Archive for March, 2010

Cinta tak akan padam selama-lamanya…

Wednesday, March 31st, 2010

Apabila ditinggalkan oleh insan tersayang, kita akan berasa amat sunyi dan ‘kosong’. Memang agak sukar untuk kita menghadapi saat-saat ini. Apa yang tinggal hanyalah kenangan gembira dan sedih yang akan terus berlegar-legar di fikiran di saat kita kesunyian.

Apabila insan tersayang meninggalkan kita, jangan salahkan diri sendiri kerana yang pastinya kita bukanlah penyebab ianya berlaku. Ia adalah disebabkan suatu keputusan yang dibuat oleh seseorang dan ia adalah takdir Ilahi. Sebaliknya, anda patut berasa gembira kerana sekurang-kurangnya anda mendapat peluang untuk mengenali insan itu sebaik-baiknya. Bersyukurlah untuk kenangan tersebut. Simpan kenangan itu selama-lamanya dan jadikan ia sebagai panduan untuk melindungi anda daripada terjebak kembali ke dalam masalah yang sama.

sedih dan keciwa...

Setiap orang akan mengalami kesedihan, kekecewaan dan kesakitan.. bukan sekali… malah untuk beberapa kali. Tiada sesuatupun di dalam dunia ini yang kekal. Bumi akan terus berpusing dan kita juga begitu. Kita akan terus berubah, dan tiada apa yang akan kekal sama. Kehilangan seseorang yang disayangi adalah amat menyedihkan dan menyakitkan – tapi tariklah nafas dalam-dalam dan jadikan Read More→

Categories : Cerita Cinta, Kahwin
Comments (0)

10 tips percuma untuk mencantikkan diri

Tuesday, March 30th, 2010

Dengan mudah sekali you all boleh dapatkan rupa dan keyakinan bahawa diri anda cantik bermula dari hari ini jugak. Ikut saja tips-tips yang disenaraikan di bawah ini:-

1.  Senyumlah…  ia pasti akan menceriakan hari anda serta mereka di sekeliling setelah merasai semangat anda

Cantiknya senyuman jejaka Korea nie...:-D

2.  Lakukan regangan… malah kucing pun tahu bahawa regangan badan secara keseluruhan boleh memberi kesan yang menakjubkan. Kalau kucing pun boleh buat apa salahnya kita buat jugak kan? So, bangkitlah dari katil dengan perlahan dan regangkan badan anda dengan lembut. (Untuk mengetahui lebih banyak tips tentang cara melakukan regangan, ada buku bagus yang patut digunakan sebagai panduan: AM/ PM Stretch for Health.)

Regangan cat-style...!

3. Bersenamlah… sekurang-kurangnya ambil masa 20 minit untuk melakukan apa-apa aktiviti secara berterusan kerana ia akan Read More→

Comments (1)

Petua Tawan Hati Isteri

Monday, March 29th, 2010

Ingat tak artikel Petua Tawan Hati Suami yang lepas? Terima kasih kepada anda semua kerana telah memberi komen-komen yang membina untuk artikel tersebut. Tapi, takkan hati suami jer yang kena tawan, kan? Camne pulak dengan hati isteri tersayang? Oleh kerana sesetengah pembaca mahukan versi wanita pulak, so penulis telah fikirkan 10 petua yang boleh dipraktikkan oleh kaum lelaki untuk menawan hati isteri mereka. So, read on and enjoy…….!

1.  Ajak isteri berjalan-jalan – apakata anda cari masa di waktu hujung minggu untuk membawa isteri berjalan-jalan atau bersiar-siar ke tempat yang dia tak pernah pegi. Tak semestinya kena pi ke pusat-pusat peranginan (boleh kalau nak bawak pun tapi kena ada bajet yg kaw-kaw la:-)) tapi memadailah kalau anda just bawa isteri tersayang ke Genting Highlands ke, ataupun Nilai 3, atau just pegi berjalan-jalan tepi pantai ker.. :-). Bak kata orang, ko bawak je la dia ke mana-mana dia nak pi…asal dia suka dan boleh enjoy..

waa....bestnyer amek angin tepi pantai!

2.  Masak untuk si dia – you all tau tak yang semua isteri sangat suka kalau si suami dapat meluangkan masa untuk memasak untuknya. Jangan silap faham pulak, bukan nak suruh suami yang penat2 balik kije terus masak. Memadailah kalau korang rajin-rajinkan diri di dapur misalnya pada hari hujung minggu, atau buat special dinner treat untuk meraikan hari ulangtahun perkahwinan dsb. Walaupun sesetengah daripada kaum lelaki tak reti atau tak suka memasak, tapi kalau korang berusaha jugak untuk memasak demi wanita yang dicintai, mereka pasti berasa terharu dan kagum dengan usaha anda…!

3.  Bisikkan kata-kata cinta – isteri sebenarnya sangat suka mendengar suaminya mengucapkan kata-kata sayang dan cinta padanya. Some women juga mudah berasa ghairah Read More→

Comments (2)

Terima dia seadanya…

Friday, March 26th, 2010

Hari nie penulis nak bercerita sikit. Cerita pasal kisah rumahtangga ‘kawan’ penulis. Dia tak kisah untuk berkongsi ceritanya dengan you all semua…asal guna nama samaran laa…. :-) Okeyla, citer dia bermula macam nie…

Siti dan Aiman telah berkawan rapat selama beberapa tahun. Kemudian tercetuslah bibit2 cinta dan kasih sayang yang amat mendalam dalam diri mereka berdua. Tak lama kemudian, setelah bajet dah cukup, mereka pun mendirikan rumah tangga. Harapkan hujan hanya di tengah hari, rupanya sampai berminggu-minggu hujan turun :-) Entah mengapa, pada awal usia perkahwinan mereka, asyik berlaku pertelagahan dan pergaduhan.

Siti nie amat sensitive dan emosional orangnya … manakala si Aiman pulak jenis yang tak banyak bersuara dan tak suka ambil tahu hal2 yang remeh temeh. Satu lagi, sentiasa wujud miscommunications di antara mereka berdua sehinggakan pada suatu tahap Siti menganggap suaminya jenis orang yang takde perasaan langsung… gara-gara si Aiman yang tak pernah nak memujuk rayu apabila isterinya merajuk.  Sebenarnya merajuk tue hanyalah Read More→

Maksud tersirat di sebalik Sirih Junjung

Thursday, March 25th, 2010

Cantekknya gubahan sirih nie...!

Biasanya, kalau kita pergi ke mana-mana majlis perkahwinan ataupun pertunangan, mata kita pasti akan manatap susunan barang-barang hantaran perkahwinan yang tersusun indah daripada kedua-dua belah pihak pengantin lelaki dan perempuan. Dan kalau kita perasan, barang hantaran yang biasanya terletak di depan sekali ialah sirih junjung. So, hari nie kita akan kupas serba sedikit mengenai sirih junjung dan kenapa ia biasanya dijadikan sebagai ‘penghulu’ atau ‘kepala’ hantaran, sementara barang-barang yang lain dianggap sebagai ‘pengiring’ hantaran.

Gubahan sirih

Mengikut tradisi atau adat resam Melayu, sirih junjung nie adalah perkara yang wajib di dalam setiap majlis pertunangan atau perkahwinan. Selain menjadi penyeri dan pelengkap majlis, ia juga membawa maksud tersirat iaitu Read More→

Related Posts with Thumbnails