You all dah habis baca artikel Part 1 yang lepas? Tu baru 10 tips. Sekarang nie penulis berikan 10 lagi tips untuk anda berjimat demi mengumpul ‘dana’ untuk perkahwinan anda kelak…:-) So, happy reading….
1. Masak sendiri – elakkan makan di luar kerana selain ianya tak elok untuk kesihatan anda, anda juga akan dapat melakukan penjimatan yang besar! Maklumlah sekarang nie, semua benda dah naik harga.. terutamanya makanan!

2. Smart shopping atau e-shopping – hah… sekarang kalau you all nak shopping, tak yah keluar rumah dah. Duduk jer mengadap PC di rumah dan dengan sekali klik jer, anda dah boleh beli macam2 jenis barang. Inilah yang dipanggil electronic shopping.. :-) Faedahnya – mengelakkan anda daripada rambang mata dan membeli barang2 yang tak perlu apabila keluar shopping.. Gerenti boleh jimat duit dan jimat minyak!
3. Jangan berhabis utk beli DVD/ VCD / MP3 / CD – bagi sesiapa yang gemar menonton movie, mendengar lagu, bermain game atau apa-apa saja yang seangkatan dengannya, cuba tahan diri korang daripada membeli bende2 nie semua… maklumlah kalau dah jadi ‘addicted’ kepada bende2 nie memang susah nak kawal nanti… :-)

4. Jual barang-barang terpakai – kalau kat rumah anda ada banyak barang-barang yang dah tak digunakan, tetapi masih lagi berkeadaan elok, apa kata you all jual jer barang2 tue. Korang boleh jual kat kedai2 secondhand ker ataupun jual melalui online.. Selain ebay, lelong.com dan mudah.com.my adalah medium paling popular untuk menjual barang-barang. Tapi jangan pulak ko pi jual barang yang dah tak buleh pakai.. :-p

5. Bawa bekal ke pejabat – cara nie bukan calang2 orang boleh buat kerana ia memerlukan anda bangkit di awal2 pagi lagi untuk menyediakan breakfast dan membawanya ke pejabat sebagai bekalan makanan anda… Nak jimatlah konon… :-) Tapi, bagi orang yang rajin dan suka memasak, perkara kecik nie gerenti tak jadi masalah punyer… :-)

6. Berkongsi kereta – atau istilah glamernya ‘carpool’… cara ini ada pros dan cons dia yang tersendiri dan ada sesetengah orang suka guna cara nie dan ada jugak sesetengah yang kurang gemar berkongsi kereta. Tetapi, jika anda jenis yang tak suka memandu sendirian, apa salahnya jika anda cuba kaedah nie… tapi kena ingat: kalu berkongsi kereta, kenalah adil dan saksama, dan kena ikut giliran… jangan pulak asyik kita jer yang duduk di belakang stereng tuh…huhu… :-)

7. Lengkapkan kereta anda dengan tangki gas NGV – kalau anda selalu pakai kereta dan betul2 nak jimat, apa kata simpan duit untuk beli tangki gas NGV. Memang confirm anda boleh jimatkan duit kerana gas NGV nie memang murah giler! Cuma downside nya ialah tangki nie berat dan ia akan makan space di but kereta anda dan satu lagi risiko ialah dari segi keselamatan lah. So you all pikirlah sendiri okey…
8. Bersenam di rumah – bersenam tue memang bagus untuk kesihatan. Ada banyak cara untuk bersenam misalnya joging, aerobic, angkat berat, pergi ke gym dan sebagainya lagi. Kalau you all nie jenis yang suka bersenam di gym, memang kena berhabis sikit la kerana anda kena bayar yuran bulanannya. Tapi, kalau ianya dibuat di rumah atau di padang-padang rekreasi, memang confirm korang tak payah keluar duit sesen pun. Apa kata anda beli DVD exercise/aerobik/dance and just do it in the comfort of your own home. Rasakan kelainannya…!

9. Jangan berhabis untuk modify/make-up kereta – ada sesetengah orang suka sangat ‘menghias’ kereta mereka dengan pelbagai jenis aksesori spt tukar enjin turbo, rendahkan ketinggian kete, tukar sport rim, absorber dsb… Hmm.. tak membazir ke?… :-) Yang pastinya, kalau aksesori tu memang diperlukan, takperla kan? Tapi, kalau kereta tu dah elok2, tapi korang tetap nak modify nya untuk tampak lebih canggih, emm…baik fikir dua tiga kali :-) Walaupun ianya mungkin hobi kesayangan anda, tapi cuba cut down sikit la dalam bab-bab modifications tu… sentiasa ingat dalam kepala “Aku nak kahwin dengan orang. Bukan kereta. Jadi aku kena simpan duit la” …huhu

10. Pakai prepaid instead of postpaid – time bercouple nie la yang akan mengikis banyak duit you all, betul tak? Selain daripada berbual2, sms-ing jugak banyak menelan belanja, beb. Kadang2, kita tak sedar bila jari kita duk menekan huruf2 kat keypad handfon tuh, sampailah time nak membayarnya…huhu.. Kalau kita pakai postpaid, kita mungkin akan terus berbual2 berjam2 lamanya tanpa mengira masa. Tiba je hujung bulan, bila tengok bil telefon yang melambung tinggi tuh, masa tu lah anda akan frust menonggeng dan berasa menyesal tak sudah..:-) So, it’s a bit better kalau korang just guna prepaid instead of postpaid, ye.
Jangan lupa jadi fans kami di facebook : www.facebook.com/setelkahwin . SetelKahwin dengan kerjasama Beautifulnara bakal mengadakan satu contest yang memberikan anda peluang untuk memenangi hadiah wang tunai yang agak banyak. Tapi untuk layak menyertai pertandingan ini, anda semua kena jadi Fan Facebook BeautifulNara (klik sini) dan Fan Facebook SetelKahwin (klik sini). Kena jadi fan kedua-duanya sekali kalau tak penyertaan anda tak dikira. Sebabnya segala klu-klu tentang pertandingan ini hanya akan diberitahu melalui Facebook sahaja.

Assalamualaikum editor.. wow, nice website.. ada serba sedikit membantu saya. hehehe.. salam perkenalan
[Balas Komen]
The Editor Reply:
March 18th, 2010 at 7:05 pm
Wassalam, thank you :)
[Balas Komen]
i prefer postpaid instead of prepaid.sbb bl i jd mainline…si dia jd suppline,cnfrm2 da dpt free call n sms…i pny bil x mcm i topup prepaid dlu…dlu topup smpai 100 sbulan.skrg ni pkai bil 50 je..hihi…
[Balas Komen]
salam setelkawhin…first of all well done for the great websites and the articles.tp sy rase ad sumthing yg perlu dibetulkn di sini.sy tgk tips no. 7 mengenai pggunaan NGV yg dikatakn berisiko terhdap keselamatan.sy nk tnya..apakah yg pnulis mksudkn bkenaan risiko thdp kselamatn?adakah penulis cuba mgatakan bahawa pggunaan petrol utk kereta adlh lebih slmt berbanding mnggunakan NGV?
kalau itu yg penulis mksdkan…ingin sy perbetulkan di sini. kalo kite nk compare NGV dgn petrol, sbenarnya petrol lebih bhaya berbanding NGV. petrol adlh sejenis cecair dan NGV merupakan sejenis gas.Dan sifat gas adalah lebih mudah terbebas bernbanding petrol.mksud sy di sini kalau ad kebocoran pd sistem, kita tak akan nampak gas sbb gas mudah terbebas tapi sifat petrol sbgai cecair plak tak akan mudah terbebas spt gas dan mnyebabkn kehadiran petrol lebih merbahaya.
mungkin penulis rase NGV ni bahaya sbb byk kes2 letupan atau kemalangan yg mmbabitkan NGV ni dilaporkan di TV. tapi kes2 yg dilaporkan tu adalah berpunca drpd kesilapan pemilik kereta bkenaan sndri sbb mreka mengubahsuai tong NGV. Tong NGV yg spttnya digunakan tahan terhadap tekanan lebih drpd 300bar (lebih kurang).tetapi kemlngan yg membabitkan NGV sbb pemilik menukar tong NGV kpd tong gas yg biasa digunakan utk memasak di rumah di mana tong tsebut tdak boleh tahan tekanan yg melebihi 40 bar!
sy tak berhasrat utk menulis pnjang memandangkan entri ni adlh utk bakal pngantin yg hanya berminat thadap tips2 mngenai perkahwinan. ttp sbg org yg terbabit dlm bhgian minyak dan gas, sy rse btanggungjwab utk mengubah persepsi msyrakat mngenai NGV memndangkn NGV lebih murah, selamat dan lebih mesra alam berbanding dgn petrol.
apa2pon tahniah kpd pemilik webs setelkahwin….smoga anda akn terus menyiarkan artikel2 yg berguna utk bakal pengantin.
[Balas Komen]
semuanya akan menjadi mudah jika kita rajin usaha dan bertawakal selalu. Insyaallah, dengan berkat tuhan. Di samping tu, try cari kerja sampingan.Yang sesuai dengan profession masing2. dan tidak mengharapkan pertolongan dari orang..
[Balas Komen]
salam,drpd sumer tip tue..part 1 n 2..ader 3 perkara jew yg bermasalah rasenyer untk kami n blh diperbaiki..masalah merokok,dating yang kerap n gunakan prepaid topup..urm..yang lain2 xpnh n not addicted pon..aperpun,t.q…
[Balas Komen]
Juz nice la web site nie….thanks bro..
[Balas Komen]
salam admin,
mnta izin copy part 1 & 2 kt blog ye. timekasih.
[Balas Komen]
minta izin untuk copy artikel2 dalam ni untuk rujukan sendiri dan ke blog ye =)
[Balas Komen]
Untuk tips no 10..
bagi aku guna postpaid lagi jimat dari prepaid..lebih2 lagi pakai family plan..hehehe ..just my 2 cent
[Balas Komen]