
Hari ini penulis ingin membincangkan serba sedikit tentang RAMBUT. Ah haa… siapa yang rasa susah sangat nak jaga rambut, angkat tangan!..:-) Sebenarnya, semua wanita ingin memiliki rambut yang cantik, sihat dan bersinar, betul tak? Lebih-lebih lagi menjelang majlis perkahwinan you all sendiri! Untuk mereka yang tak bertudung, korang mungkin inginkan rambut yang tiada cacat celanya semasa bersanding di atas singggahsana nanti, manakala untuk yang bertudung pulak, korang mestilah berdebar-debar tatkala suami menatap rambut anda buat kali pertamanya nanti!
Takleh dinafikan bahawa rambut adalah mahkota wanita. Kita digalakkan untuk menjaga serta menguruskan rambut dengan baik bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku pada rambut dan kulit kepala. Oleh itu, lebih kurang dalam sebulan sebelum majlis perkahwinan berlangsung, anda digalakkan untuk membuat rawatan atau treatment rambut. Tetapi kos rawatan rambut agak mahal sebenarnya. Jika ingin menjimatkan wang, apa kata you all try simple tips di bawah ini yang boleh dilakukan sendiri di rumah:
1. Sebaik-baiknya semasa menyikat rambut, gunakan sikat bergigi jarang untuk mengelakkan keguguran rambut yang banyak

2. Selain syampu, gunakan perapi (conditioner) supaya rambut mudah diurus dan senang disikat. Tapi jgn sapu perapi pada kulit kepala pulak kerana ia akan menyebabkannya berminyak
3. Gunakan pelembap di dalam syampu atau pelembap semulajadi seperti pati santan. Selain itu amalkan meminum air masak secukupnya dan memakan buah-buahan yang banyak
4. Jangan menyikat rambut ketika basah. Sebaik-baiknya tunggu lebih kurang 10-15 minit selepas mandi. Memadailah dengan hanya menyisir rambut dengan lembut dulu menggunakan jari-jemari
5. Elakkan stress kerana stress yang berlebihan boleh mendatangkan keburukan pada rambut seperti menyebabkan rambut mudah rosak atau putus. Anda boleh mengelakkan stress dengan malakukan aktiviti senaman secara berkala

6. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran
7. Elakkan daripada mengerintingkan atau meluruskan rambut dengan kerap kerana ia boleh menyebabkan rambut rosak dan mudah gugur
8. Gunakan syampu yang kaya dengan kolagen, protein dan lipid jika rambut anda kering
9. Elakkan daripada mewarna, ‘rebonding’ atau ‘perm’ rambut anda kerana ia boleh menyebabkan rambut asli anda rosak jika tak dilakukan secara profesional

10. Potong atau ‘trim’ rambut kira-kira 2 bulan sekali untuk mengelakkan hujung rambut bercabang
11. Menukar style rambut dengan kerap juga boleh menyebabkan rambut kering dan cepat rosak
12. Mendedahkan rambut pada sinaran matahari, air kolam renang dan air laut dengan kerap boleh meningkatkan risiko rambut rosak
13. Jangan terus memakai tudung jika rambut basah kerana ia mungkin menyebabkan rambut ‘berbuah’. Sebaliknya biarkan ia kering seketika
14. Untuk menguatkan dan melebatkan rambut, amalkan menyapu pati santan kelapa (seelok-eloknya guna kelapa tua) pada kulit kepala dan biarkan ia selama setengah jam. Sebaik-baiknya amalkan petua ini seminggu sekali
Harap anda mendapat faedah daripada artikel di atas. Jangan lupa untuk ikuti tips seterusnya iaitu menjaga rambut melalui pemakanan & merawat rambut secara semulajadi… Stay tune to setelkahwin!
Pastikan anda mengunjungi laman kami, www.setelkahwin.com untuk membantu di dalam perancangan majlis perkahwinan anda. Jangan lupa juga untuk mendaftar sebagai Member/Vendor bagi mendapatkan info-info terperinci tentang urusan yang berkaitan dengan hal ehwal perkahwinan. Dan jangan lepaskan peluang untuk menyemak senarai direktori perkahwinan kami yang telah mencecah lebih daripada 3500 penyedia-penyedia khidmat perkahwinan di seluruh Malaysia…!
