Layout Image
  • Home
  • Koleksi Artikel
  • Tentang Kami
  • Ke Laman Utama SetelKahwin
  • Hubungi Kami

Archive for July, 2010

Karnival Pengantin Kuala Lumpur 2010

Posted by: Mdm Cupid | Comments (0)
Monday, July 19th, 2010

Alhamdulillah… setelah beberapa bulan bertungkus-lumus menjayakan laman web SetelKahwin, kami kini telah menjadi rakan kongsi utama (main official partner) untuk Orange Vision Resources sempena menjayakan Karnival Pengantin KL 2010.

karnival pengantin

Buat makluman semua, pada 30hb Julai – 1 Ogos 2010 (hari Sabtu & Ahad), suatu Karnival Pengantin akan diadakan bertempat di Kompleks Membeli Belah AEON AU2, Taman Setiawangsa. Karnival yang dianjurkan oleh Orange Vision Resources ini akan mengumpulkan sejumlah ‘vendor-vendor’ perkahwinan yang berpengalaman di dalam bidang mereka dan akan dihadiri oleh kebanyakan bakal-bakal pengantin yang sentiasa tercari-cari penjimatan dalam melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Untuk memikat hati pengunjung, pelbagai diskaun-diskaun premium yang menarik akan ditawarkan untuk mana-mana tempahan yang dilakukan pada 2 hari tersebut.

Pameran pengantin ini adalah merupakan acara yang bagus untuk menarik perhatian orang ramai menerusi promosi-promosi yang berpatutan. Selain itu, ianya juga merupakan cara terbaik untuk mempromosi khidmat-khidmat yang disediakan oleh penyedia khidmat perkahwinan. Dengan diskaun-diskaun serta pakej istimewa yang ditawarkan pada hari tersebut, ianya akan memikat lebih ramai pengunjung ke karnival tersebut bagi merebut pelbagai peluang yang ada kerana ia akan memberi mereka lebih penjimatan.

Untuk pengetahuan semua, kompleks membeli belah AEON AU2 terletak di kawasan yang sangat strategik dan berdekatan dengan Wangsa Maju, Keramat dan Ulu Kelang. Karnival pengantin ini akan bertempat di Ground Floor kompleks tersebut, berdekatan dengan KFC dan Canyon Black Coffee. Kawasan yang luas ini akan menempatkan sekitar 30 ‘booth’ pempamer. Antara pihak-pihak yang terlibat dalam karnival ini ialah mereka yang berpengalaman dalam perancangan perkahwinan, fotografi/videografi, katering dan kad jemputan kahwin.

jusco aeon au2

Karnival pengantin ini sudah tentunya akan memberi faedah yang besar kepada penyedia khidmat perkahwinan dan bakal-bakal pengantin. Secara tidak langsung, diskaun-diskaun dan hadiah-hadiah yang ditawarkan akan menarik lebih ramai bakal pengantin untuk mendapatkan khidmat penyedia perkahwinan yang bersesuaian dengan mereka.

Apa yang menyeronokkan ialah karnival ini akan lebih dimeriahkan dengan acara-acara menarik seperti Demonstrasi Solekan Pengantin, Perarakan Pengantin, Majlis Tepung Tawar, Cabutan Bertuah, Demonstrasi Gubahan Bunga dan Pertunjukan Busana Pengantin. Jangan lepaskan peluang keemasan ini dan tandakan 30hb dan 1 Ogos di dalam kalendar anda supaya anda tidak akan terlepas peluang untuk menghadiri acara yang bakal meletup ini…!

Terima Kasih.

Categories : Kahwin, Merancang Majlis Perkahwinan, SetelKahwin
Comments (0)

Promo eksklusif dari Artchetak khas untuk pengguna SetelKahwin

Posted by: The Editor | Comments (0)
Thursday, July 8th, 2010

promo

Categories : Advertorial, Kahwin, Merancang Majlis Perkahwinan
Comments (0)

SetelKahwin masuk suratkhabar mStar!

Posted by: Mdm Cupid | Comments (0)
Monday, July 5th, 2010

Salam,

Alhamdullillah, kami dimurahkan rezeki sekali lagi.

Tidak berapa lama dahulu, Setelkahwin telah diberi peluang untuk muncul di kaca tv menerusi rancangan ‘Wanita Hari Ini’ di TV3.  Semalam pula, cerita Setelkahwin telah terpampang di dalam akhbar mStar!

Terima kasih kepada semua yang telah memberi kami sokongan padu walaupun laman web kami masih menghadapi beberapa masalah teknikal. Al maklumlah, masih baru lagi katakan…. :-) Namun, kami amat menghargai semua buah fikiran atau pandangan dari anda dan teruslah memberi sokongan kepada kami agar terus maju…

Untuk perancangan akan datang, kami berharap agar cerita Setelkahwin akan mendapat lebih banyak pendedahan di pelbagai media massa. Team kami sentiasa memikirkan idea-idea atau ‘feature’ baru yang dapat membantu semua ahli Setelkahwin… oleh itu kami berharap agar anda semua terus setia memberikan sokongan dan turut menghebahkan kami kepada semua kenalan anda…!

Terima kasih semua.

Team Setelkahwin
mStar

Related Posts with Thumbnails
Categories : Kahwin, Media, SetelKahwin
Comments (0)
« Previous Page

Ke Laman Utama

www.setelkahwin.com

Jadi Fan Kami

setelkahwin.com on Facebook

Promote Sambil Berkongsi Tips :)

Adakah you all terlibat dalam industri khidmat perkahwinan? Apa kata you promote bisnes you all dengan memberi tips dan memberi komen pada mana-mana post yang berkaitan dengan perkhidmatan you all sambil meletakkan link ke blog/site anda.

Dan jangan lupa jugak untuk mempromosikan kami kepada rakan2 anda di facebook okey :)

Artikel Terbaru

  • 4 cara untuk ke Pameran Pengantin UrbanVibe di PICC
  • Pameran Pengantin Malaysia Bersama Urban Vibe Event Di PICC 8-10 Julai Ini
  • 5 ayat yang biasa diucapkan wanita…dan inilah maksud sebenarnya…
  • 5 ‘ayat’ wanita ingin dengar untuk Jatuh Cinta!
  • Apakah faedah-faedah urutan terapi payudara?

Komen Terbaru

  • 20 Tips Jimat Kurangkan Bajet Perkahwinan | Blog Persediaan Perkahwinan on 20 tips jimat untuk kurangkan bajet perkahwinan
  • liza on 8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin
  • liza on 8 Sebab kenapa wanita tak kahwin kahwin
  • jijah on Barang hantaran untuk majlis pertunangan
  • aida on Cinta Dua Agama

Topik Hangat

  • Adat Perkahwinan
  • Advertorial
  • awek melayu
  • Bajet Perkahwinan
  • Cerita Cinta
  • Contest
  • Hal Ehwal Rumahtangga
  • Hantaran Perkahwinan
  • Ibu Bapa
  • Kahwin
  • Keluarga
  • Kesihatan
  • Lawak
  • Lelaki
  • Media
  • Merancang Majlis Perkahwinan
  • Petua Kecantikan
  • SetelKahwin
  • Tips Bercinta
  • Tips Cari Pasangan
  • Tips Diet
  • Tips malam pertama
  • Tips Romantik di Ranjang
  • Tips Suami Isteri
  • Wanita

Koleksi Artikel

  • July 2011
  • May 2011
  • April 2011
  • February 2011
  • January 2011
  • December 2010
  • November 2010
  • October 2010
  • July 2010
  • June 2010
  • May 2010
  • April 2010
  • March 2010
  • February 2010
Setel Kahwin | Politik Cinta Adalah Suatu Realiti Perkahwinan
Copyright © 2012 All Rights Reserved
www.setelkahwin.com