadikan amanat untuk meraikan kejayaan dalam hidup bersama, insyaallah.

Dan semuanya ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa sokongan padu daripada anda semua.

Kami di SetelKahwin dengan rendah hati ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan padu anda semua selama ini.
Semoga tahun 2011 ini akan menjadi satu titik tolak ke arah kejayaan yang lebih besar buat kami di SetelKahwin.

Related Posts with Thumbnails